Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RAMADAN 2020/2021

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan perumpamaan bulan Ramadan yang disebut-disebut kecuali?

a)

Bulan Ibadah

b)

Bulan Mujahadah

c)

Bulan Peperangan

d)

Bulan Maghfirah

2.

Bagaimana cara mengabdi kepada Allah di bulan Ramadan ini?

a)

Berpuasa sepanjang hari

b)

Buat apa yang Allah suruh dan jangan buat apa yang Allah larang.

c)

Mengutamakan amalan sunat

d)

Buat jahat berpada - pada dan sentiasa melakukan kebaikan.

3.

Mengapa bulan Ramadan disebut sebagai bulan mujahadah?

a)

kerana kita bersungguh-sungguh melawan nafsu di bulan Ramadan.

b)

kerana banyak peperangan islam berlaku ketika bulan Ramadan.

c)

kerana kita bersungguh-sungguh berpuasa dan bersolat terawih di bulan Ramadan.

d)

kerana banyak kemungkaran berlaku ketika bulan Ramadan.

4.

Apakah maksud maghfirah?

a)

dosa

b)

taubat

c)

insaf

d)

keampunan

5.

Berikut merupakan ucapan - ucapan yang tidak sepatutnya diungkapkan ketika bulan Ramadan tiba kecuali?

a)

"Susahnya hendak makan dan minum."

b)

"Terpaksa solat terawih pula bulan ni."

c)

"Malasnya nak bangun sahur."

d)

"Berbuka makan sikit - sikit cukuplah."

6.

Allah swt menyebut tentang takwa di dalam Al-Quran seperti berikut: " Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Ayat ini disebut di?

a)

Al-Baqarah 183

b)

Ad-Dzariyat 18

c)

Az-Zumar 10

d)

Al-Ahzab ayat 56

7.

Berikut merupakan kesilapan muslim ketika bersahur kecuali?

a)

Sahur pada waktu tengah malam

b)

Sahur ketika waktu imsak

c)

Tidak solat subuh selepas bersahur

d)

Sahur dengan makan minum tanpa ibadah lain.

8.

Perkara berikut merupakan perbuatan yang membatalkan puasa kecuali?

a)

Mengeluarkan air mani dengan sengaja

b)

Makan dan minum dengan sengaja

c)

Merokok

d)

Merasa sedikit makanan yang dimasak dengan hujung lidah.

9.

Muslim dan muslimat digalakkan melakukan perkara berikut ketika solat di bulan puasa kecuali?

a)

solat subuh berjemaah

b)

solat terawih disusuli solat sunat witir

c)

wanita bersolat beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

d)

memperbanyak solat tahajud ketika sahur

10.

Ketika berpuasa, terdapat satu waktu di mana doa orang yang berpuasa bertambah makbul. Bilakah waktu tersebut?

a)

Selepas sahur

b)

Selepas berbuka

c)

Sewaktu sahur

d)

Sebelum berbuka

11.

"Setiap amalan anak adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau __________." [Hadis Riwayat Bukhari]

Isi tempat kosong.

a)

Siwak

b)

Pudina

c)

Kasturi

d)

Minyak wangi

12.

"Puasa itu sebahagian daripada _______________." [Hadis Hasan Riwayat Tirmidzi]

a)

Ketaatan

b)

Kesabaran

c)

Ketakwaan

d)

Kesungguhan

13.

"Dan ia Ramadan bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ______________" [Hadis Sahih Riwayat Ibnu Khuzaimah]

Isi tempat kosong.

a)

pahala

b)

rezeki yang baik

c)

syurga

d)

kebaikan yang melimpah-ruah

14.

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya walaupun meninggalkan makanan dan minumannya." [Hadis Riwayat Bukhari]

Apakah maksud "tiada hajat Allah baginya"?

a)

Puasa tidak sah

b)

Tiada pahala berpuasa

c)

Berdosa

d)

Merosakkan pahala berpuasa

15.

"Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperoleh dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua, kegembiraan ketika _____________________" [Riwayat Tirmidzi]

Isi tempat kosong.

a)

ketika hari raya

b)

ketika bersahur

c)

ketika bertemu Tuhannya

d)

Ketika selesai solat Terawih

16.

Jika haid saya berhenti sebelum fajar dan saya belum sempat mandi hadas, adakah saya dibolehkan berpuasa?

a)

Tidak boleh kerana masih belum mandi wajib

b)

Dibolehkan berpuasa dan mandi wajib setelah terbit fajar.

17.

Bolehkan seseorang wanita mengambil ubat untuk melewatkan haid pada bulan Ramadan?

a)

Tidak boleh kerana melanggar syariat.

b)

Dibolehkan selagi ubat tersebut tidak memudaratkan dirinya.

18.

Bolehkan seseorang yang berpuasa berenang?

a)

Tidak digalakkan untuk mengelak daripada air memasuki telinga atau hidung.

b)

Dibolehkan kerana tidak batal puasa jika air termasuk ke dalam telinga atau hidung.

19.

Adakah boleh saya tidak berpuasa jika saya perlu bermusafir?

a)

Tidak boleh jika jaraknya tidak melebihi 84 km.

b)

Dibolehkan tanpa mengira jarak perjalanan.

20.

Apakah hukum menggunakan inhaler bagi pesakit semput ketika berpuasa

a)

Batal puasa kerana memasukkan sesuatu ke rongga yang terbuka.

b)

Tidak batal puasa jika penggunaannya berpatutan dan darurat.

21.

Apakah hukum membersihkan hidung dan telinga ketika berpuasa?

a)

Dibolehkan dengan kadar yang sederhana.

b)

Tidak dibolehkan sama sekali.

22.

Saya masih lagi makan ketika waktu imsak. Adakah puasa saya batal?

a)

Tidak batal kerana belum terbit fajar.

b)

Batal puasa kerana sudah masuk waktu imsak.

23.

Adakah dibenarkan untuk menderma darah ketika berpuasa?

a)

Dibenarkan selagi tidak memudaratkan tubuh badan.

b)

Tidak dibenarkan kerana termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa.

24.

Sekiranya seseorang yang sihat tubuh badan tidak sempat mengganti puasanya sebelum Ramadan datang, apakah yang perlu dilakukan.

a)

Qada' puasa

b)

Bayar fidyah bagi semua hari dia tidak berpuasa

c)

Qada' puasa dan bayar fidyah

25.

Bagaimana sekiranya saya menyedari ada darah haid selepas berbuka puasa? Adakah batal puasa?

a)

Sekiranya darah haid diyakini keluar selepas berbuka puasa, maka tidak batal puasa.

b)

Batal puasa tidak kira waktu darah haid keluar.