wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kebudayaan Kaum dan Etnik Di Malaysia

Total questions: 40

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah 3 kaum utama yang di Malaysia

a)

Melayu, Cina , dan Kadazan

b)

Melayu, India dan Cina

c)

Melayu, Iban, dan Bidayuh

d)

Melayu, India dan Siam

2.

Yang manakah alat muzik yang dimainkan oleh kaum Melayu?

a)

Tabla

b)

Seruling

c)

Er Hu

d)

Rebab

3.

Alat muzik tradisional Sita dimainkan oleh kaum?

a)

India

b)

Cina

c)

Melayu

d)

Iban

4.

Tarian tradisional yang ditarikan oleh kaum Cina ialah

a)

Tarian Zapin

b)

Tarian Kipas

c)

Tarian Bharatanatyam

d)

Tarian Mak Yong

5.

Apakah kepentingan menghargai keunikan warisan kesenian tradisional masyarakat Malaysia?

a)

Menghilangkan adat dan budaya masyarakat lain

b)

Memupuk perpaduan

c)

Menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum

d)

Menanam perasaan syak wasangka

6.

Bagaimanakah dapat memelihara warisan kesenian tradisional negara kita?

a)

Mempromosikan keunikan negara kepada negara luar

b)

Lebih memfokuskan keadaan perkembangan teknologi

c)

Menerapkan warisan budaya Barat dalam kehidupan

7.

Diantara jawapan berikut yang manakah permainan tradisional masyarakat India?

a)

Congkak

b)

Xiangqi

c)

Tayam

d)

Ketinting

8.

Apakah nilai yang dapat dipupuk melalui aktiviti permainan tradisional?

a)

Keyakinan

b)

Iri hati

c)

Suka bersaing

d)

Kerjasama

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan permainan tradisional?

a)

Permainan yang telah lama

b)

Permainan yang mengisi masa lapang

c)

Permainan yang telah dimainkan sejak dahulu dan sehingga kini

d)

Permainan yang menggunakan tenaga

10.

Permainan Tradisional dapat memupuk perpaduan kaum kerana

a)

Pelbagai kaum dapat melibatkan diri dalam permainan tradisional kaum lain

b)

Setiap kaum hanya memberi sokongan kepada permainan tradisional masing-masing

c)

Permainan tradisional hanya terhad kepada kaum tertentu

11.

Dimanakah penempatan kaum Cina pada zaman dahulu?

a)

Bandar

b)

Persisir pantai

c)

Muara sungai

d)

Estet

12.
Sari merupakan pakaian tradisional perempuan bagi kaum _____________.
a)
Siam
b)
Sikh
c)
India
d)
Ceti
13.
Etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia mempunyai bahasa pertuturan, budaya dan adat resam tersendiri. Manakah antara berikut merupakan rtnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia?
a)
Iban
b)
Jakun
c)
Bidayuh
d)
Melanau
14.
Hasil perkahwinan antara pedagang dari India dengan penduduk tempatan telah mewujudkan etnik yang dipanggil ___________
a)
Sikh
b)
Ceti
c)
Serani
d)
Baba dan Nyonya
15.
Masyarakat Portugis di negara kita menyambut perayaan ________________.
a)
Songkran
b)
San Pedro
c)
Jis Pai
d)
Ponggal
16.
Kaum apakah yang menghasilkan Kolam sempena hari perayaan?
a)
Cina
b)
Melayu
c)
India
d)
Portugis
17.

Antara berikut, yang manakah kumpulan etnik di Sabah?

a)

Kadazandusun

b)

Iban

c)

Melayu

18.

Etnik Sikh di Malaysia mudah dikenali dengan identiti pakaian mereka iaitu

a)

kupiah dan kain pelekat

b)

serban dan baju punjabi

c)

baju batik dan kebaya pendek

19.

Bahasa ibunda yang digunakan oleh etnik Sikh di Malaysia ialah

a)

Urdu

b)

tamil

c)

punjabi

20.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum-kaum berikut, KECUALI

a)

Melayu

b)

Cina

c)

India

d)

Orang Sulu

21.

Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang kaum Melayu

a)

Bertutur menggunakan bahasa Melayu.

b)

Mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu.

c)

Kaum kedua terbesar di Malaysia.

d)

Beragama Islam.

22.

Kenyataan berikut adalah tentang masyarakat India di Malaysia KECUALI

a)

Masyarakat kedua terbesar di Malaysia.

b)

Masyarakat ketiga terbesar di Malaysia.

c)

Semasa perayaan Deepavali, masyarakat India yang beragama hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat.

d)

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki India.

23.

Kumpulan etnik di Sarawak ialah

a)

Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan, Kadayan, dan Lun Bawang.

b)

Kadazandusun, Bajau, Murut, Kadayan, Bisaya, Iranun, Rungus, Orang Sungai, Brunei dan Suluk.

c)

etnik Sikh dan etnik Portugis.

d)

Melayu, Cina dan India.

24.

Etnik ini mudah dikenali dengan identiti pakaian mereka, iaitu kaum lelaki memakai jaket serta seluar panjang yang berwarna hitam dan merah, manakala wanita memakai skirt lebar yang berlapis-lapis.Namakan etnik ini.

a)

Portugis

b)

Sikh

c)

Melayu

d)

India

25.

Kenyataan yang BENAR tentang etnik Siam adalah

a)

Kebanyakan mereka tinggal di utara negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

b)

Pakaian wanita etnik Siam ialah cheongsam.

c)

Bahasa pertuturan etnik Siam ialah bahasa Punjabi.

d)

Antara perayaan yang disambut ialah Hari Deepavali dan Hari Thaipusam.

26.

Berikut adalah penyataan yang BENAR tentang etnik di Sabah pada masa dahulu, KECUALI

a)

Etnik Kadazandusun tinggal di pedalaman dan bekerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan.

b)

Etnik Bajau tinggal di darat dan pesisir pantai serta bekerja sebagai nelayan.

c)

Etnik Murut tinggal di kawasan berbukit mengusahakan penanaman padi huma dan memungut hasil hutan.

d)

Etnik Melanau tinggal di kawasan berbukit mengusahakan penanaman padi huma dan memungut hasil hutan.

27.

Apakah kegunaan alat berikut?

a)

Pertanian

b)

Alat pertahanan perang

c)

Menghasilkan muzik

d)

Menangkap ikan

28.

Antara berikut, kumpulan etnik yang manakah tinggal di negeri X?

a)

Suluk dan Bajau

b)

Iban dan Melanau

c)

Iban dan Suluk

d)

Bajau dan Melanau

29.

Semua yang berikut merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu kecuali..

a)

Kabbadi

b)

Wau

c)

Sepak raga

d)

Permainan gasing

30.

Apakah nama alat muzik ini?

a)

Kompang

b)

Rebana

c)

Canang

d)

Gedombak

31.

Alat muzik ini digunakan dalam tarian dan permainan berikut KECUALI...

a)

Tarian Zapin

b)

Permainan Ghazal

c)

Tarian Andai-Andai

d)

Permainan Congkak

32.

Dikenali sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Apakah nama alat ini?

a)

Seruling

b)

Yangqin

c)

Erh-Hu

d)

Pipa

33.

Semua berikut adalah ciri-ciri Veena KECUALI..

a)

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung.

b)

Badan dibuat daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung.

c)

Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah.

d)

Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.

34.

Antara berikut, yang manakah merupakan Tarian Mak Yong?

a)
b)
c)
d)
35.

Berikut merupakan tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Namakan tarian terseut.

a)

Kolattam

b)

Kathakali

c)

Ngajat

d)

Bharatanatyam

36.

Berikut adalah permainan tradisional bagi Kaum Cina KECUALI..

a)

Mahjong

b)

Go

c)

Kho-kho

d)

Xiang Qi

37.

Manakah antara berikut merupakan Cerita Rakyat Berunsur Tempatan Dalam Masyarakat Malaysia.

a)

Lebai Malang

b)

Perawan Tujuh Beradik

c)

Cerita Mat Kilau

d)

Keldai Dengan Serigala

38.

Apakah kepentingan menghargai Warisan Kesenian Tradisional Masyarakat Malaysia?

a)

Mengekalkan kesinambungan tamadun negara.

b)

Melambangkan identiti sebuah negara.

c)

Mengembangkan sektor pelancongan negara.

d)

Memupuk perpaduan negara

39.
  1. Baju ini di pakai oleh kaum lelaki masyarakat India
a)

Baju Melayu

b)

Baju Kurta

c)

Samfoo

40.
  1. Baju ni di pakai oleh kaum wanita masyarakat Cina terutamanya apabila menyambut perayaan Tahun Baru Cina
a)

Baju Kebaya

b)

Baju Ceongsam

c)

Baju Sari