wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

5. Metafizik

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Perbezaan falsafah Barat dengan falsafah Islam dalam aspek metafizik ialah ruang cakupan ilmunya.


Antara berikut perkara yang manakah BUKAN merangkumi ruang cakupan ilmu metafizik menurut Islam?

a)

Metafizik menurut Islam meletakkan wahyu sebagai sumber ilmu utamanya

b)

Metafizik menurut Islam membahaskan isu-isu alam fizik secara menyeluruh termasuklah aspek ketuhanan, takdir, ruh, akal, iman dan lain- lain

c)

Alam duniawi yang berbentuk material tidak menjadi tumpuan

perbincangan metafizik menurut Islam.

d)

Kedua-dua metafizik menurut Islam dan Barat meyakini kekuatan akal fikiran bagi memahami kejadian alam.

2.

Fahaman saintisme timbul apabila berlaku perkembangan sains, inovasi dan teknologi semakin meluas.


Pilih pernyataan PALING tepat bagi menjelaskan ideologi fahaman saintisme:

a)

Saintisme meletakkan martabat sains begitu tinggi sehingga menjadikan sains sebagai satu-satunya sumber kebenaran ilmu pengetahuan.

b)

Saintisme mempercayai kewujudan tuhan lebih daripada satu

c)

Saintisme menjadikan akal sebagai sumber ilmu kedua selepas wahyu

d)

Saintisme menjadikan manusia semakin tunduk akan penciptaan seluruh alam yang dijadikan oleh Khaliq

3.

Secara umum, ontologi merupakan disiplin ilmu yang membicarakan hakikat Tuhan, hakikat alam semesta dan hakikat manusia.


Antara berikut bidang ilmu manakah yang menggambarkan disiplin ilmu ontologi?


i. Psikologi

ii. Kosmologi

iii. Usuluddin (teologi)

iv. Kosmogoni

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

4.

Secara umumnya alam sekitar atau alam tabii termasuk merupakan sumber hidupan yang dikongsi bersama dengan makhluk lain. Adalah menjadi tanggungjawab manusia bagi memastikan alam sekitar dijaga menurut fitrahnya.

Antara berikut yang manakan BUKAN menggambarkan peranan dan tanggungjawab manusia terhadap menurut Islam?

a)

Menyedari peranan manusia dalam menghubungkan Hablum Minallah dan Hamblum Minannas

b)

Menguruskan sumber bumi dengan sebaik mungkin dan sedar akan tanggungjawab sebagai khalifah-Nya

c)

Menggunakan sumber bumi semaksimum mungkin untuk kepentingan manusiawi.

d)

Sentiasa melakukan penyelidikan sains bagi memahami dengan lebih mendalam kehebatan ciptaan Allah SWT

5.

Terdapat dua aliran kajian metafizik iaitu aliran kualitatif dan aliran kuantitatif. Apakah yang dimaksudkan dengan aliran kuantitatif?

a)

Aliran yang menjawab pertanyaan apakah kenyataan tersebut tunggal atau jamak.

b)

Aliran yang menjawab persoalan apakah kenyataan (realiti) tersebut mempunyai kualiti tertentu

c)

Aliran yang mempercayai bahawa asas sesuatu kebenaran adalah sesuatu yang berada dalam gambaran akal.

d)

Aliran yang menjawab persoalan kejadian alam dengan berlandaskan kajian empirikal

6.

Berikut adalah pernyataan benar tentang ilmu metafizik:

a)

Disiplin ilmu yang membincangkan tentang hakikat realiti ataupun hakikat kewujudan.

b)

Cabang ilmu falsafah yang membincangkan tentang metodologi berfikir, seperti induksi dan deduksi.

c)

Ilmu yang merungkaikan tentang bagaimana untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang benar.

d)

Merupakan cabang ilmu falsafah praktikal.

7.

Berikut adalah pernyataan yang BENAR tentang ciri-ciri teori materialisme dalam disiplin ilmu Metafizik:

a)

Teori yang dapat membantu manusia memahami hakikat kewujudan alam ghaib.

b)

Menggunakan metod empirikal dalam merungkai persoalan metafizik.

c)

Teori yang mengakui kewujudan perkara-perkara yang tidak berjirim.

d)

Tidak membenarkan hasil kajian sains dalam membuktikan kewujudan sesuatu

8.

Teori Idealisme dalam ilmu Metafizik menjelaskan bahawa:

a)

Cerapan panca indera tentang sesuatu objek merupakan hakikat sebenar jasad objek tersebut.

b)

Realiti bukan bersifat material, tapi bersifat mental atau bersifat idea atau kerohanian.

c)

Hakikat kewujudan hanya boleh dibuktikan melalui pengalaman secara empirikal sahaja.

9.

Berikut adalah benar tentang teori hubungan insan dengan Tuhan, KECUALI:

a)

Metafizik keagamaan diterima secara menyeluruh oleh golongan agnostik.

b)

Golongan atheist merupakan mereka yang meragui sama ada Tuhan wujud atau tidak.

c)

Golongan yang berpegang kepada pluralisme agama (mempercayai semua agama adalah benar) merupakan golongan agnostik.

d)

Kepercayaan kepada banyak Tuhan termasuk bawah kategori Teisme.

10.

Berikut merupakan ciri-ciri disiplin ilmu metafizik, KECUALI:

a)

Merungkaikan perkara abstrak yang tidak dapat dilihat secara empirikal.

b)

Membahaskan metod untuk menjelaskan hakikat kewujudan

c)

Bidang ilmu yang jauh menjangkau alam fizikal atau kebendaan.

d)

Merupakan disiplin ilmu yang membincangkan tentang teori pengetahuan yang benar.