NEW
Font size
WorksheetsKata Majmuk
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Keadaan jalan di situ gelap kerana tidak ada ______.
lampu jalan
lampu suluh
lampu isyarat
lampu tidur
Encik Sham ke Johor dengan menaiki _______.
kereta api
kereta mainan
kereta sorong
kereta kebal
Para penduduk berpeluang _______ sambil menjamu selera.
bertemu janji
beramah mesra
bersoal jawab
bertemu ramah
Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
baju renang
baju seragam
baju sukan
baju rumah
Wanita itu menjerit kerana _______nya diragut oleh seorang penunggang motosikal.
beg sekolah
beg baju
beg tangan
sarung tangan
Kakak memasukkan beberapa ketul _______ ke dalam air sirapnya.
air suam
air sejuk
air batu
air mata
Ayah akan membaca __________ pada setiap hari untuk mengetahui berita terkini.
surat saman
surat rayuan
surat rasmi
surat khabar
Fika melancong ke Australia dengan menaiki _______.
kereta lumba
kereta api
kapal terbang
kapal selam
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Pulau Langkawi.
rumah terbuka
rumah tumpangan
rumah sakit
rumah tangga
________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
Tandatangan
Tanggungjawab
Soal jawab
Sukarela
Fikri mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan _______ yang baru dibelinya.
buku nota
buku rujukan
buku kedatangan
buku lima
Ayah menukar bingkai _______nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
cermin muka
cahaya mata
matahari
cermin mata
Acara balapan itu terbuka kepada _______ Malaysia sahaja.
setiausaha
warga asing
antarabangsa
warganegara
Pemuda itu ternanti-nantikan ______ dengan gadis idamannya pada minggu depan.
temu janji
temu bual
temu duga
temu ramah
Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara ______ dari Dataran Merdeka.
lintas pintas
lalu lintas
lintas langsung
litar pintas
Ain memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam ________.
peti sejuk
peti wang
peti cadangan
peti besi
Ibu menggunakan _________ untuk menutup saki-baki makanan.
tudung saji
tudung bawal
tudung hitam
tudung periuk
Encik Samad mengawasi kambing-kambingnya yang sedang menikmati rumput-rumput segar di _______ itu.
padang golf
padang bola
padang ragut
padang permainan
Ayah menghadiahi seutas _______ baharu kepada abang kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
jam tangan
jam dinding
jam loceng
jam randik
Puan Siti membeli ________ sebagai sarapan pagi di warung Mak Temah.
nasi basi
nasi lemak
nasi putih
nasi hangit
Orang kaya itu hendak ________ banglo mewahnya supaya menjadi lebih luas dan cantik.
mencampuraduk
menemu bual
menemu duga
mengubah suai
Cikgu Murni menyerahkan tugasan penyediaan _______ kepada ketua kelas supaya murid-murid dapat bergilir-gilir membersihkan kelas.
jadual makan
jadual bertugas
jadual harian
jadual tugasan harian
Sufi mendapat keputusan yang cemerlang dalam _______ Bahasa Melayu dan Sains.
cahaya mata
mata ilmu
mata pelajaran
mata pencarian
Kerajaan telah membuat pelbagai program untuk mengurangkan ______ di negara ini.
celik huruf
buta huruf
buta mata
mata air
Kecemerlangan Saiful dalam peperiksaan SPM telah menjadi _______ orang kampungnya.
buah fikiran
buah mulut
buah hati
buah tangan
Penangkapan pemuda itu menjadi ______ dalam kalangan penduduk di Kampung Sentosa.
buah fikiran
yatim piatu
buah hati
buah mulut
Mesyuarat penduduk kampung itu telah diadakan di _______.
rumah terbuka
rumah tangga
jiran tetangga
balai raya
Anggota trafik itu mengawal _______ di persimpangan jalan itu tersebut sejak tadi.
lalu lintas
lebuh raya
lintas langsung
lampu isyarat
Puan Aminah sering memakai pakaian yang berwarna _______.
merah padam
merah jambu
pusat lesi
basah kuyup
Kota Bharu ialah ______ Kelantan.
ibu negeri
ibu negara
ibu jari
ibu tiri
