NEW
Font size
WorksheetsProses reka bentuk
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Siapakah yang terlibat dalam perbincangan projek brief ?
I Pelanggan
II Penyunting
III Jurukimpal
IV Pengurus projek
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah maksud projek brief ?
Perbincangan awal antara pelanggan dengan pengurus projek
Perbincangan akhir antara pelanggan dengan pereka bentuk
Perjumpaan antara guru dengan ibu bapa
Perjumpaan antara murid dengan pengurus projek
Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri projek brief ?
I Kreativiti
II Tajuk projek
III Lakaran idea
IV Kriteria pengguna
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Apakah dua faktor yang terlibat dalam penentuan kriteria produk yang bakal dihasilkan ?
Kebolehpasaran dan kualiti
Jenis dan bahan reka bentuk
Ergonomik dan menjimatkan
Elemen dan prinsip reka bentuk
Apakah tujuan projek brief dijalankan?
Memudahkan penghasilan projek
Memastikan projek berjalan lancar
Mendapat maklumat daripada pelanggan tentang produk
Mendapat idea penambahbaikan sebelum menghasilkan produk
Projek brief ialah perbincangan awal antara dua pihak iaitu?
Pereka bentuk dan pelanggan
Pengurus projek dan pelanggan
Pengurus projek dan pereka bentuk
Pereka bentuk dan setiausaha
Di antara berikut yang manakah BUKAN ciri projek brief?
Kriteria produk
Lakaran idea
Lakaran akhir
Analisis kajian
TAJUK PROJEK merujuk kepada ....
Produk yang telah siap
Produk yang ingin dihasilkan
Produk sedia ada
Tiada jawapan
Gambar di atas adalah contoh sebuah produk yang perlu dihasilkan oleh murid tingkatan 1. Apakah tajuk yang sesuai bagi projek tersebut?
Beg sekolah
Beg serbaguna
Beg mudah pakai
Beg sekolah saya
Apakah kepentingan perbincangan tentang gambaran awal produk?
Pengguna bebas memilih lakaran
Mengelakkan berlaku salah faham
Memberi kefahaman kepada pelanggan
Memberi gambaran awal kepada pelanggan
Gambar menunjukkan contoh lakaran sebuah kerusi. Apakah kepentingan lakaran tersebut?
Memaklumkan lakaran baharu
Memenuhi kehendak pelanggan
Memberi pilihan kepada pengguna
Dapat dijadikan bentuk persembahan visual kepada pelanggan
Soal selidik dan pemerhatian merupakan kaedah dalam
Projek brief
Kajian pasaran
Analisis kajian
Tajuk projek
Lakaran idea adalah dalam bentuk
Visual yang menarik
3D
2D
Contengan
