wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU: KATA ADJEKTIF

Total questions: 24

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Amira duduk _____________dengan Ai Ling kerana meja mereka bersebelahan.

a)

kecil

b)

rapat

c)

bising

d)

keras

2.

Encik Bakar membina kolam ikan hiasan _____________ dengan kawasan rumahnya.

a)

halus

b)

tebal

c)

dekat

d)

rendah

3.

Udara di kaki Gunung Kinabalu sangat ___________ pada waktu pagi.

a)

indah

b)

kotor

c)

merdu

d)

nyaman

4.

Kopi yang dibancuh oleh ibu Mary itu rasanya _____________ dan _____________.

a)

masam, sejuk

b)

masin, panas

c)

pahit, panas

d)

pedas, sejuk

5.

Pemandangan tepi pantai itu sangat _________________ dan air lautnya sangat jernih.

a)

panas

b)

indah

c)

riuh

d)

nyaman

6.

Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.

a)

lembut

b)

halus

c)

kasar

d)

licin

7.

Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujan semasa dalam perjalanan ke sekolah.

a)

halus

b)

basah

c)

kembang

d)

sejuk

8.

Semua kenderaan bergerak ______ kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.

a)

perlahan

b)

deras

c)

laju

d)

gopoh

9.

Warna _______ pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.

a)

merah

b)

biru

c)

kuning

d)

putih

10.

Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______ itu di dalam stor sukan.

a)

lonjong

b)

kempis

c)

lurus

d)

kemik

11.

Pengemis itu makan nasi denggan _________ kerana terlalu lapar.

a)

pantas

b)

perlahan

c)

lembut

d)

gelojoh

12.

Besi pembahagi jalan itu _________ setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.

a)

bengkok

b)

bujur

c)

kempis

d)

lonjong

13.

Penghulu itu berasa sungguh _______ terhadap penduduk kampung kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.

a)

rindu

b)

malu

c)

sayang

d)

benci

14.

Sarung kusyen di rumahnya berbau _________ kerana tidak pernah dibasuh.

a)

harum

b)

hanyir

c)

hapak

d)

tengik

15.

Tapak kasut sekolah saya sudah ___________.

a)

haus

b)

rencam

c)

tajam

d)

tumpul

16.

Abang Adam _________ berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.

a)

fasih

b)

leka

c)

bijak

d)

deras

17.

Makanan-makanan yang _______ dapat menyebabkan penyakit diabetes.

a)

tawar

b)

pahit

c)

manis

d)

masin

18.

Kulit muka Alia semakin ________ setelah dia menggunakan krim kecantikan itu.

a)

licin

b)

keruh

c)

padat

d)

pudar

19.

Abang Razman begitu ________ apabila mendapat berita bahawa dia berjaya dalam temu duga itu.

a)

sukar

b)

marah

c)

kecewa

d)

gembira

20.

Pahlawan yang _______ itu dapat menewaskan pihak lawannya dengan mudah sekali.

a)

gagah

b)

aktif

c)

rajin

d)

mesra

21.

Para penyokong pasukan bola sepak itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka memenangi perlawanan tersebut semakin ________.

a)

getir

b)

genting

c)

tipis

d)

runcing

22.

Para petani berehat di bawah pokok yang _______ itu buat sementara waktu untuk menghilangkan penat.

a)

lebat

b)

rendang

c)

lebar

d)

sempit

23.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

a)

Dia mempunyai alasan yang kukuh untuk berhijrah ke kota.

b)

Keadaan ekonomi syarikat penerbangan itu semakin bertambah kukuh.

c)

Istana lama yang dibuat daripada kayu itu masih kukuh walaupun sudah beratus-ratus tahun usianya.

d)

Sikap Syazwan semakin kukuh sejak dia menyertai kem motivasi di sekolahnya itu.

24.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

a)

Adik saya yang berusia empat tahun sudah boleh membaca buku dengan lancar sekali.

b)

Perjalanan kami semasa menziarahi nenek di Kuala Terengganu amat lancar.

c)

Budak lelaki itu lemas kerana dia tidak mampu melawan air sungai yang lancar itu.

d)

Kempen bahasa kebangsaan itu lancar oleh pegawai pendidikan daerah.