Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

asas perakaunan

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Simpan kira merupakan proses

a)

merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza

b)

mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan

c)

merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu

d)

menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan

2.

Pada 1 Januari 1996, Encik Samad telah membeli sebidang tanah pada harga RM15 000. Pada 31 Disember 2003, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM50 000. Catatan dalam buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM15 000.

Ini merujuk kepada prinsip

a)

pemadanan

b)

kos sejarah

c)

tempoh perakaunan

d)

wang sebagai ukuran

3.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Ahmad.

Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2020. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan.

Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Ahmad?

a)

1 Mac 2020 hingga 1 Ogos 2020

b)

1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020

c)

1 Mac 2020 hingga 1 September 2020

d)

1 Mac 2020 hingga 30 September 2020

4.

Sebidang tanah telah dibeli oleh Maju Enterprise pada 1 Julai 2012 dengan harga RM 35 000. Pada tahun 2020, nilai pasaran tanah menunjukkan peningkatan kepada RM 54 000 selepas penilaian dibuat.

Berapakah nilai tanah yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2020?

a)

RM19 000

b)

RM89 000

c)

RM54 000

d)

RM35 000

5.

Syarikat Cendana Motors yang mempunyai aset bukan semasa sebanyak RM10 juta, menganggap bahawa belanja alat tulis RM20 tidak akan memberi kesan kepada perniagaan.

Pernyataan di atas merujuk kepada konsep

a)

materialiti

b)

berterusan

c)

ketekalan

d)

entiti berasingan

6.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Johan.

‘Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.’

Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?

a)

materialiti

b)

wang sebagai ukuran

c)

ketekalan

d)

entiti berasingan

7.

Urus niaga yang berikut berlaku dalam perniagaan Aii Lee Book Store.

Pemilik telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri.

Urus niaga tersebut direkodkan sebagai ambilan dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?

a)

badan berterusan

b)

wang sebagai ukuran

c)

entiti berasingan

d)

ketekalan

8.

Antara butir-butir berikut, yang manakah dikelaskan sebagai aset?

I Tunai, Penghutang

II Overdraf Bank, Modal

III Pemiutang, Pinjaman

IV Kenderaan, Stok

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Aset Bukan Semasa mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

a)

dimiliki bukan bertujuan untuk dijual

b)

sukar ditukar menjadi tunai

c)

boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang

d)

boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek

10.

Antara yang berikut, yang manakah rumus persamaan perakaunan yang betul?

I Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

II Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik

III Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih

IV Aset = Liabiliti - Modal - Hasil + Belanja

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV