NEW
Font size
WorksheetsF4ACC【BAB 1】
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan ?
Sistem perakaunan
Prinsip perakaunan
Konsep perakaunan
Kitaran perakaunan
Apakah tujuan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) ditubuhkan ?
Merancang pelaksanaan sistem rekod perakaunan
Menentukan amalan sistem perakaunan sesebuah perniagaan
Menetapkan piawaian laporan kewangan bagi firma perniagaan
Merangka aktiviti badan-badan korporat dalam bidang perniagaan
Simpan kira adalah proses
Menyediakan maklumat kewangan sesuatu perniagaan
Merekodkan urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
Merekodkan urus niaga perniagaan berasaskan sistem catatan bergu
Mengelas, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
Antara pernyataan yang berikut, manakah yang benar tentang perakaunan ?
I Perakaunan lebih luas daripada simpan kira
II Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti
perniagaan
III Perakaunan hanya melibatkan proses merekodkan
urus niaga
IV Perakaunan dapat membantu pihak pengurusan
meningkatkan keuntungan
I, II
I, IV
II, III
III, IV
Antara berikut, penyataan manakah menerangkan tentang perakaunan ?
I Meliputi aktiviti merancang dan mengawal aktiviti perniagaan
II Meliputi aktiviti menyediakan maklumat kewangan
III Merekodkan semua urusniaga secara tunai
IV Merupakan sebahagian daripada simpan kira
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Profesion perakaunan di Malaysia dikawal oleh
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia
( MICPA )
Charted Institue of Management Accountants
( CIMA )
Association of Certified Charted Accountants
( ACCA )
Institut Akauntan Malaysia ( MIA )
Badan perakaunan manakah yang bertindak sebagai Badan Kawal Selia ?
MIA
MASB
ACCA
MICPA
Apakah asas rekod perakaunan ?
Kaedah Pacioli
Kaedah Venice
Kaedah perakaunan
Kaedah catatan bergu
Antara berikut, manakah yang terdapat dalam Penyata Pendapatan ?
I Liabiliti
II Aset
III Belanja
IV Hasil
I, II
I, IV
II, IV
III, IV
Encik Ali, akauntan Firma Z, mengira susut nilai kenderaan syarikat dengan menggunakan kaedah ansuran tetap. Bagi penyediaan Penyata Kewangan tahun 2016, beliau menggunakan kaedah pengiraan yang sama.
Situasi di atas merujuk kepada konsep…
Ketekalan
Kos Sejarah
Tempoh Perakaunan
Kos Manfaat
Maklumat berikut berkaitan tentang syarikat berhad.
X dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan untuk menetapkan dasar syarikat
Siapakah X ?
Pengurus operasi
Kesatuan pengarah
Lembaga pengarah
Pendaftar syarikat
Pihak manakah yang menggunakan penyata kewangan untuk mentaksir cukai pendapatan yang dikenakan ke atas syarikat ?
Koperasi
Perkongsian
Milikan tunggal
Syarikat sendirian berhad
Berikut ialah ciri organisasi perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Johan.
‘Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.’
Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi ?
Pengiktirafan hasil dan belanja
Tempoh perakaunan
Entiti berasingan
Wang sebagai ukuran
Pada tahun kewangan 2009, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800.
Apakah konsep perakaunan yang terlibat ?
Ketekalan
Prinsip Kos
Tempoh perakaunan
Wang sebagai ukuran
Rajah 1 menunjukkan Kitaran Perakaunan yang tidak lengkap.
Pelarasan
Imbangan Duga
Penyata Kewangan
Imbangan Duga Terlaras
Perniagaan Rizky telah merekodkan kadar bayaran RM1 900 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk kadar bayaran belum dijelaskan sebanyak RM300.
Apakah konsep perakaunan yang dipatuhi ?
Wang sebagai ukuran
Usaha Berterusan
Prinsip Kos
Pengiktirafan hasil dan belanja
Encik Zain seorang peniaga, telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan.
Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Zain ?
Ketekalan
Prinsip Kos
Entiti berasingan
Usaha berterusan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebahagian daripada kitaran perakaunan yang betul ?
A
B
C
D
Maklumat berikut menunjukkan ciri sebuah milikan perniagaan.
Pramu Media Berhad
Salon Kecantikan Salina
Syarikat Bersama Sdn. Bhd.
Klinik Pergigian Amir dan Amira
