wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 5 : PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN MENENTANG BRITISH

Total questions: 40

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Pejuang tempatan bernama Tok Janggut dikaitkan dengan negeri?

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Kelantan

d)

Pahang

2.

Dol Said telah berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang

a)

gerila

b)

tempur

c)

tiga segi

d)

saudara

3.

Siapakah tokoh tempatan ini?

a)

Rentap

b)

Antanom

c)

Dol Said

d)

Data' Maharaja Lela

4.

Siapakah tokoh tempatan ini?

a)

Dato' Bahaman

b)

Antanom

c)

Dol Said

d)

Data' Maharaja Lela

5.

Pejuang tokoh tempatan bernama Dato' Maharaja Lela dikaitkan dengan negeri

a)

Kelantan

b)

Perak

c)

Selangor

d)

Pahang

6.

Dol Said menentang Pihak British bagi mempertahankan kedaulatan

a)

Sungai Ujong

b)

Seri Menanti

c)

Naning

d)

Muar

7.

Di manakah Tok Janggut telah terkorban dalam pertempuran dengan pihak British?

a)

Seri Menanti, Negeri Sembilan

b)

Kampung Saring, Kelantan

c)

Pasir Salak, Perak

d)

Jeram Ampai, Pahang

8.

Beliau menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun. Siapakah beliau?

a)

Rentap

b)

Antanom

c)

Mat Salleh

d)

Tok Janggut

9.

Tokoh ini menentang campur tangan British dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah. Beliau juga tidak berpuas hati dengan pelantikan Tunku Kudin sebagai Yamtuan Selangor. Siapakah beliau?

a)

Sharif Masahor

b)

Dato Maharaja Lela

c)

Raja Mahadi

d)

Dol Said

10.

Mengapakah Rentap menentang James Brooke?

a)

Hilang hak sebagai pembesar Sarawak

b)

James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun

c)

James Brooke campur tangan dalam hal adat resam

d)

Rumahnya dibakar oleh pegawai James Brooke

11.

Setelah ditewaskan, Sharif Masahor dibuang negeri ke

a)

Selangor

b)

Mekah

c)

Singapura

d)

Melaka

12.

Tokoh tempatan yang menentang British di negeri Pahang ialah

a)

Dol Said

b)

Rentap

c)

Dato' Bahaman

d)

Antanom

13.

Rentap telah menyerang kubu James Brooke di

a)

Pulau Gaya

b)

Mukah

c)

Nanga Skrang

d)

Naning

14.

Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas _______________ bagi menentang pihak British.

a)

Pasir Salak

b)

Pasir Panjang

c)

Pasir Puteh

d)

Pasir Mas

15.

Mengapakah Haji Abdul Rahman Limbong menentang British?

a)

Melucutkan gelaran sebagai pembesar

b)

Menceroboh kawasan hutan untuk membina jalan

c)

Mewajibkan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian

d)

Menganggap orang Iban sebagai lanun

16.

Tunku Antah telah dilantik menjadi Yamtuan ____ pada tahun 1875

a)

Seri Menanti

b)

Sungai Ujong

c)

Terachi

d)

Jempol

17.

Tokoh ini menentang campr tangan British dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah. Beliau juga tidak berpuas hati dengan pelantikan Tunku Kudin sebagai Yamtuan Selangor. Siapakah beliau?

a)

Dato Maharaja Lela

b)

Haji Abdul Rahaman Limbong

c)

Dol Said

d)

Raja Mahadi

18.

Antanom telah mendirikan kubu pertahanan di ____ bagi menyerang tentera Syarikat Borneo Utara British

a)

Sungai Rejang

b)

Sungai Skrang

c)

Sungai Selangit

d)

Sungai Kinabatangan

19.

Tindakan dan perubahan yang dilakukan oleh British menimbulkan ____________________ dalam kalangan rakyat tempatan.

a)

rasa gembira

b)

tidak puas hati

c)

rasa puas hati

20.

Rentap juga turut digelar sebagai ______________________

a)

Raja Laut

b)

Raja Tanah

c)

Raja Darat

21.

Siapakah yang dilantik sebagai Residen British di Perak pada perjanjian Pangkor 1874?

a)

Dato, Maharaja Lela

b)

Seputum

c)

J.W.W. Birch

d)

Dato, Sagor

22.

Haji Mat Hassan bin Munas ialah nama sebenar bagi tokoh____________________

a)

Rentap

b)

Yamtuan Antah

c)

Tok Janggut

d)

Antanom

23.

Saya menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning. Saya menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai. Pada tahun 1831, Saya berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti, Sungai Ujong,Johol dan Muar. Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk. British terpaksa membelanjakan 100 ribu Paun Sterling untuk mengalahkan Saya. British hanya dapat menewaskan Saya dalam serangan yang ketiga. Pada tahun 1832, Saya telah ditewaskan dan tinggal dalam buangan di Melaka.

a)

Dato' Maharaja Lela

b)

Dol Said

c)

Sharif Masahor

d)

Yamuan Antah

24.

Saya menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka. James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasai pergerakan orang Iban. Pada tahun 1853, saya menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai kejayaan. Saya membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai pahlawan Iban yang menyokong saya. Pertempuran yang sengit berlaku antara saya dan James Brooke di Bukit Sadok. Saya telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.

a)

Antanom

b)

Mat Salleh

c)

Rentap

d)

Sharif Masahor

25.

Saya menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa pentadbir. Pada tahun 1855, saya telah menyerang Mukah. Saya berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong James Brooke. Saya bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching. Saya tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles Brooke,anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah. Pada tahun 1861, saya ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura. Setelah dibebaskan, saya menuju ke Selangor untuk membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.

a)

Sharif Masahor

b)

Dol Said

c)

Mat Salleh

d)

Rentap

26.

Saya menentang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Sultan Abdullah, saya dan pembesar-pembesar lain telah mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch. Saya dan Seputum telah membunuh J.W.W. Birch. Saya telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada tahun 1877.

a)

Tok Janggut

b)

Dato' Bahaman

c)

Yamtuan Antah

d)

Dato' Maharaja Lela

27.

Saya menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana yang mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya. Saya telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan. Pihak British berjaya mengalahkan pasukan saya. Saya terpaksa berundur ke Bukit Putus. Saya dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.Saya telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

a)

Yamtuan Antah

b)

Dol Said

c)

Sharif Masahor

d)

Dato' Bahaman

28.

Saya menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar. Pada tahun 1891, saya menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada Tahun 1894, saya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Saya terpaksa berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di Chiengmai, Thailand.

a)

Dol Said

b)

Dato' Bahaman

c)

Tok Janggut

d)

Dato' Maharaja Lela

29.

Saya menentang British disebabkan cukai dan peraturan tanah baharu yang membebankan. Pada tahun 1915, saya telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Pihak British bertindak menyerang saya yang berkubu di Kampumg Saring. Saya terkorban dalam pertempuran itu.

a)

Tok Janggut

b)

Yamtuan Antah

c)

Haji Abdul Rahman Limbong

d)

Dato' Bahaman

30.

Saya menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh. Saya membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang membebankan. Pada tahun 1897, saya telah mendirikan kubu di Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong. saya telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.

a)

Rentap

b)

Antanom

c)

Mat Salleh

d)

Sharif Masahor

31.

Saya menentang (SBUB) kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan. Saya telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB. Pada tahun 1915, saya telah menyerang Pensiangan dan membina kubu di Sungai Selangit. Saya terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.

a)

Sharif Masahor

b)

Mat Salleh

c)

Rentap

d)

Antanom

32.

Saya menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian. Pada tahun 1922, saya bertindak sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kami yang enggan membayar cukai. Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang. Pihak British telah melancarkan serangan dan saya telah ditangkap. Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.

a)

Sharif Masahor

b)

Haji Abdul Rahman Limbong

c)

Tok Janggut

d)

Dato' Bahaman

33.

Mereka ini dikenali sebagai Tokoh Kedamaian kerana mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menentang penjajah, KECUALI

a)

Pak Sako

b)

Tun Tan Cheng Lock

c)

S.A. Ganapathy

d)

Haji Abdul Rahman Limbong

34.

Ishak Haji Muhammad merupakan nama sebenar kepada ________________

a)

Pak Diko

b)

Pak Reko

c)

Pak Sako

d)

Pak Unko

35.

Kota Raja Mahadi di ___________________ dibina sebagai kota pertahanan Raja Mahadi menentang British.

a)

Klang

b)

Rawang

c)

Kota Raja

d)

Kuala Selangor

36.

Apakah faktor penentangan Dato' Maharaja Lela?

a)

sistem cukai baharu, campur tangan pentadbiran dan adat resam oleh British

b)

sistem cukai baharu, British bunuh Raja Perak

c)

Sistem cukai baharu, campur tangan hal agama

37.

Mengapakah penting untuk kita mempertahankan kedaulatan negara?

a)

Bebas daripada penjajahan dan ketidakadilan

b)

Dapat berada di bawah penjajahan selamanya

c)

Bebas membuat apa sahaja perkara yang baik dan buruk

38.

Jika rakyat hari ini dapat menjaga kedaulatan negara. Apakah yang akan berlaku?

a)

Kita dapat menyambut hari kemerdekaan dengan pertunjukan bunga api.

b)

Kita dapat meniru kemodenan British

c)

Kita dapat terus memajukan masyarakat dan negara untuk bersaing dengan negara maju yang lain.

39.

Apakah kepentingan kita sebagai rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara?

a)

Dapat memastikan semua orang saling bermusuhan

b)

Dapat memastikan keamanan dan kemakmuran ekonomi negara

c)

Dapat melihat Malaysia merdeka

40.

Sebagai rakyat, bagaimanakah cara anda memastikan negara kekal aman dan makmur?

a)

Memilih pemerintah yang adil dan tidak belot pada negara

b)

Memilih pemerintah yang baik dan menyokong kuasa asing

c)

Melawan arahan daripada pihak pemerintah