WorksheetsLatihan PPT Sejarah Ting3_Hj JS
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
- Bahan yang telah diolah
- Bahan yang tersebar kepada umum
Maklumat di atas merujuk kepada sumber sejarah.
Apakah sumber tersebut? (Bab 1.4 Ting 1)
Diari
Jurnal
Artifak
Manuskrip
Apakah yang telah berlaku di bumi pada 18 000 tahun dahulu? (Bab 2.1 Ting 1)
Hidupan utama ialah dinosour
Terdapat hidupan seperti ikan
Paras air laut meningkat
Air laut masih tawar
Lembah Bernam di Selangor adalah merupakan antara tapak zaman prasejarah.
Apakah zaman tersebut? (Bab 3.2 Ting 1)
Zaman Logam
Zaman Neolitik
Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Apakah fungsi Zigurat dalam tamadun Mesopotamia? (Bab 5.1 Ting 1)
Tempat ibadat
Tempat mandian
Kubu pertahanan
Pusat kegiatan ilmu
Manakah antara berikut bukan merupakan ciri-ciri tamadun awal dunia? (Bab 4.3 Ting 1)
Sistem pemerintahan
Agama dan kepercayaan
Pembentukan bandar
Perdagangan antarabangsa
- Tamadun Indus
- Tamadun Mesir Purba
Apakah persamaan sumbangan yang diwariskan oleh tamadun awal dunia tersebut? (Bab 5.2 Ting 1)
I Penciptaan kertas
II Penciptaan kompas magnetik
III Pembinaan bandar terancang
IV Penetapan 365 hari dalam kalendar tahunan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
- Pemutus kepada sesuatu kes
- Warganegara memegang kuasa pengadilan
Pernyataan di atas berkaitan dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran Athens.
Apakah sistem tersebut? (Bab 6.2 Ting 1)
Juri
Majlis
Majistret
Dewan perhimpunan
Apakah rumusan yang dapat dibuat tentang masyarakat Rom berkaitan terdapatnya binaan Amfiteater di seluruh wilayah mereka? (Bab 6.4 Ting 1)
Tekun dalam pertanian
Patriotik terhadap negara kota
Menggemari aktiviti di luar rumah
Mengamalkan kepercayaan animisme
Mengapakah masyarakat Arab tidak mampu membina semula Empangan Maarib? (Bab 8.1 Ting 1)
Masalah kewangan
Kelemahan kemahiran
Tidak mempunyai ilmu
Tiada panduan nabi dan kitab
- Maharaja
- Sri Maharaja
- Sri Bathara
Senarai di atas berkaitan dengan gelaran raja kerajaan bagi kerajaan Alam Melayu.
Kerajaan Alam Melayu manakah yang rajanya menggunakan gelaran tersebut? (Bab 2.1 Ting 2)
Srivijaya
Majapahit
Kedah Tua
Gangga Nagara
Manakah antara berikut merupakan tugas Penghulu Bendahari?
(Bab 5.2 Ting 2)
Ketua duta
Ketua hakim
Ketua syahbandar
Ketua protokol istana
Kesultanan apakah yang meneruskan legasi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka selepas pengunduran Sultan Mahmud Syah? (Bab 5.3 Ting 2)
Kesultanan Perak
Kesultanan Pahang
Kesultanan Selangor
Kesultanan Johor Riau
- Hikayat Pahang
- Misa Melayu
- Syair Tawarikh Zainal Abidin Ketiga
- Kenang-Kenangan Selangor
Apakah persamaan kandungan dalam karya sejarah di atas? (Bab 7.2 Ting 2)
Memerihalkan sistem perundangan
Menetapkan tanggungjawab rakyat
Mengisahkan sejarah kesultanan
Membuktikan kedatangan Islam
Pada tahun 1670, Kelantan berpecah kepada dua iaitu Kelantan Barat dan Kelantan Timur?
Apakah sebab pemisahan tersebut?
(Bab 8.1 Ting 2)
Serangan musuh
Perebutan takhta
Kemerosotan ekonomi
Kemangkatan pemerintah
Apakah keunikan yang terdapat pada Adat Perpatih?
I Jurai keturunan sebelah bapa
II Hukuman bersifat pemulihan
III Anggota suku diangap sedarah
IV Orang dari suku lain tidak diterima
(Bab 9.2 Ting 2)
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
1. Apakah kesan pembukaan Terusan Suez terhadap orang Eropah?
I Mempergiat urusan perdagangan
II Berlumba-lumba mencari tanah jajahan
III Tercetus perang saudara di Eropah
IV Mempercepat kegiatan penyebaran agama
(Bab 1.2 Ting 3)
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
- Francis Light
- Stamford Raffles
Apakah kesan penglibatan tokoh-tokoh di atas terhadap sejarah negara kita? (Bab 2.1 Ting 3)
Kemelesetan ekonomi
Pemansuhan institusi raja
Sultan kehilangan wilayah
Pengenalan sistem demokrasi
Apakah sebab terjadinya Perang Larut di Perak dan Perang Klang di Selangor? (Bab 3.2 Ting 3)
Kelemahan raja
Kedudukan strategik
Kemakmuran ekonomi
Kemasukan kuasa Barat
1. Apakah kepentingan Sungai Linggi terhadap kerajaan Negeri Sembilan? (Bab 3.2 Ting 3)
I Kawasan pungutan cukai
II Laluan penting perdagangan
III Sesuai sebagai benteng pertahanan
IV Terlindung daripada tiupan angin monsun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
- Datu Patinggi
- Datu Bandar
- Datu Temenggung
Gelaran di atas digunakan oleh golongan pembesar dalam pentadbiran di Sarawak.
Apakah bentuk pentadbiran tersebut? (Bab 5.1 Ting 3)
Sistem ketua bebas
Sistem kesultanan
Sistem kesukuan
Sistem kedatuan
