wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

5.1.1 Peranan Kerajaan Sebagai Pengeluar (5 Orange)

Total questions: 15

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

1. Yang manakah berikut benar tentang peranan kerajaan dalam ekonomi?

I sebagai pengeluar dan majikan

II mewujudkan monopoli semula jadi

III mencapai pertumbuhan ekonomi mampan

IV mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

2. Yang manakah berikut menjelaskan peranan kerajaan sebagai pengeluar dan majikan?

a)

menyediakan barang percuma dan barang sosial

b)

menggaji kakitangan swasta

c)

menyediakan barang sosial dan barang awam

3.

3. Gambar di atas menunjukkan sejenis barang yang disediakan oleh kerajaan. Yang manakah benar tentang ciri-ciri barang ini?

a)

hanya dapat digunakan oleh individu yang berkemampuan

b)

tiada prinsip pengecualian

c)

penawarannya adalah tidak terhad

4.

Logo di atas tentang sebuah syarikat di Malaysia. Yang manakah bukan ciri syarikat tersebut?

a)

barangnya tiada pengganti

b)

tiada kebebasan keluar masuk industri

c)

memerlukan kos modal yang rendah

d)

merupakan firma monopoli semula jadi

5.

5. Situasi yang manakah menggambarkan peranan kerajaan sebagai pengeluar?

I Siti membeli kereta Perodua keluaran tempatan.

II Anak En. Ramli bersekolah di SMK Seri Kota

III Pn. Katijah mendapat rawatan di Hospital Besar

Melaka

IV Bilik seminar di Hotel Hatten hanya dikhususkan

untuk pelanggan hotel tersebut.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

6. Mengapakah kerajaan dikatakan majikan terpenting di Malaysia?

a)

membantu untuk meningkatkan kos pengeluaran firma

b)

menyediakan barang awam kepada masyarakat

c)

menyediakan pelbagai faedah sampingan kepada kakitangan awam

d)

menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam kepada guna tenaga dalam negara

7.

7. Antara berikut, yang manakah faedah sampingan kepada kakitangan awam?

a)

elaun makanan

b)

cuti pelancongan

c)

elaun kerja lebih masa

d)

elaun bantuan sara hidup (COLA)

8.

8. Apakah kesan kepada ekonomi negara jika kerajaan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalaam sektor perkhidmatan?

I Kadar pengangguran meningkat

II kuasa beli individu meningkat

III taraf hidup masyarakat meningkat

IV pendapatan masyarakat menurun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Gambar di atas mengenai tragedi pencemaran Sungai Kim Kim. Apakah tindakan kerajaan dalam tragedi tersebut?

a)

mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar yang terlibat

b)

memberikan subsidi kepada pengeluar yang terlibat

c)

mengenakan cukai yang tinggi terhadap pengeluar yang terlibat

10.

Gambar di atas berkaitan dengan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 yang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada Oktober 2020. Yang manakah benar tentang cara kerajaan dalam mengawal selia pengeluar yang mengakibatkan kesan eksternaliti?

a)

menangkap pengusaha kilang yang telah mencemari sungai

b)

memberikan subsidi kepada pengusaha tersebut

c)

memberikan nasihat secara berkala

11.

11. Rajah di atas berkaitan dengan dasar yang dilaksanakan untuk mengawal harga barang dalam pasaran.

Antara berikut, yang manakah benar tentang dasar tersebut?

a)

untuk melindungi pengguna

b)

untuk menjaga kebajikan pengeluar

c)

harga lebih rendah daripada harga keseimbangan pasaran

12.

12. Bagaimanakah kerajaan mengawal eksploitasi pengeluar terhadap pengguna?

I mencapai guna tenaga penuh

II memberi subsidi kepada pengeluar

III pelaksanaan undang-undang dan peraturan

IV memastikan tiada kebebasan keluar masuk industri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

13. Gambar di atas menunjukkan syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan. Apakah peranan yang dimainkan oleh syarikat berkaitan dengan kerajaan di atas?

a)

sebagai pembekal utama perkhidmatan air, elektrik dan komunikasi

b)

sebagai pengeluar barang ekonomi dan barang sosial

c)

sebagai pembekal bahan mentah utama negara

d)

sebagai perancang dasar-dasar kerajaan

14.

14. Apakah kesan dasar harga maksimum terhadap pengguna?

a)

kebajikan pengguna dapat dijaga

b)

pengeluar mendapat keuntungan yang maksimum

c)

memaksimumkan keuntungan pengeluar denga menetapkan harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan

15.

15. Mengapakah pihak swasta kurang memainkan peranan dalam menyediakan barang awam dan barang sosial?

a)

melibatkan pekerja yang ramai

b)

mengurangkan permintaan barang di pasaran

c)

melibatkan kos penyediaan yang tinggi

d)

dikenakan cukai pendapatan syarikat yang tinggi