NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI SAINS TING 4 BAB 1 & 2
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Antara berikut, yang manakah bukan peralatan perlindungan diri
baju makmal
bikar
topeng muka
Kebuk Wasap
Apakah yang tidak harus dilakukan apabila berlaku kemalangan di makmal?
Memaklumkan kepada guru atau pembantu makmal dengan segera
Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan
Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir dan biarkan sahaja
Bersihkan tumpahan bahan kimia menggunakan alatan yang sesuai
Rajah menunjukkan sepasang sarung tangan.
Antara berikut yang manakah bukan fungsinya?
Melindungi tangan daripada bahan kimia
Melindungi tangan semasa melakukan eksperimen
Melindungi tangan supaya tidak kasar
Melindungi badan apabila mengangkat benda berat
Arsenik, Kromium, Plumbum, dan Merkuri merupakan logam yang berbahaya. Apakah nama kumpulan logam tersebut?
Logam berat
Logam ringan
Logam alkali
Logam Berasid
Antara bahan berikut yang manakah boleh dibuang ke dalam siniki?
pelarut organik
Sisa pepejal
Bahan dengan pH antara 5 hingga 9
Bahan toksik
Antara berikut yang manakah cara yang betul untuk menguruskan bahan sisa biologi ?
Spesimen biologi ( haiwan ) yang bukan jenis haiwan perosak dan masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya
Spesimen yang tidak berbahaya dan telah dibedah hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah
Spesimen haiwan yang berbahaya seperti bangkai tikus hendaklah di buang ke dalam sungai
Sisa bahan biologi mestilah disimpan dengan baik supaya boleh digunakan lai kali
Antara berikut yang manakah bukan gejala keracunan merkuri ?
Penglihatan terjejas
Kemerosotan dalam pertuturan dan pendengaran
Saluran badan berpeluh
Koordinasi pergerakan terganggu
Pemadam api jenis karbon dioksida sesuai digunakan untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada
i. kertas
ii minyak
iii elektrik
i sahaja
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
i,ii dan iii
Berikut adalah alat pemadam kebakaran yang patut berada di dalam makmal sekolah kecuali
selimut api
Baldi berisi pasir
Alat pemadam kebakaran
Baldi berisi air
K,L,M dan N merupakan langkah-langkah menggunakan alat pemadam kebakaran untuk memadamkan api
K - cabut pin untuk melepaskan tuil
L - Hala nozel atau hos ke dasar api
M- Tekan tuil untuk mengeluarkan bahan pemadam. Untuk
berhenti lepaskan tuil
N- Gerakan hos kiri ke kanan. Gerak ke arah api dengan berhati-hati
Antara berikut yang manakah merupakan urutan langkah yang betul?
K,L,M,N
M,K,L,N
L,M,K,N
N,M,L,K
Antara peralatan berikut yang manakah di gunakan untuk melindungi mata semasa menjalankan eksperimen?
Cermin Mata
Gogal
Kaca mata hitam
Kanta lekap
Apakah fungsi kebuk wasap?
Menjalankan uji kaji sains
Menjalankan uji kaji bahan-bahan yang mudah meruap dan beracun
Menyimpan bahan-bahan yang mudah meruap
Menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar
Kenapa pemakaian baju makmal penting semasa menjalankan uji kaji?
Untuk kelihatan menarik
Untuk kelihatan seperti seorang ahli sains
Untuk melindungi pemakai dari terkena bahan kimia dan kerosakan pakaian
Untuk memudahkan menjalankan uji kaji
Apakah kemungkinan yang akan berlaku jika murid tidak memakai peralatan perlindungan semasa menjalankan uji kaji?
Murid berasa sukar menjalan kan uji kaji
Murid berasa tidak selesa semasa menjalankan uji kaji
Murid dapat mengelak kemalangan yang tidak diingini
Kemalangan mudah berlaku semasa menjalankan uji kaji
Antara yang berikut yang manakah peralatan yang sesuai digunakan jika murid terkena bahan kimia pada kulit dan mata ?
Pembilas mata
Gogal
Kebuk wasap
Baju makmal
Pernyataan di bawah adalah merujuk kepada bahan sisa buangan X
cara pelupusan
- di bungkus dan dimasukkan ke dalam beg biobahaya
- Perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf
Apakah bahan X?
Bahan buangan organ
Bahan buangan pepejal
Bahan buangan biologi
Bahan buangan cecair
Berikut adalah satu pernyataan
Bahan buangan kimia merupakan bahan yang tidak boleh di buang ke dalam singki
Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas?
Bahan buangan kimia akan menyebabkan pencemaran air
Bahan buangan kimia akan meletup
Bahan buangan kimia akan menyerap ke dalam tanah
Bahan buangan kimia akan bertindak balas dengan bahan-bahan lain
Apakah tindakan awal yang perlu di ambil apabila berlaku kemalangan semasa menjalankan uji kaji?
Kendalikan tumpahan bahan kimia menggunakan tangan
Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan
Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan
Segera memberitahu guru atau pembantu makmal jika berlaku sebarang kemalangan
Rajah menunjukkan alat pemadam api W
Apakah jenis alat pemadam api W?
Pemadam kebakaran buih
Pemadam kebakaran air
Alat pemadam kebakaran serbuk kering
Alat pemadam kebakaran karbon dioksida
Apakah kelebihan alat pemadam api jenis serbuk kering?
Boleh memadamkan semua jenis kebakaran
Hanya memadam kebakaran yang disebabkan elektrik
Hanya memadam kebakaran yang di sebabkan bahan pepejal
Bahan memadam kebakaran jenis cecair
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) ialah bantuan kecemasan melibatkan gabungan
teknik tekanan di bahagian badan dan hembusan ke dalam mulut
teknik hembusan ke dalam mulut dan tekanan di bahagian kepala
teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut
teknik hembusan ke dalam telinga dan tekanan ke bahagian perut
Berikut ialah situasi-situasi yang mungkin menyebabkan keperluan melakukan CPR,KECUALI
terkena panahan guruh
terkena renjatan elektrik
lemas dalam air
terkena serangan jantung
Tekanan dada dilakukan pada kadar ...
50 hingga 100 tekanan per minit
70 hingga 110 tekanan per minit
90 hingga 115 tekanan per minit
100 hingga 120 tekanan per minit
Jumlah tekanan dada dan bilangan hembusan yang dilakukan semasa menunggu kehadiran ambulans atau sehingga mangsa tersedar ialah
10 kali tekanan dada, 1 kali hembusan
15 kali tekanan dada, 1 kali hembusan
20 kali tekanan dada, 2 kali hembusan
30 kali tekanan dada, 2 kali hembusan
Hembusan mulut ke mulut semasa CPR membolehkan mangsa menerima udara yang mengandungi
hidrogen
karbon dioksida
oksigen
nitrogen
Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan untuk menyelamatkan seseorang individu yang...
terbatuk-batuk
asma
terpinga-pinga
tercekik
Bantuan Heimlich Manoeuvre dilakukan sekiranya berlaku situasi berikut ke atas mangsa,KECUALI
kulit,bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman
memegang leher dengan kedua-dua tangan
sedang berbual-bual mesra
sukar bernafas
Seseorang itu akan tercekik semasa makan apabila X terlipat dan menutup saluran pernafasan (trakea)
glotis
epiglofis
epiglotis
esofagus
Jika tiada orang berdekatan semasa tercekik,cara untuk menyelamatkan diri adalah dengan meletakkan tangan (kaedah Heimlich Manoeuvre) di antara...
pusat dengan bawah bahu
pusat dengan atas rusuk
pusat dengan atas bahu
pusat dengan bawah rusuk
Antara berikut yang manakah yang memerlukan kita lakukan resusitasi kardiopulmonari?
Mangsa mengalami kekejangan kaki
Mangsa diserang serangan jantung tiba-tiba
Mangsa terjatuh tangga dan terseliuh kaki
Mangsa sesak nafas tercekik tulang ikan
Berikut menunjukkan prosedur yang terlibat dalam resusitasi kardiopulmonari. Yang manakah menunjukkan susunan prosedur yang betul?
P=>S=>Q=>R
R=>Q=>S=>P
Q=>S=>P=>R
Q=>P=>S=>R
Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yg tidak sedarkan diri?
Dongakkan kepala dan tolakkan dagu ke atas
Dongakkan kepala dan tujahkan rahang
Tolakkan dagu ke atas
Tujahkan rahang
Anda menghadapi seorang dewasa yg tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, apakah yg perlu anda lakukan terlebih dahulu?
mulakan CPR dengan 30 tekanan dada
Berikan 5 kali bantuan pernafasan awal
Berikan dua kali bantuan pernafasan awal
Hubungi bantuan 999
Mengapakah CPR penting?
Ia menyediakan bekalan darah dan oksigen yg kecil ke otak dan organ penting
Ia menghalang aorta daripada runtuh
Ia mengekalkan degupan jantung
Ia menghalang serangan jantung
Rajah yang manakah betul bagi kedudukan tangan semasa tekanan di dada dilakukan?
Apakah objek yang boleh digunakan untuk pertolongan cemas jika tercekik sendirian?
kerusi
buku
bantal
beg
Apakah kepentingan melakukan Heimlich Manouevre?
Untuk mengembalikan peredaran darah seseorang
Untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan mangsa
Membantu menyingkirkan objek yang tersekat pada saluran udaranya
membolehlan jantung mengepam dengan lebih baik
Apakah posisi yang sesuai untuk melakukan Heimlich Manouevre ke atas mangsa yang tercekik?
Bersandar di dinding
Duduk di atas kerusi
Berbaring di atas lantai
Berdiri tegak
Susunkah langkah-langkah kaedah Heimlich Manouevre yg betul berdasarkan maklumat di bawah:
K : Letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dan bawah rusuk mangsa
L : Keliling tgn dari belakang mangsa dan genggam tangan kanan
M : Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat
N : Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan sedikit ke hadapan
N , L , K, M
L, N , K, M
N, K , M , L
K , L , M , N
Antara rajah berikut yang manakah menunjukkan tatacara yang betul untuk menyelamatkan individu berbadan besar yang tercekik?
A
B
C
D
