wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 1 SBLM1013 (Set 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Ducrot dan Tudorov (1972) menggelarkan bentuk bahasa yang timbul daripada proses mengaitkan imej bunyi dengan makna serta melihat perkataan secara berdampingan untuk menghasilkan komunikasi sebagai bahasa

a)

sabir.

b)

phatic.

c)

ekpresif.

d)

loquens.

2.

Dari abad ke-6 hingga abad ke-15, bangsa Arab banyak menterjemah ilmu daripada buku Yunani (Greek). Naskah ilmu pengetahuan daripada bahasa Parsi, bahasa Sanksrit dan bahasa-bahasa lain diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.


Petikan di atas memperlihatkan peranan terjemahan yang

a)

memantapkan bahasa.

b)

memperkenalkan konsep baharu.

c)

memperkaya dan meningkatkan pemikiran bangsa.

d)

mengembangkan sastera sesebuah negara.

3.

Dalam bahasa Inggeris, translation berasal daripada perkataan __________, iaitu translatum (daripada kata kerja transferre) yang bererti ‘to carry across.’

a)

Latin

b)

Perancis

c)

Arab

d)

Yunani

4.

Terjemahan … melibatkan penterjemah meneliti kata, struktur tatabahasa, situasi komunikasi dan konteks budaya teks bahasa sumber. Penterjemah menganalisis teks sumber untuk menentukan makna dan membina makna yang sama dengan menggunakan kata serta struktur tatabahasa yang sesuai dalam bahasa serta konteks budaya bahasa penerima.


Pengertian terjemahan dalam petikan di atas diketengahkan oleh

a)

Mildred L. Larson (1998).

b)

J. C. Catford (1965).

c)

Jeremy Munday (2001).

d)

Mark Shuttleworth and Moira Cowie (1997).

5.

Terjemahan ialah proses menggantikan teks asal yang dikenali sebagai teks sumber dengan teks ganti yang dilabelkan sebagai teks sasaran.


Takrif terjemahan di atas diberikan oleh

a)

Juliane House (2001).

b)

Kassim Ahmad (1990).

c)

Asmah Haji Omar (2008).

d)

Jenny Williams and Andrew Chesterman (2002).

6.

Daripada cerita Pancha Tanderan, dua terjemahan dihasilkan, iaitu

a)

Gospel dan The Act of the Apostles.

b)

Hikayat Abdullah dan Pelayaran Abdullah.

c)

yang pertama sebelum 1786 dari naskah Hindi Parsi dan yang

kedua dari bahasa Tamil oleh Abdullah Munshi pada kurun ke-17.

d)

yang pertama sebelum 1736 dari naskah Hindi Parsi dan yang kedua dari bahasa Tamil oleh Abdullah Munshi dalam kurun ke-19.

7.

· Diasaskan di Johor pada tahun 1888 oleh Dato Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato Muhammad Ibrahin Munshi

· Turut menterjemah buku daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu, khususnya untuk hal pentadbiran dan kegunaan umum


Penyataan di atas merujuk

a)

Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa.

b)

Pertubuhan Rushdiyah Club.

c)

Pejabat Karang Mengarang.

d)

Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.

Dalam bukunya yang dihasilkan pada tahun 1956, C.C Brown telah memuatkan dua bahagian yang dapat membantu penterjemah untuk menterjemahkan teks ke Bahasa Melayu dengan betul. Bahagian tersebut ialah

a)

The Method of Translation dan Specimen Translations,

b)

A Guide to English Malay Translation dan The Method of Translation.

c)

Notes for students of The Malay Language dan Specimen Translations.

d)

The Method of Translation dan Words and Phares Related to Political Organisations.

9.

____________________________ merupakan bukti wujud sistem perkamusan yang merangkumi 17 aspek yang pernah dihasilkan di Tiongkok oleh bangsa Tionghua.

a)

Daftar kata Tionghua

b)

Man La Jia Gua Yi Yu

c)

Daftar Dinasti Ming

d)

Senarai Kata Zheng He

10.

Teks sumber: I was leaving for my sister’s baby shower when I heard the bad news.

Teks sasaran: Saya baharu sahaja bertolak ke jamuan pancuran mandian bayi kakak saya apabila saya mendapat perkhabaran buruk tersebut.


Masalah dalam terjemahan di atas berlaku apabila tiada kepadanan teks atau ujaran dalam bahasa sasaran yang boleh membawa makna teks atau ujaran yang termuat dalam bahasa sumber. Dalam terjemahan, konsep ini dikenali sebagai

a)

universals of translation.

b)

kesepadanan.

c)

ketakbolehterjemahan budaya.

d)

ketakbolehterjemahan linguistik.

11.

Hasil yang diperoleh daripada terjemahan dan mempunyai fungsi dalam konteks sosiobudaya bahasa sasaran merujuk

a)

produk terjemahan.

b)

teks sumber.

c)

proses terjemahan.

d)

penilaian terjemahan.

12.

Penterjemah yang profesional lazimnya

I mengetahui dengan secukupnya bidang ilmu yang terangkum dalam kandungan teks sumber.

II mahir tentang penggunaan ejaan, tanda baca dan aspek mekanis.

III mengetahui konteks dan latar belakang pembiaya kerja-kerja terjemahan.

IV melakukan kerja-kerja terjemahan secara tekal.

a)

I dan II sahaja.

b)

I, II dan III sahaja.

c)

I, II dan IV sahaja.

d)

II, III dan IV sahaja.

13.

X ialah individu yang memindahkan kandungan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. X juga lazimnya mempunyai kecekapan linguistik dan kecekapan komunikasi, serta mahir budaya.


X merujuk

a)

penyadur.

b)

pakar bahasa.

c)

penterjemah.

d)

penyunting.

14.

John Dryden (1680) mengkategorikan terjemahan kepada tiga. Kategori yang merujuk terjemahan perkataan demi perkataan dan baris demi baris dan terjemahan harfiah atau literal ialah kategori

a)

Metafrasa.

b)

Parafrasa.

c)

Peniruan.

d)

Peminjaman.

15.

Yang manakah antara berikut BENAR tentang Kaedah Terjemahan Dinamik?

i Juga dikenali sebagai kaedah terjemahan baru

ii Mengutamakan kesan, reaksi atau sambutan khalayak pembaca teks sasaran

iii Menitikberatkan kesepadanan dinamik

iv Reaksi emosi pembaca teks terjemahan tidak setara dengan reaksi pembaca teks asal.

a)

I dan II sahaja.

b)

II dan III sahaja.

c)

I, II dan III sahaja.

d)

I, II, III dan IV sahaja.

16.

Teks Sumber: Hatta ada seketika lamanya masing-masing duduk beradu itu hari pun sianglah, ayam pun berkokok, kicak kicau bunyi suara burung murai. Fajar pun menyinsing, suria mentari pun menyala.


Teks Sasaran: Mereka pun tidurlah. Setelah itu besok hari, ayam pun berkokok, murai pun membaca, fajar menyinsing, dan matahari merah menyala.


Bentuk terjemahan umum yang dihuraikan di atas dikenali sebagai terjemahan

a)

tak langsung.

b)

antara masa.

c)

harfiah.

d)

semantik.

17.

Teks Sumber: Nothing threatens the permanence of the system.

Teks Sasaran: Tiada yang mengancam kekekalan itu sistem.


Dalam petikan di atas, penterjemah memilih untuk setia kepada perkataan teks sumber dan tidak setia kepada makna yang terkandung dalam teks sumber. Bentuk terjemahan ini dikenali sebagai terjemahan

a)

bebas.

b)

harfiah.

c)

dinamis.

d)

komunikatif.

18.

Teks Sumber: I wandered lonely as a cloud

That floats on high over vales and hills

When all at once I saw a crowd,

A host, of golden daffodils. (Sumber: ‘Daffodils’ oleh Williams Wordsworth, 1804)

Teks Sasaran: Berkelana aku keseorangan bak si awan

Yang melakar langit di celah lembah dan perbukitan

Mata tertangkap emas tersorok

Kuntuman dafodil meliuk-lentuk.


Terjemahan di atas dikategorikan sebagai terjemahan

a)

komersil.

b)

teknikal.

c)

sastera.

d)

undang-undang.

19.

Proses ini melibatkan tindakan menindan suara yang sudah dirakam terlebih dahulu dalam bahasa sasaran ke atas bunyi (audio) asal yang masih kedengaran. Lazimnya suara latar digunakan dalam wawancara, dokumentari, dan program televisyen lain yang memerlukan suntikan realisme.


Penyataan di atas merujuk

a)

sari kata.

b)

suara latar.

c)

deskripsi audio.

d)

alih bahasa.

20.

Karya Stefan Zweigh yang terkenal, iaitu Widerstand de Wirklichkeit (1987) yang ditulis dalam bahasa Jerman telah diterjemahkan ke dalam Russia daripada teks berbahasa Inggeris yang diterjemahkan oleh Anthea Bell dengan judul, Journey into the Past (2009). Bentuk terjemahan ini dikenali sebagai terjemahan

a)

tak langsung.

b)

antara masa.

c)

reka ubah suai.

d)

lokalisasi.