wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengenalan Kepada Pengurusan

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pengurusan ialah?

a)

Proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sumber dengan cekap bagi memastikan mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.

b)

Proses menetapkan visi, matlamat dan objektif yang ingin dicapai di dalam sesebuah organisasi.

c)

Proses mempengaruhi orang lain untuk melakukan apa yang diingini supaya matlamat organisasi dapat dicapai.

2.

Fungsi - fungsi pengurusan ialah

a)

Perancangan

b)

Pengorganisasian

c)

Kepimpinan

d)

Pengawalan

e)

Pengurusan

3.

Berikut merupakan kepentingan bagi pengurusan kecuali ?

a)

Penyelarasan sumber

b)

Menjadi teladan untuk pekerja

c)

Penggunaan sumber secara berkesan

d)

Mengurangkan pembaziran

4.

Kemampuan pekerja melakukan segala aktiviti yang telah dirancang agar matlamat perniagaan dapat dicapai.

a)

Keberkesanan

b)

Kecekapan

c)

Keberhasilan

d)

Kepimpinan

5.

Kemampuan pekerja melakukan segala aktiviti dengan cara yang terbaik melebihi apa yang dirancang atau dipertanggungjawabkan.

a)

Keberkesanan

b)

Kecekapan

c)

Keberhasilan

d)

Kepimpinan

6.

Definisi pengurusan ialah

a)

Proses menetapkan kegunaan bagi semua sumber organisasi secara tersusun untuk mencapai matlamat organisasi.

b)

Proses menyusun tugas dan pembahagian sumber yang mencukupi untuk melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang.

c)

Satu proses mengurus dan menggabungkan sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.

d)

Satu proses yang dilaksanakan bagi menentukan kaedah memacu organisasi daripada keadaan semasa kepada hala tuju yang dihasratkan pada masa hadapan.

7.

Apakah perbezaan di antara kecekapan dan keberkesanan?

a)

Kecekapan bermaksud membuat kerja yang betul manakala keberkesanan bermaksud membuat kerja dengan betul

b)

Kecekapan mengutamakan penjimatan kos manakala keberkesanan bermaksud mengutamakan pencapaian matlamat

c)

Kecekapan boleh dicapai dalam jangka masa yang pendek manakala keberkesanan hanya boleh dicapai dalam tempoh yang panjang

d)

Kecekapan boleh dicapai melalui latihan yang berterusan manakala keberkesanan dicapai melalui pengubahsuaian matlamat organisasi

8.

Jamal sangat mengutamakan keharmonian dan kerjasama di antara pekerja. Beliau akan bertindak dengan segera untuk menyelesaikan sebarang konflik di antara pekerja. Apakah fungsi pengurusan yang dilaksanakan oleh Jamal?

a)

Mengawal

b)

Memimpin

c)

Merancang

d)

Mengorganisasi

9.

Berikut yang manakah BUKAN fungsi pengurusan?

a)

Merancang

b)

Mengurus

c)

Mengawal

d)

Memimpin

10.

Berikut merupakan fungsi pengurusan kecuali

a)

Perancangan

b)

Pengawalan

c)

Kepimpinan

d)

Penjualan

11.

Pekerja yang dapat memaksimumkan tingkat pengeluaran dan meminimumkan kos pengeluaran ialah pekerja yang cekap.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Berikut merupakan kepentingan pengurusan kecuali

a)

Penyelarasan sumber

b)

Mengurangkan pembaziran

c)

Pentadbiran sistematik

d)

Pencapaian matlamat organisasi