WorksheetsKesihatan Diri dan Reproduktif (Ting 2)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan.
Identiti seksual
Orientasi seksual
kesihatan diri
kesihatan mental
Kecenderungan identiti personal terhadap seksual tertentu yang akan mencerminkan diri individu sama ada terarah kepada heteroseksual, homoseksual atau biseksual ialah
Orientasi seksual
identiti seksual
jenis seksual
homoseksual
Tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina ialah
Heteroseksual
Biseksual
Homoseksual
Homosapiens
James telah berkahwin dengan seorang wanita dan mempunyai dua orang anak, namun pada masa yang sama James juga tertarik secara seksual kepada lelaki lain. Hal ini menunjukkan bahawa orientasi seksual James cenderung kepada
Biseksual
Heteroseksual
homoseksual
Natural
Apakah maksud heteroseksual?
Tarikan seksual terhadap diri sendiri
Tarikan seksual terhadap berlainan jantina
Tarikan seksual terhadap jantina yang sama
Tarikan seksual terhadap kedua-dua jantina
Apakah yang boleh difahami mengenai kecelaruan identiti seksual?
Perasaan tidak selesa dengan seksualiti diri sendiri dan ingin menjadi jantina berlawanan dengannya
Yakin dengan jantina sendiri dan mempunyai sikap berlawanan dengan jantina
Seronok dengan diri sendiri dan mempunyai keinginan seksual terhadap berlawanan jantina
Mempunyai tarikan seksual pada jantina berlawanan
Berikut merupakan langkah-langkah untuk menangani kecelaruan identiti dan orientasi seksual dalam kalangan remaja, kecuali
mengelakkan diri daripada hidup berfoya-foya
memilih rakan yang baik
mengikut semua kemahuan rakan walaupun ia perkara yang salah
mengamalkan gaya hidup sihat
Apakah akibat jika seseorang tidak menjaga kehormatan diri?
Disanjung oleh masyarakat
Masa depan cerah
Mempunyai ramai kawan
Dipandang serong
Apakah kesan terhadap remaja sekiranya mereka tidak menjaga kehormatan diri?
Keputusan akademik meningkat
Imej diri dan keluarga tercemar
Keyakinan diri akan meningkat
sahabat akan bertambah
Apakah langkah yang dapat di ambil untuk menangani kecelaruan identiti seksual dalam kalangan remaja masa kini?
mengelakkan cara hidup yang suka berfoya-foya
bergaul bersama rakan ke arah yang positif
mengelakkan daripada terjebak dengan rakan-rakan yang tidak berakhlak
melayari laman lucah di internet
Apakah aspek yang berkaitan kehormatan diri seseorang?
I. Amalan keagamaan
II. Amalan kebersihan
III. Amalan keselamatan
IV. Amalan kesihatan diri
I, II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aspek untuk menjaga kebersihan diri?
Tidak memakai pakaian mencolok mata
Tidak berkongsi barangan peribadi
Tidak makan makanan ringan
Tidak menjaga kebersihan persekitaran
* Tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif
* Diri akan dihormati dan disanjung
* Mencapai kejayaan yang cemerlang
Pernyataan di atas merupakan
aspek kehormatan diri
kesan tidak menjaga kehormatan diri
kepentingan menjaga kehormatan diri
keburukan menjaga kehormatan diri
* Memberi bimbingan dan nasihat
* Mengamalkan didikan agama
* Memantau pergaulan dan tingkah laku
Siapakah yang akan bertanggungjawab melaksanakan tugasan seperti di atas?
Rakan sebaya
Ibu bapa
Masyarakat
Kaunselor
Selain daripada aspek penjagaan serta amalan kebersihan dan kesihatan diri, kehormatan diri seseorang juga berkait rapat dengan
kecantikan diri
keselamatan diri
kecenderungan diri
kebolehan diri
