wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kimia dlm perubatan dan kesihatan

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Perubatan tradisional ialah

a)

kaedah perubatan menggunakan haiwan dan tumbuhan untuk merawat penyakit

b)

campuran seni merawat dengan pelbagai ilmu sains

c)

melibatkan perubatan klinikal, penyelidikan dan pembedahan

d)

kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal dari pelbagai bentuk budaya

2.

Antara berikut yang manakah merupakan perubatan moden

a)

antibiotik, akupunktur dan homeopati

b)

analgesik, psikoteraputik dan antibiotik

c)

psikoteraputik, homeopati dan terapi herba

d)

analgesik, antibiotik dan kiropraktik

3.

Radikel bebas ialah

a)

tindakbalas berantai untuk menghasilkan elektron

b)

tindakbalas kimia yang berlaku secara semulajadi

c)

atom atau molekul yang terlebih elektron yang menjadikannya stabil

d)

atom atau molekul yang kekurangan satu elektron dan menjadikannya tidak stabil

4.

Kesan radikel bebas ialah

a)

pembengkakkan pada sendi tulang

b)

merosakkan buah pinggang, hati dan peparu

c)

menyebabkan penuaan awal

d)

sirosis hati

5.

Faktor luaran yang menyebabkan kerosakan DNA dan berlakunya radikel bebas

a)

Sinar ultraungu

b)

Sinaran gama

c)

Pencemaran udara

d)

Pencemaran terma

e)

Sisa toksik

6.

Antioksidan jenis Likopena biasa ditemui dalam

a)

buah buahan seperti betik, jambu batu, tembikai, tomato dan oren

b)

sumber protein seperti telur, ayam dan roti

c)

buah buahan seperti pisang, jambu batu, mangga dan nanas

d)

sayur sayuran seperti brokoli, bayam dan kubis

7.

Antioksidan yang ditemui dalam kebanyakan makanan berwarna merah seperti lobak merah dan mangga ialah

a)

lutein

b)

beta karotena

c)

likopena

d)

vitamin E

8.

Maksud bahan aktif ialah

a)

komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penghasilan bahan antioksidan

b)

komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penghasilan vitamin C

c)

komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit

d)

barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit

9.

Apakah jenis kaedah perubatan yang ditunjukkan

a)

homeoterapi

b)

terapi herba

c)

kiropraktor

d)

akupunktur

10.

Antidepresan merupakan ubat yang berfungsi untuk

a)

mengawal kesakitan

b)

mengawal kemarahan

c)

mengawal kemurungan

d)

mengawal ketenangan

11.

Dalam perubatan tradisional, halia berfungsi sebagai

a)

mengurangkan selaran matahari

b)

melegakan bengkak dan sengal-sengal badan

c)

melegakan demam panas

d)

merawat masalah keguguran rambut

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi ubat psikoterapeutik?

a)

Mengurangkan rasa sakit

b)

Menghilangkan rasa resah

c)

Merawat penyakit disebabkan bakteria

d)

Merawat penyakit sendi

13.

Antara ubat berikut, yang manakah boleh melegakan sakit otot dan sendi?

a)

Stimulan

b)

Trankuilizer

c)

Streptomisin

d)

Aspirin

14.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri radikal bebas?

a)

Molekul yang mengandungi elektron yang tidak berpasangan

b)

Cenderung menerima elektron dari molekul lain

c)

Sangat reaktif

d)

Bersifat stabil

15.

Apakah perubatan komplementari?

a)

Perubatan yang merujuk kepada campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan

b)

Perubatan yang merujuk kepada penggunaan tumbuh tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi yang diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bagi diagnosis dan merawat pesakit.

c)

Perubatan yang merujuk kepada kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman berzaman

16.

dasar perubatan tradisional dan komplementari kebangsaan malaysia dapat diperoleh daripada laman seswang sebuah kementerian di malaysia. kementerian mana yg bertangungjawab dlm laman sesawang itu?

a)

kementerian perubatan malaysia

b)

kementerian dasar malaysia

c)

kementerian kebangsaan malaysia1

d)

kementerian kesihatan malaysia

17.

Ubat manakah yang boleh melegakan sakit kepala ?

a)

Streptomisin

b)

Kortison

c)

Parasetamol

d)

Barbiturat

18.

Antara berikut yang manakah merupakan antibiotik?

a)

Aspirin

b)

Penisilin

c)

Kodeina

d)

Kuinin

19.

Seorang murid telah disengat oleh serangga yang mempunyai sengatan beralkali. Antara berikut, yang manakah paling sesuai disapu pada tempat sengatan tersebut?

a)

Cuka

b)

Ubat gigi

c)

Minyak masak

d)

Sabun

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi jumlah radikel bebas ?

a)

Asap rokok

b)

Keradangan

c)

Pengambilan alkohol

d)

Pendedahan kepada radiasi

21.

Antara berikut, yang manakah definisi untuk bahan antioksidan?

a)

bahan yang melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan

b)

bahan yang diperlukan untuk pertumbuhan sel badan

c)

bahan yang perlu dikeluarkan oleh sistem perkumuhan badan

d)

bahan yang menyebabkan sel kanser membesar

22.

Masalah kesihatan yang manakah wujud secara langsung kesan daripada radikal bebas?

a)

mata rabun jauh

b)

jantung berlubang

c)

appendiks membengkak

d)

kulit berkedut