wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM PENJODOH BILANGAN TAHUN6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ali berjaya memancing lima _____________ ikan di sungai itu.

a)

ekor

b)

kawan

c)

biji

d)

deret

2.

Zhi Yun menyusun beberapa ______________ buku di dalam begnya.

a)

biji

b)

helai

c)

keping

d)

buah

3.

En Ning memetik beberapa ________________ jagung dari pokok di kebunnya.

a)

tongkol

b)

gugus

c)

batang

d)

biji

4.

Adik telah makan _________________ coklat dari peti sejuk.

a)

setangkai

b)

sepapan

c)

segugus

d)

seikat

5.

Ali tertinggal ___________________ kuncinya di atas meja tadi.

a)

setangkai

b)

sebiji

c)

segugus

d)

setandan

6.

Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi di ibu Negara.

a)

sekeping

b)

sepucuk

c)

sehelai

d)

senaskah

7.

Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.

a)

sebaris

b)

sebuah

c)

sepatah

d)

serangkap

8.

Emak sempat membeli beberapa ________ paku-pakis di pasar tani untuk dimasak.

a)

pucuk

b)

ikat

c)

batang

d)

cekak

9.

Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya.

a)

keping

b)

kajang

c)

bidang

d)

rawan

10.

Ayah menghadiahi kakak ________ anting-anting emas sempena ulang tahun hari lahir.

a)

sebentuk

b)

sepasang

c)

seutas

d)

sebuah

11.
 Air terpercik apabila Ravin mencampakkan dua ______ batu ke dalam kolam itu.
a)
rumpun
b)
ketul
c)
bentuk
d)
pucuk
12.
 Pak Husin memangkas dahan pokok jambu dengan se______ parang.
a)
biji
b)
rawan
c)
bilah
d)
batang
13.
 Guru besar membaca se______ pantun semasa menyampaikan ucapannya pagi tadi.
a)
rangkap
b)
ruas
c)
patah
d)
cucuk
14.
 Beberapa _______ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang pencinta alam sekitar.
a)
batang
b)
pohon
c)
kaki
d)
pucuk
15.
Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
a)
jalur ….. pintu
b)
 kaki ….. baris
c)
batang ….. deret
d)
baris ….. buah
16.
Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.
a)
ulas ….. sikat
b)
biji ….. tandan
c)
 ikat ….. tandan
d)
ikat ….. sisir
17.
Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
a)
sebakul ..... seberkas
b)
selonggok ..... seikat
c)
seberkas ..... seikat
d)
sekawan ..... segulung
18.
Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan menggunakan lima _________ rifel M16.
a)
butir ..... pucuk
b)
das ..... laras
c)
biji ..... batang
d)
laras ..... das
19.

Ayah membeli se______________ basikal baru untuk Azri Danish.

a)

buah

b)

biji

c)

ulas

d)

kaki

20.

Ibu menjahit se_______________ baju kurung untuk Danisha.

a)

helai

b)

buah

c)

kerat

d)

pasang