Font size
WorksheetsPencegahan Kecederaan Dalam Sukan (19/05/2021)
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Pilih definisi Pencegahan Kecederaan yang TEPAT.
Senaman berlebihan yang perlu dilakukan sebelum dan selepas bersukan untuk tujuan keselamatan.
Faktor yang mendorong berlakunya kecederaan luaran dan dalaman seseorang semasa aktiviti bersukan.
Teknik yang wajar dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang kemalangan semasa bersukan.
Kesan sampingan yang berlaku akibat mengabaikan ciri-ciri keselamatan semasa beriadah.
Aktiviti pemanasan badan atau 'warm-up' juga dikenali sebagai ______
Fleksi senaman
Unjuran badan
Regangan badan
Anatomi senaman
Berdasarkan video yang ditonton, terdapat ___ Prinsip Pencegahan dalam Sukan yang perlu kita praktikkan secara berkala.
6
9
10
16
Berikut merupakan Prinsip Pencegahan dalam Sukan yang anda perlu tahu KECUALI
Latihan senaman yang beransur dan bersesuaian.
Pengambilan minuman isotonik untuk tenaga yang mencukupi.
Larian atau senaman yang dapat meningkatkan suhu badan.
Keadaan padang bola sepak yang sempurna untuk tujuan keselamatan.
Pilih kenyataan yang BENAR mengenai Latihan.
Latihan mesti dimulakan dengan aktiviti cool-down secara individu atau berkumpulan.
Latihan melibatkan aktiviti penambahan beban kepada tubuh badan secara beransur-ansur.
Latihan mesti dihabiskan sehingga badan berasa letih supaya lebih efektif.
Senaman yang sesuai, khusus dan selamat adalah sebahagian daripada latihan.
Pilih aktiviti yang boleh mengelakkan kecederaan dan meningkatkan suhu badan semasa bersukan.
Berjoging
Berlari perlahan
Berlari pecut 100 meter
Latihan fizikal sehingga 2 jam sehari.
Yang manakah antara berikut merupakan tujuan utama aktiviti warm-up dilakukan?
Memastikan otot lebih bersedia untuk melakukan aktiviti sukan.
Meningkatkan kecergasan reaksi dan reflek semasa bersukan.
Menambahkan kelajuan pecutan para atlet semasa pertandingan.
Memulihkan dan melonggarkan sendi serta otot yang tegang.
Berapakah tempoh masa yang disarankan kepada seorang atlet untuk berlatih dalam sehari?
30 minutes
45 minutes
1 jam 25 minutes
1 jam 35 minutes
Peningkatan aktiviti secara beransur akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
Betul
Salah
Situasi manakah menggambarkan ketelitian terhadap aspek keselamatan dalam sukan?
Lisa memeriksa sama ada gelanggang badminton tersebut mengikuti piawaian yang khusus atau tidak.
Tekanan udara bola tampar yang digunakan dalam acara itu adalah kurang daripada tekanan yang sewajarnya.
Encik A meluluskan agar padang awam tersebut diwujudkan bersebelahan dengan tempat letak kereta.
Fadhil memastikan pelindung siku dan lututnya boleh diikat dengan kemas sebelum dia bersukan.
Pada pandangan anda, adakah peralatan sukan merupakan sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan?
Urm, bergantung pada keadaan
Tidak sama sekali
Oh, sudah tentu!
Apakah yang dimaksudkan dengan mengenalpasti kemudahan dan pakaian yang sesuai semasa bersukan?
Memastikan jenama dan jenis kain baju sukan adalah daripada sumber yang bagus dan dipercayai.
Mengambil mudah kemudahan fasiliti padang yang berlopak, berlubang dan alat tiang yang tidak kukuh.
Menitikberatkan pemakaian kasut sukan bertutup dan pakaian sukan yang sesuai dengan aktiviti.
Alat perlindungan dipakai semasa acara pertandingan sahaja dan bukan semasa latihan supaya tahan lama.
Antara contoh alat perlindungan sukan termasuklah
Jaring gol dan raket badminton
Ansur maju dan regangan
Stoking tinggi dan kinesio taping
Trek balapan dan gelanggang bola sepak
Setelah selesai sesuatu larian, kita disarankan untuk terus duduk dan berehat.
Betul
Salah
Bergantung pada individu
Jelaskan kepentingan pengurusan emosi dalam sukan.
Meluaskan jaringan kenalan dalam bidang sukan.
Mendapat lebih banyak tawaran perlawanan sukan antarabangsa.
Diberi insentif lumayan daripada agensi sukan.
Membentuk keyakinan diri dan menangani stress.
Pilih lokasi perubatan yang anda perlu kunjungi apabila mengalami kecederaan selepas bersukan.
Pusat Perubatan Sukan
Pusat Sukan dan Rekreasi
Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi
Pusat Pencegahan dan Kecederaan Sukan
Kenyataan manakah yang TIDAK BENAR tentang Pencegahan Kecederaan dalam Sukan?
Anda perlu membuat persediaan lengkap untuk latihan sukan yang disertai.
Anda digalakkan untuk biasakan diri dengan latihan yang lasak supaya badan lebih bersedia.
Aktiviti regangan badan adalah wajib sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan.
Undang-undang dan peraturan dalam sukan adalah sebagai syarat semata-mata.
Seorang rakan anda mengalami kekejangan otot (muscle cramp) selepas bersukan selama 30 minit di padang. Pada pendapat anda, apakah puncanya?
Rakan anda bersukan secara berlebihan.
Rakan anda menghidap masalah saraf.
Kekurangan kandungan air dalam badan.
Meninggalkan aktiviti regangan sebelum bersukan.
Amin terseliuh semasa mewakili sekolahnya dalam permainan bola sepak. Dua hari selepas pertandingan, buku lalinya yang terseliuh kelihatan semakin bengkak. Cadangkan langkah yang mesti Amin lakukan.
Meminta ubat tahan sakit daripada jurulatihnya.
Tuam pek ais di kawasan terseliuh buat sementara sebelum ke hospital.
Bergegas mendapatkan rawatan pakar daripada doktor.
Rujuk Pusat Pencegahan dan Kecederaan Sukan yang terdekat.
Pilih cara mengamalkan 6 Prinsip Pencegahan Kecederaan yang betul.
Menguruskan emosi supaya sihat dan stabil.
Membuat aduan peralatan sukan yang rosak kepada pihak berwajib.
Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan.
Mempraktikkan teknik sukan yang selamat dan betul.
