Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 6: Hubungan mesra Keluarga bahagia

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Sebuah keluarga memerlukan suatu hubungan yang baik untuk kekal bahagia. Antara yang berikut apakah yang paling penting untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga?

a)

Harta yang banyak

b)

Meluangkan masa bersama

c)

Hadiah yang berharga

d)

Hubungan yang baik

2.

Ali telah dinasihati oleh ibunya agar tidak mencuri, namun Ali tetap melakukannya. Pada pendapat anda mengapakah Ali bersikap demikian?

a)

Ali bertindak benar

b)

Ali memberontak

c)

Ali memerlukan wang

d)

Ali tidak patuh pada nasihat

3.

Manakah diantara berikut yang bukan merupakan kepentingan menyayangi anggota keluarga?

a)

Mewujudkan kemesraan anggota keluarga

b)

Menyinggung perasaan anggota keluarga

c)

Mengambil berat masalah keluarga

d)

Membina keluarga bahagia

4.

Individu yang mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga akan....

a)

menyayangi keluarganya dengan hati yang ikhlas.

b)

memastikan anak-anak mendapat apa-apa sahaja yang mereka inginkan.

c)

sanggup menghantar anak-anak ke sekolah swasta.

d)

menyerahkan tugas menjaga ibu dan ayah yang sudah tidak upaya kepada pembantu rumah.

5.

Yang manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang?

a)

Hidup bahagia dan gembira.

b)

Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.

c)

Mesra dan saling bermaafan antara adik-beradik.

d)

Cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup.

6.

Sebagai anak, apakah yang kamu lebih perlukan daripada ibu bapa?

a)

Harta kekayaan

b)

Rumah yang selesa

c)

Wang yang cukup

d)

Kasih sayang dan perhatian

7.

Pendekatan terbaik mendidik anak-anak adalah....

a)

berlembut dengan mereka.

b)

mendengar kata mereka.

c)

lembut, tetapi tegas.

d)

berfikiran terbuka.

8.

Apakah erti kasih sayang yang utama yang harus dicurahkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak?

a)

Merawatnya jika sakit.

b)

Belaian dan perhatian untuk perkembangan emosi.

c)

Mengawal pergerakan anak-anak.

d)

Menegur perbuatan yang salah.

9.

Ibu yang menyayangi anak-anaknya akan melakukan perkara-perkara di bawah, kecuali...

a)

sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anaknya.

b)

akan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

c)

sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anaknya.

d)

memberikan anaknya kepada pembantu rumah agar hidup lebih sempurna.

10.

Penyataan berikut ialah kepentingan nilai kasih sayang terhadap keluarga, kecuali....

a)

mewujudkan sebuah keluarga yang hidup dalam kemewahan.

b)

sumber inspirasi untuk kejayaan.

c)

pendorong untuk melakukan kebaikan.

d)

melahirkan keluarga yang harmoni dan bahagia.

11.

Yang manakah merupakan cara berkongsi masa suka dan duka dengan keluarga yang betul?

a)

Memarahi ahli keluarga kerana beremosi.

b)

Menemani ahli keluarga apabila mereka mempunyai masalah

c)

Mendengar masalah yang diceritakan sambil bermain telefon.

d)

Memberi komen yang kamu suka.

12.

Semua yang berikut adalah ciri-ciri keluarga bahagia kecuali

a)

Sembahyang bersama-sama

b)

Bersenam bersama-sama

c)

Main game telefon bimbit bersama-sama

d)

Buat kerja rumah bersama-sama

13.

Mewujudkan keluarga bahagia adalah kewajipan

a)

Semua ahli keluarga

b)

Bapa sahaja

c)

Ibu sahaja

d)

Anak-anak sahaja

14.

Berikut merupakan ciri-ciri keluarga bahagia, kecuali

a)

Saling menyayangi

b)

Saling menghormati

c)

Saling iri hati

d)

Saling peka akan perasaan anggota keluarga

15.

Terdapat pelbagai etiket di rumah yang perlu diamalkan oleh anggota keluarga bagi menjaga _______________ dalam institusi keluarga.

a)

keharmonian

b)

kepincangan

c)

kekecohan

d)

kebahagiaan

16.

Berikut yang manakah merupakan cara memberi layanan yang sopan dalam keluarga?

a)

Saling bertegur sapa

b)

Berhemah ketika bercakap

c)

Tidak menjemput makan bersama

d)

Mengabaikan sapaan

17.

Keluarga terbagi kepada dua jenis iaitu keluarga asas dan keluarga (a)   .

18.

Anggota keluarga ialah insan yang paling penting dalam hidup kita.


Apakah cara menyayangi angota keluarga?

a)

Menghormati anggota keluarga

b)

Memberi kata-kata semangat saat memerlukan

c)

Sering mengabaikan perasaan anggota keluarga

d)

Memberi kritikan dan kemarahan

19.

Apakah kepentingan menyayangi anggota keluarga?

a)

Membina keluarga bahagia

b)

Dapat mengambil kesempatan

c)

Mewujudkan kemesraan anggota keluarga

d)

Mendapatkan hadiah

20.

Apakah hari istimewa bagi sesebuah keluarga?


Anda boleh memilih lebih dari satu jawapan.

a)

Hari lahir

b)

Hari Perkahwinan

c)

Hari isnin

d)

Hari persahabatan