WorksheetsUNIT 4: SEJARAH TEMPAT TINGGAL
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Mengapakah tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia?
Kerana manusia boleh berbangga dengan kecantikan rumah masing-masing.
Kerana manusia dapat hidup dalam keadaan selamat di dalam rumah.
Kerana rumah mempunyai bekalan elektrik.
Kerana senang menyimpan barang-barang di dalam rumah.
1) Nombor Rumah
2) Nama Jalan
3) _____________
4) Nama Bandar
5) Nama Negeri
Maklumat nombor tiga ialah _____________.
nombor telefon
nombor baris
keluasan
poskod
Ahmad tinggal di negeri Terengganu yang terkenal dengan kawasan _____________.
perlindungan orang utan
penternakan ikan patin
pelabuhan yang sibuk
penyu bertelur
Terdapat pelbagai jenis bentuk muka bumi seperti kawasan tanah tinggi, tanah __________, pesisir laut dan pinggir sungai.
rata
pamah
rendah
penyu bertelur
Bentuk muka bumi tersebut ialah ___________.
tanah tinggi
hutan belantara
pinggir sungai
tanah pamah
Bentuk muka bumi tersebut sesuai untuk aktiviti penanaman padi iaitu ___________.
tanah berpaya
tanah berair
tanah pamah
tanah rendah
Rina tinggal di Johor Bahru, Johor. Apakah keunikan tempat tinggal Rina?
Mempunyai banyak pasaraya membeli belah.
Mempunyai Tambak Johor yang bersambung dengan Singapura.
Memiliki kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk tanaman strawberi
Banyak kedai makan.
Florence tinggal di Miri, Sarawak. Terdapat industri __________ yang menyebabkan kawasan tempat tinggalnya berkembang maju.
petroleum
padi
elektronik
pelancongan
Nama Tanjung Puteri merupakan nama asal __________ selepas ditukar oleh Sultan Abu Bakar.
Kota Bharu
Wakaf Bharu
Johor Bahru
Kampung Baru
________________ terkenal sebagai lokasi pelancongan dan lagenda Mahsuri.
Pulau Sipadan
Pulau Pangkor
Pulau Langkawi
Pulau Redang
Tokoh di dalam gambar bertugas sebagai malim gunung di Gunung Kinabalu. Pelbagai jasa yang disumbangkan oleh beliau KECUALI
membantu menebang pokok balak yang besar.
menjaga keselamatan pendaki.
mempromosikan kawasan ekopelancongan.
membantu dalam penjagaan alam sekitar di Taman Negara Kinabalu.
Apakah maksud tokoh setempat ? (ms 52)
Individu yang tidak memberi sumbangan kepada komuniti.
Individu yang kurang menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti.
Individu yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti.
Apakah maksud malim gunung? (ms 52)
Orang yang bertugas sebagai penunjuk arah angin semasa pendakian gunung.
Orang yang bertugas sebagai tukang masak semasa pendakian gunung.
Orang yang bertugas sebagai penunjuk jalan semasa pendakian gunung.
Orang yang bertugas sebagai pemegang beg semasa pendakian gunung.
Junaydie bin Sihan dilahirkan pada __________________.
16 Ogos 1992
10 Julai 1977
7 Disember 1990
18 Oktober 1993
Beliau bertugas sebagai Ketua Malim Gunung di _____________.
Gunung Ledang
Gunung Murud
Gunung Everest
Gunung Kinabalu
Tujuan alamat rumah yang tertera pada kad undangan perkahwinan seperti gambar di sebelah adalah untuk ________________
memudahkan para tetamu jemputan untuk mencari rumah pengantin
hiasan semata-mata
mencantikkan kad perkahwinan
memastikan rumah pengantin selamat dari bencana
Cameron Highlands, Pahang seperti gambar di sebelah terkenal sebagai pusat pelancongan _________.
pesisir pantai
tanah tinggi
tanah pamah
pulau
Ahmad dan keluarganya suka berkelah dan mandi laut di Port Dickson. Port Dickson seperti gambar di sebelah terkenal sebagai pusat pelancongan __________.
tanah pamah
tanah tinggi
pulau
pesisir laut
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Ia menjadi ikon pelancongan ____________ yang terkenal dalam kalangan para pendaki gunung tempatan dan antarabangsa.
tanah pamah
tanah tinggi
pulau
pesisir laut
___________ ialah orang yang bertanggungjawab memimpin sesebuah kampung.
Penghulu
Hakim
Pegawai Daerah
Ketua Kampung
