NEW
Font size
Worksheetskata ganda tahun 6
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Ramai peminat telah ________________ bintang filem yang terkenal itu.
minat-meminati
mengagung-agungkan
kejar-mengejar
tolong-menolong
1.______ tingkap di bilik abang reput kerana dimakan oleh anai-anai.
kekuda
kekisi
tetupai
pepatung
1.Pak Cik Maniam meletakkan ______ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung yang makan padinya.
kupu-kupu
orang-orang
mata-mata
kuda-kuda
3.Seekor ___________ mempunyai sepasang sesungut
rama-rama
kuda-kuda
tupai-tupai
kura-kura
4._______ digunakan oleh pejalan kaki untuk melintas jalan.
jejari
jejarum
jejantas
jejentik
5.Astin suka makan ________ikan yang dimasak oleh nenek.
cecair
kekura
bebola
sesiku
6.Di dalam tin yang berisi air itu ada beberapa ekor _____________.
kekura
tetupai
jejari
jejentik
7.Yee Hong sedang menonton televisyen sambil makan ________.
kunang-kunang
jemput-jemput
epok-epok
agar-agar
8.Perjalanan ke rumah nenek di kampung mengambil masa yang lama kerana jalan menuju ke sana _______
lalu-lalang
simpang-siur
mundar-mandir
bengkang-bengkok
9.Ayah tersesat ketika hendak mencari jalan ke rumah kawan karibnya yang sudah lama tidak berjumpa kerana jalan ke sana _____
lalu-lalang
mundar-mandir
bengkangk-bengkok
bersimpang-siur
10.Badan Jasmin gatal kerana terkena _____ ketika berenang di pantai.
ampai-ampai
anai-anai
api-api
epok-epok
11.Sarvesh tidak dapat makan kerana _______nya sakit.
kekuda
lelabah
lelabu
lelangit
12.Kapal itu _________ di dalam laut yang bergelora.
terumbang-ambing
terkial-kial
terketar-ketar
teresak-esak
13.Jon ketawa ______ semasa menonton komedi itu.
teresak-esak
tersedan-sedu
terketar-ketar
terbahak-bahak
14.Rambut Danesh ________ kerana tidak disikat.
kering-kontang
kusut-masai
compang-camping
comot-momot
15.Jun Han tidak menunggang basikal ke sekolah kerana ______ basikalnya patah.
kekisi
jejari
kekuda
tetupai
16.Petani di kampung itu tidak dapat menjalankan aktiviti tanaman kerana tanah di situ _______ akibat kemarau.
kusut-masai
kering-kontang
bengkang-bengkok
comot-momot
17.Peminta sedekah yang berpakaian _________ itu sedang tidur di kaki lima.
kumat-kamit
riuh-rendah
mundar-mandir
compang-camping
18.Ibu membeli sepasang ______ berlian untuk kakak sebagai hadiah perkahwinan.
kuda-kuda
anai-anai
anting-anting
tupai-tupai
19.Ais akan menjadi _______apabila dipanaskan.
sesumpah
dedalu
cecair
jejaka
20.Beberapa orang buruh binaan sedang memasang ______ pada bumbung rumah.
kekisi
tetupai
kekuda
lelangit
Ranjith telah menyapu ____________________ di bawah pokok rumahnya.
kekuda
dedaun
pepijat
kekisi
Aktiviti ____________ membersihkan taman perumahan diadakan pada setiap akhir bulan.
ziarah - menziarahi
gunung - ganang
kenduri - kendara
gotong - royong
Salmah dan Hani selalu _____________ semasa membersihkan taman perumahan mereka.
tegur - menegur
berkejar - kejaran
rempah - ratus
teresak - esak
Apabila tiba musim perayaan, penduduk Kampung Nangka Sebiji akan ______________ ke rumah jiran - jiran.
terang - benderang
menguis - nguis
ziarah - menziarahi
berlari - larian
Beberapa orang penduduk kampung itu ___________ menyiapkan pondok kawalan yang roboh itu.
berhabis - habisan
bersungguh - sungguh
tolong - menolong
berjimat - cermat
Adik tidak dapat menunggang basikalnya kerana __________ basikalnya telah rosak.
rempah - ratus
hingar - bingar
kekisi
jejari
Kanak - kanak itu _____________ di taman permainan dengan gembira sekali.
berlari - larian
berkejar - kejaran
mengusap - usap
berpusu - pusu
Ibu memasak kari ayam dengan menggunakan ____________ yang dibeli.
hiruk - pikuk
rempah - ratus
awan - gemawan
adai - badai
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang ____________ itu.
bengkang -bengkok
batu - batan
kacau - bilau
haru - biru
Guru besar mengambil tindakan tatatertib ______________ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
porak - peranda
lambat - laun
remeh- temeh
serta - merta
Rumah Nenek Zaharah _____________ dengan suara cucu- cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
tunggang - langgang
punah - ranah
riuh - rendah
calar - balar
Kaki Bali ___________ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
punah - ranah
lekuk - lekak
robak - rabik
calar- balar
Encik Lokman mengawasi anak - anaknya yang sedang asyik __________ di pantai itu.
mandi - manda
mundar -mandir
riuh - rendah
kacau - bilau
Majlis itu dihadiri oleh semua rakan dan ____________ terdekat Puan Maisarah.
saudara - mara
limpah - ruah
corat - coret
kuih- muih
Pak Daud mencantas ________ pokok yang sudah mati.
reranting
pepohon
tetulang
dedaun
Kos untuk membina______________ di sepanjang pantai itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
tetambak
kekuda
bebola
kekisi
Adik berasa sangat teruja kerana dapat melihat ikan ____________ semasa melawat Aquaria.
sesumpah
lelumba
kekupu
jejentik
Pengantin perempuan pada masa kini kurang gemar memakai ___________ sewaktu bersanding kerana berat.
jejamang
rerambut
lelangit
kekuda
Syarikat Sasmurni mengiklankan produk keluarannya melalui _____________ yang direntang di pusat beli -belah.
sesiku
lelangit
gegantung
sesumpah
