wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 4 - Fotosintesis

Total questions: 27

Worksheet time: 1hrs 21mins

Name
Class
Date
1.

Nama :

4 lines
2.

Kelas :

a)

4 Syafie

b)

4 Maliki

3.

Pilih maksud fotosintesis.

a)

Proses perkumuhan bagi manusia.

b)

Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan.

c)

Proses tumbuhan membuat makanan sendiri.

4.

Apakah kelebihan bagi tumbuhan yang menjalankan fotosintesis?

a)

Perlukan cahaya matahari.

b)

Tidak perlu bergerak untuk mencari makanan.

c)

Fotosintesis boleh berlaku dengan kehadiran kanji.

5.

Manakah di antara bahan berikut yang menyebabkan daun berwarna hijau?

a)

Karbon dioksida

b)

Glukosa

c)

Klorofil

6.

Manakah di antara berikut yang tumbuhan perlu untuk menjalankan proses fotosintesis?

a)

Karbon dioksida

b)

Oksigen

c)

Kanji

7.

Pilih hasil daripada proses fotosintesis.

a)

Glukosa

b)

Karbon dioksida

c)

Air

d)

Oksigen

8.

Apakah kekurangan bagi tumbuhan yang di atas?

a)

Udara yang sedikit

b)

Sukar mendapat cahaya matahari

c)

Tidak cukup karbon dioksida

9.

Manakah di antara berikut diperlukan oleh tumbuhan untuk menjalankan fotosintesis?

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Air

d)

Glukosa

10.

Apakah nama pigmen hijau pada daun tumbuhan yang diperlukan untuk proses fotosintesis?

a)

Osmosis

b)

Georofil

c)

Klorofil

d)

Brosifil

11.

Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan sebabnya?

a)

Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.

b)

Tumbuhan tidak mempunyai kaki.

c)

Tumbuhan tidak membiak.

d)

Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.

12.

Tumbuhan merupakan benda hidup yang boleh membuat makanannya sendiri.

Apakah nama proses tersebut?

a)

Fototropisme

b)

Fotosintetik

c)

Fotosintesis

13.

Terdapat beberapa keperluan proses fotosintesis iaitu

a)

Cahaya matahari

b)

Air

c)

Karbon dioksida

d)

Klorofil

e)

Oksigen

14.

Semasa proses fotosintesis berlaku,cahaya Matahari merupakan

a)

Sumber tenaga

b)

Sumber tenaga utama

c)

Sumber makanan

15.

Keperluan utama fotosintesis ialah air. Bahagian tumbuhan yang menyerap air ialah

a)

Daun

b)

Bunga

c)

Batang

d)

Akar

16.

Proses fotosintesis memerlukan sejenis gas iaitu

a)

Karbon monoksida

b)

Karbon dioksida

c)

Karbonat

d)

Kloroflurokarbon

17.

Gas karbon dioksida ini akan diserap melalui liang-liang halus pada

a)

Daun

b)

Bunga

c)

Akar

d)

Batang

18.

Antara berikut yang manakah bukan kepentingan fotosintesis kepada hidupan?

a)

Untuk membekalkan karbon dioksida

b)

Untuk membekalkan oksigen

c)

Untuk membekalkan sumber makanan

d)

Untuk mengekalkan keseimbangan udara di alam ini

19.

Kepentingan fotosintesis kepada manusia dan haiwan ialah ..

a)

mengurangkan pencemaran alam

b)

membekalkan oksigen dan makanan

c)

merapatkan hubungan antara hidupan

d)

menyebabkan keseimbangan alam

20.

Apakah yang akan berlaku sekiranya tumbuhan tidak menjalankan proses fotosintesis?

a)

Haiwan dan manusia akan hidup seperti biasa

b)

Manusia hanya dapat memakan haiwan sahaja

c)

Kandungan oksigen akan meningkat di dalam udara

d)

Haiwan dan manusia akan mati kerana tiada bekalan oksigen untuk bernafas

21.

Kanji hanya tersimpan pada daun tumbuhan.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Gula ringkas yang terhasil daripada fotosintesis juga dikenali sebagai ..................................

a)

gula perang

b)

gula halus

c)

glukosa

23.

Antara berikut yang manakah bukan keperluan proses fotosintesis?

a)

Cahaya matahari

b)

Klorofil

c)

Karbon dioksida

d)

Oksigen

24.

Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada..

a)

air

b)

Cahaya Matahari

c)

udara

25.

Epal yang manis merupakan glukosa yang tersimpan dalam bentuk kanji di dalam buah.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Bagaimana fotosintesis tumbuhan bantu bekalkan makanan kepada hidupan?

a)

Tumbuhan bekalkan udara untuk hidupan bernafas.

b)

Tumbuhan hasilkan daun atau buah yang boleh dimakan.

c)

Tumbuhan jadi tempat perlindungan.

d)

Tumbuhan kekalkan keseimbangan udara.

27.

Tumbuhan hijau mempunyai keistimewaan dibandingkan dengan makhluk hidup yang lain, iaitu ....

a)

Mengalami proses pernafasan

b)

Membuat makanan sendiri

c)

Berkembang biak

d)

Mengalami pertumbuhan