Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Bilangan (Tatabahasa)

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Banyak orang berjoging dan bersiar-siar di taman rekreasi itu pada _______ petang.

a)

tiap-tiap

b)

tiap

2.

________ orang lebih gemar membeli barang di pasar raya.

a)

Sesetengah

b)

Setengah

3.

_______ anak Encik Karim berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.

a)

Kedua

b)

Kedua-dua

c)

Kedua-kedua

4.

______ ibu bapa haruslah mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.

a)

Setengah-setengah

b)

Sebahagian

c)

Para

5.

Pasukan bola sepak sekolah berjaya menduduki tempat _______ dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Rendah.

a)

tiga

b)

ketiga

c)

ketiga-tiga

6.

Adik membeli ________ biji gula-gula di kedai.

a)

berapa

b)

setengah

c)

beberapa

7.

Di kantin ada _______ orang murid sedang makan dan minum.

a)

para

b)

seluruh

c)

beberapa

8.

Guru kelas mengingatkan murid-murid agar menyerahkan borang itu kepada ibu bapa _______.

a)

masing-masing

b)

sekalian

c)

semua

9.

Di atas pangkin itu kelihatan _______ orang nelayan sedang menjahit pukat.

a)

tiga

b)

ketiga

c)

ketiga-ketiga

10.

________ hari Puan Amina menunggu kepulangan anaknya di tepi pantai itu.

a)

Tiap

b)

Setiap

c)

Sekalian

11.

_________ orang murid dari sekolah ini terpilih untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

a)

Berapa

b)

Setengah

c)

Beberapa

12.

________ jenis makanan dijual pada Hari Kantin.

a)

Pelbagai

b)

Berbagai

c)

Pelbagai-bagai

13.

Semua murid-murid diwajibkan hadir pada hari Sabtu ini.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Bulan depan umur Amir genap kesepuluh tahun.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Tiap-tiap pagi, ayah menghantar ibu ke tempat kerja.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Kereta api itu akan bertolak ______ lagi.

a)

satu jam setengah

b)

satu setengah jam

17.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bilangan yang tepat.

a)

Ketiga orang murid itu didenda kerana melanggar peraturan sekolah.

b)

Sudah satu suku jam mereka menanti bas untuk ke sekolah.

c)

Seluruh kampung di daerah itu dilanda banjir.

d)

Setengah daripada kek itu sudah dimakan oleh adik.

18.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bilangan yang tepat.

a)

Kedua-dua buah kereta itu dimiliki oleh Tuan Halim.

b)

Para pelajar-pelajar itu sedang menduduki peperiksaan di dewan sekolah.

c)

Ribuan penonton sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

d)

Sudah berbulan lamanya Encik Hakimi tidak dapat bekerja kerana sakit.

19.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bilangan yang tepat.

a)

"Beberapa banyak meja yang kamu perlukan?" tanya Anis.

b)

Pelbagai acara menarik dipersembahkan dalam majlis perasmian itu.

c)

Harga beg yang berwarna merah ini berapa?

d)

Sudah bertahun-tahun Ikmal mencari ibu kandungnya tetapi masih belum ditemuinya.

20.

Salmi memberikan berapa potong kek kepada jirannya.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Rumah baharunya hanya terletak kira-kira satu kilometer setengah dari sekolah.

a)

Betul

b)

Salah