wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TING 1 (HOMEOSTASIS DALAM TUMBUHAN)

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan transpirasi.

a)

Transpirasi membantu tumbuhan mengawal kandungan air

b)

Transpirasi menyebabkan tumbuhan mati kelayuan kerana kekurangan air

2.

Bilakah stoma terbuka untuk menjalankan proses fotosintesis?

a)

Waktu siang

b)

Waktu malam

3.

Kenapakah stoma tertutup pada waktu suhu yang tinggi?

a)

Untuk mengurangkan kehilangan air yang banyak

b)

Untuk menggalakkan proses fotosintesis

c)

Untuk mengangkut air

4.

Rajah menunjukkan suatu struktur pada permukaan daun tumbuhan. Apakah P?

a)

kloroplas

b)

sel epitelium

c)

sel pengawal

d)

stoma

5.

Bahagian manakah yang menyerap air dan mineral daripada tanah?

a)

Akar

b)

Daun

c)

Batang

d)

Pucuk

6.

Bagaimanakah pokok pisang mengurangkan kehilangan air pada waktu siang?

a)

Pokok pisang menggulungkan daunnya

b)

Pokok pisang membuka daunnya

c)

Pokok pisdang menukar warna daunnya

7.

Air daripada tumbuhan hilang melalui satu proses yang dikenal sebagai ________________.

a)

Transpirasi

b)

Fotosintesis

c)

Respirasi

8.

Nyatakan kepentingan proses transpirasi. (Sila pilih lebih daripada satu jawapan.)

a)

Membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut air dari tanah ke seluruh bahagian tumbuhan

b)

Membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut mineral dari tanah ke seluruh bahagian tumbuhan

c)

Membuat makanan dan mengangkutnya ke seluruh bahagian badan

d)

Menyejukkan tumbuhan pada hari panas

9.

Dalam proses transpirasi, air hilang daripada daun dalam bentuk wap air ke persekitaran melalui ______________

a)

stoma

b)

sel pengawal

c)

akar

d)

klorofil

10.

Pembukaan dan penutupan stoma dikawal oleh _______________.

a)

sel pengawal

b)

sel rerambut akar

c)

sel epidermis

d)

sel palisad

11.

Pada waktu siang, stoma _________________ supaya lebihan air tersejat daripada daun melalui transpirasi.

a)

terbuka

b)

tertutup

12.

Pada suhu yang terlalu tinggi, stoma akan _________________ untuk mengurangkan air yang tersejat daripada daun melalui transpirasi.

a)

terbuka

b)

tertutup

13.

Kawalan homeostasis dalam benda hidup amatlah penting supaya

(Sila pilih lebih daripada satu jawapan.)

a)

sel-sel dapat menjalankan aktiviti metabolisme dengan cekap.

b)

semua tindak balas kimia dapat dijalankan dengan optimum

c)

persekitaran dalam badan dapat dikawal dan dikekalkan dalam keadaan yang seimbang dan stabil

d)

benda hidup dapat berkomunikasi antara satu sama lain