Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIRAH TAHUN 6

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah reaksi Mariam ketika orang ramai bertanya tentang kelahiran bayinya ?

a)

Terus menangis

b)

Mendiamkan diri

c)

Menyuruh mereka pulang

d)

Memberi syarat supaya mereka bertanya kepada bayinya

2.

Apakah kesan kewafatan Rasulullah SAW terhadap umat Islam ketika itu ?

a)

Rasa bebas

b)

Rasa menyesal memeluk Islam

c)

Terkejut dan gembira

d)

Tidak dapat menerima hakikat

3.

Siapakah ketua tentera kafir dalam perang Hunain ?

a)

Abdullah bin Ubai

b)

Malik bin Auf

c)

Khalid Al Walid

d)

Nu'man bin Mas'ud

4.

Apakah persediaan yang dibuat oleh kaum Hawazin Thakif dalam perang Taif ?

a)

Membina kubu pertahanan di Hawazin

b)

Mengumpulkan bekalan makanan yang mencukupi selama setahun

c)

Menggali parit di sekeliling Taif

d)

Memasang perangkap samar

5.

Bilakah berlakunya perang Tabuk ?

a)

Syawal 8 hijrah

b)

Rejab 8 hijrah

c)

Rejab 9 hijrah

d)

Syawal 9 hijrah

6.

Apakah hubungan Saidina Ali dengan Rasulullah SAW ?

a)

Adik dan menantu

b)

Sepupu dan menantu

c)

Menantu dan adik ipar

d)

Adik ipar dan sahabat

7.

Apakah sumbangan terbesar Saidina Ali semasa peristiwa hijrah ?

a)

Penulis wahyu

b)

Ahli ijtihad dan majlis syura

c)

Menggantikan tempat tidur Rasulullah

d)

Menulis surat perjanjian Hudaibiyah

8.

Pilih penyataan yang betul tentang wasiat terakhir Rasulullah SAW sebelum baginda wafat ?

a)

Tidak merampas harta orang lain

b)

Memuji dan memuliakan Saidina Abu Bakar

c)

Tidak menumpahkan darah sesama manusia

d)

Menerangkan hak dan kewajipan kaum wanita

9.

Penyataan di bawah adalah benar tentang khutbah Rasulullah SAW kecuali

a)

Bertakwa kepada Allah

b)

Berpegang teguh kepada Quran dan Sunnah

c)

Menjaga keselamatan dan kehormatan kaum wanita

d)

Jangan menyembah kubur dan menjadikannya tempat ibadat

10.

Berapakah umur Usamah bin Zaid ketika dihantar ke Syam sebagai ketua tentera ?

a)

15 tahun

b)

17 tahun

c)

25 tahun

d)

27 tahun

11.

Selain daripada doa, apakah senjata yang amat berharga bagi Saad bin Abi Waqas ?

a)

Busur

b)

Pedang

c)

Tombak

d)

Anak panah

12.

Apakah pertolongan Allah kepada tentera Islam dalam peristiwa perang Tabuk ?

a)

Banjir

b)

Gempa bumi

c)

Ribut taufan

d)

Hujan lebat

13.

Dimanakah Rasulullah SAW menetap sebelum baginda wafat ?

a)

Rumah Aisyah

b)

Masjidil Haram

c)

Masjidil Aqsa

d)

Rumah Saidina Abu Bakar

14.

" أََليَومَ أكْمَلتُ لكُمْ ديْنَكُمْ وَأتمَمْتُ عَليْكُمْ

نعْمَتيْ وَرَضيْتُ لكُمُ اﻹسْلامَ ديْنَا "


Berkaitan ayat di atas, apakah amanah penting yang disampaikan dalam peristiwa Hajjatul Wada' ?

a)

Jangan menebang pokok

b)

Perangi musuh Islam

c)

Sistem diyat diteruskan

d)

Berpegang teguh pada Quran dan Sunnah

15.

" Rasulullah SAW telah meninggalkan 2 harta yang paling berharga iaitu Quran dan Sunnah "


Apakah kesan jika manusia tidak mengamalkannya ?

a)

Manusia akan sesat

b)

Sentiasa beribadah

c)

Hidup akan aman

d)

Jiwa menjadi tenang

16.

Siapakah yang membunuh Saidina Uthman bin Affan ?

a)

Al Ghaffari

b)

Abu Lu' Lu'

c)

Abu Jahal

d)

Abdullah bin Ubai

17.

Bagaimana cara perlantikan Saidina Uthman sebagai khalifah ?

a)

Plihan Raya

b)

Majlis Syura

c)

Wasiat Saidina Umar

d)

Melantik diri sendiri

18.

Manakah antara berikut menunjukkan bukti kasih sayang Rasulullah SAW terhadap saidina Ali ?

a)

Memberi harta

b)

Selalu memujinya

c)

Mengahwinkan dengan puterinya

d)

Melantik sebagai khalifah

19.

Apakah tugas Said bin Zaid al Qursyi dalam perang Badar ?

a)

Pengintip

b)

Ketua Pemanah

c)

Panglima perang

d)

Utusan Rasulullah SAW

20.

Bagaimana Saad bin Abi Waqas memelihara keimanan dan ketakwaannya kepada Allah ?

a)

Menjaga anak yatim

b)

Melebihkan timbangan

c)

Makan makanan yang halal

d)

Hanya solat kepada Allah

21.

Siapakah yang memelihara Maryam setelah dilahirkan ?

a)

Nabi Zakaria

b)

Nabi Yunus

c)

Nabi Ayub

d)

Nabi Yahya

22.

Apakah hubungan Asiah dengan Nabi Musa ?

a)

Ibu tiri

b)

Ibu kandung

c)

Ibu angkat

d)

Ibu saudara

23.

Apakah bukti yang menunjukkan keteguhan iman Asiah ?

a)

Mudah terpedaya

b)

Taat kepada suaminya

c)

Kembali ke agama asal setelah di siksa

d)

Terus beriman walau di siksa

24.

Apakah punca berlakunya perang Hunain ?

a)

Keangkuhan kabilah Hawazin dan Thakif

b)

Keangkuhan kabilah Hawazin dan Thakif yang berada di Taif

c)

Rasa tidak puas hati bani Hasyim dan bani Saad bin Bakr

d)

Keangkuhan bani Hawazin dan Thakif yang tidak mengakui kekuatan Islam

25.

Di mana berlakunya perang Hunain ?

a)

Lembah Hunain

b)

Lembah Badar

c)

Bukit Uhud

d)

Lembah Khaibar

26.

Manakah antara berikut kesan daripada peranga Taif ?

a)

Tidak suka kepada peperangan

b)

Menguasai ekonomi perikanan

c)

Menguasai ekonomi pertanian

d)

Malik bin Auf memeluk Islam

27.

Berapakah bilangan tentera Islam dalam perang Taif ?

a)

1 000 orang

b)

12 000 orang

c)

10 000 orang

d)

20 000 orang

28.

Apakah sebab kaum munafik menarik diri dari menyertai perang Tabuk ?

a)

Cuaca panas terik sebagai alasan

b)

Tidak sanggup untuk berperang

c)

Orang kafir berpecah belah

d)

Takut akan kalah dalam peperangan

29.

Mengapakah Rasulullah SAW membuat perdamaian dengan penduduk di sekitar Tabuk ?

a)

Musuh menggunakan Mekah sebagai tempat tentera

b)

Pihak musuh menggunakan Syam sebagai pangkalan tentera

c)

Pihak musuh tidak menggunakan Syam sebagai pangkalan tentera

d)

Tidak menyebelahi pihak musuh

30.

Apakah pengorbanan terbesar Saad bin Abi Waqas dalam Islam ?

a)

Berpisah dengan ibunya yang tersayang

b)

Meninggalkan keluarga demi hijrah ke Madinah

c)

Menyedekahkan semua hartanya

d)

Menolak jawatannya sebagai khalifah