NEW
Font size
Worksheets(W29) Ulang Kaji- Peribahasa
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Kawan baik Andy sendiri telah mencuri jam tangan miliknya.
Apakah pepatah yang sesuai?
nasi sudah menjadi bubur
indah khabar daripada rupa
harapkan pegar, pegar makan padi
Anis ibarat ________________________________ kerana dia sering menegur kawannya yang malas membuat kerja. Tetapi, dia juga seorang yang pemalas.
ada udang di sebalik batu
air dicincang tidak akan putus
ketam menyuruh anaknya berjalan lurus
Sebelum kita mencapai sesuatu kejayaan, perkara pertama yang perlu dihadapi adalah cabaran terlebih dahulu.
Sama seperti pepatah
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
ada ubi ada batas, ada budi boleh balas.
ada udang di sebalik batu.
Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana
air dicincang tanpa putus
air dicincang akan putus jua
air dicincang tidak akan putus
Orang ramai ke pasar raya yang baru dibuka itu kerana promosi yang cukup hebat, namun setelah tiba di sana, kualiti barang-barang yang dijual tidaklah sebaik mana. Ibarat pepatah
harapkan pegar, pegar makan padi
ketam menyuruh anaknya berjalan lurus
indah khabar daripada rupa
Semua penduduk kampung Canggung bergotong royong membersihkan kawasan kampung mereka, bak kata pepatah
berat sama dipukul, ringan sama dijinjing
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
ada ubi ada betas, ada budi boleh balas
Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai tikus memperbaki lagu
bagai tikus membaiki labu
bagai kacang lupakan kulit
bagai melepaskan batuk di tangga
Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seperti lintah menghisap darah
seperti melukut di tepi gantang
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti langit dengan bumi
Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai menatang minyak yang penuh
bagai mentimun dengan durian
bagai melukut di tepi gantang
bagai langau di ekor gajah
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya ________________.
otak udang
tajam akal
tanda mata
rambang mata
Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______________ semasa bermain di padang
berkaki ayam
mulut tempayan
jejak bara
gigi hutan
