wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3. Logik & Metodologi | Seni & Kaedah Berfikir

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

"Semua pelajar UiTM meneruskan pengajian semester ini melalui kaedah pembelajaran maya


Berdasarkan kesimpulan tersebut, pilih premis yang TIDAK BENAR jika menggunakan kaedah berfikir secara induktif.

a)

Bustaman merupakan seorang pelajar UiTM

b)

Semester ini Bustaman belajar secara maya

c)

Maya adalah pelajar UiTM Puncak Alam sedang mengikuti kelas maya semester sekarang

d)

Ronaldinho malas mengikuti pelbelajaran secara maya walaupun dia seorang pelajar UiTM

2.

1. Semua pelajar UiTM meneruskan pengajian semester ini melalui kaedah pembelajaran maya

2. Donald Trump seorang pelajar UiTM

3. Isteri Donald Trump seorang pelajar politiknik


Berdasarkan premis tersebut, pilih kesimpulan yang BENAR jika menggunakan kaedah berfikir secara deduktif.

a)

Donald Trump belajar secara maya semester ini

b)

isteri Donald Trump tidak belajar secara maya semester ini

c)

Donald Trump dan isterinya tidak mahu belajar semester ini

d)

Donald Trump belajar secara maya dengan isterinya

3.

1. Semua pelajar UiTM meneruskan pengajian semester ini melalui kaedah pembelajaran maya

2. Donald Trump seorang pelajar UiTM

3. Isteri Donald Trump seorang pelajar politiknik


Berdasarkan premis tersebut, pilih kesimpulan yang BUKAN falasi jika menggunakan kaedah berfikir secara deduktif.

a)

Donald Trump belajar secara maya semester ini

b)

Isteri Donald Trump tidak belajar secara maya semester ini

c)

Donald Trump dan isterinya tidak mahu belajar semester ini

d)

Donald Trump belajar secara maya dengan isterinya

4.

1. Suparman lulusan timur tengah belajar mengenai ilmu agama

2. Suparman cemerlang dalam ilmu Hadith

3. Suparman cemerlang dalam ilmu Syariah

4. Suparman cemerlang dalam ilmu Aqidah


Berdasarkan premis-premis tersebut pilih kesimpulan yang berbentuk falasi.

a)

Suparman hebat dalam ilmu agama

b)

Suparman mesti hebat dalam dalam ilmu syariah

c)

Suparman hebat juga dalam ilmu aqidah

d)

Suparman juga hebat dalam bidang pertanian

5.

Apakah kaedah berfikir secara logik dalam cabang falsafah Islam?

a)

Silogisme

b)

Premis-premis Logik

c)

Induktif dan Deduktif

d)

Ilmu Mantik

6.

Kepentingan ilmu logik dan metodologi dalam memastikan akal berupaya membolehkan ia menerima ilmu pemikiran, KECUALI?

a)

Memperkuatkan akal dalam menerima semua input yang ada

b)

Membezakan proses berfikir yang benar daripada yang salah

c)

Menajamkan akal fikiran dan membina kebenaran dalam berfikir

d)

Memelihara akal daripada kesalahan dalam berfikir

7.
Martabat ilmu pengetahuan dalam menjadikan kita percaya kepada hari pembalasan merupakan cabang ilmu?
a)
Ilmu Naqli
b)
Ilmu Syariat
c)
Ilmu Tasawwuf
d)
Ilmu Fardu Ain
8.
Sesuatu rumusan yang dibuat daripada kajian yang bersifat KHUSUS kepada UMUM dinamakan.
a)
Induktif
b)
Deduktif
c)
Silogisme
d)
Falasi
9.
Merupakan sumber segala ilmu yang berasal dari Allah dan disampaikan kepada manusia melalui RasulNya
a)
Ilmu Ilham
b)
Ilmu Wahyu
c)
Ilmu Empirikal
d)
Ilmu Sihir
10.

Premis 1: Manusia adalah mamalia.

Premis 2: Kucing adalah mamalia.

Kesimpulan: Manusia adalah kucing


Stuktur hujah di atas merujuk kepada:

a)

Logik Klasik

b)

Logik Moden

c)

Falasi Tidak Formal

d)

Falasi Formal