wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Wira Siber 2021

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Jika terdapat kandungan haram seperti pornografi kanak-kanak, pusat badan manakah perlu anda laporkan mengenai perkara tersebut?

a)

Cyber999

b)

Internet Watch Foundation

c)

Befrienders

d)

Protect and save the children

2.

Saya harus meminta kebenaran ibu bapa saya sebelum memberikan maklumat peribadi (nama, no. telefon, alamat rumah) di internet.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Yang manakah tanda-tanda buli siber?

I. Mengasingkan diri daripada kawan dan ahli keluarga

II. Keciciran gred

III. Kelihatan gembira apabila mendapat mesej teks atau e-mel

IV. Mengalami perubahan emosi dan tingkah laku

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

Semua di atas

4.

Saya harus merahsiakan kata laluan saya dan menukarnya dari semasa ke semasa.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan pembulian siber KECUALI :

a)

Menghubungi orang dewasa yang dipercayai

b)

Berkongsi butiran peribadi di laman web

c)

Memberi sokongan untuk melaporkan pembulian siber

d)

Tidak membalas mesej teks atau e-mel buli

6.

Kata laluan saya harus mempunyai huruf, tanda baca, simbol dan nombor.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Di manakah selalunya buli siber terjadi ?

a)

E-mel

b)

Televisyen

c)

Media sosial

d)

Permainan video

8.

Sekiranya terdapat mesej dalam talian yang membuatkan saya terganggu, saya haruslah segera membalasnya dan memadamnya sebelum ibu bapa saya tahu.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Berikut adalah kesan buruk media sosial, KECUALI :

a)

Pembaziran masa

b)

Buli siber

c)

Pencerobohan akaun

d)

Peluang untuk mempromosikan sesuatu benda (dalam perniagaan) kepada orang ramai

e)

Penipuan

10.

Sekiranya saya dapat mesej yang berunsur lucah atau ganas, saya perlu kongsikannya dengan rakan-rakan saya.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Berikut adalah sebab-sebab saksi tidak tampil ke hadapan untuk melaporkan buli siber kepada pihak berkuasa, KECUALI :

a)

Risau akan menjadi mangsa yang seterusnya

b)

Tidak dapat menentukan bahawa buli atau ‘drama’

c)

Merasakan situasi tersebut tidak serius

d)

Rasa belas kasihan terhadap pembuli

12.

Saya boleh memuat naik gambar-gambar saya sesuka hati di internet.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Satu dalam _____ remaja telah menjadi mangsa buli siber.

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

14.

Saya harus menggunakan nama samaran semasa menggunakan internet untuk menjaga privasi diri saya.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Berikut merupakan tanda-tanda buli siber KECUALI

a)

Hilang selera makan

b)

Sentiasa membuka media sosial

c)

Mengelakkan diri dari berbincang mengenai komputer atau telefon bimbit

d)

Mengasingkan diri dari rakan-rakan