WorksheetsKuiz 1 SBLM1013 (Set 2)
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Sebarang bentuk ungkapan lisan atau bertulis yang membawa makna. Ia boleh hadir dalam cetusan pendek seperti ‘Ah,' 'Woi,' 'Lah,' atau dalam ayat panjang seperti ‘Tahun ini umat Islam di Malaysia menyambut 1 Syawal dengan suasana yang terbatas tetapi masih meriah.'
Dalam bidang terjemahan, konsep yang dihuraikan dalam petikan di atas merujuk
teks.
teks sumber.
teks sasaran.
penyataan.
Dalam bahasa Melayu, perkataan “terjemah” berakar umbi daripada bahasa
Tamil.
Latin.
Yunani.
Arab.
Asmah Haji Omar (2008) melihat terjemahan sebagai
satu tindakan komunikasi yang cuba menyampaikan satu bentuk tindakan komunikasi merentas budaya dan bahasa. Tindakan komunikasi ini mungkin mempunyai tujuan yang berbeza serta khalayak pembaca/pendengar yang berbeza.
bukan semata-mata proses mengalihkan sistem dan struktur bahasa tetapi sebenarnya memindahkan maklumat daripada satu sistem semiotik kepada sistem semiotik yang lain.
pemindahan teks bahasa sumber ke bahasa sasaran dengan menepati makna dan bentuk teks asal sedekat mungkin dengan menggunakan bahasa sasaran yang baik.
melibatkan penterjemah meneliti kata, struktur tatabahasa, situasi komunikasi dan konteks budaya teks bahasa sumber. Penterjemah menganalisis teks sumber untuk menentukan makna dan membina makna yang sama dengan menggunakan kata serta struktur tatabahasa yang sesuai dalam bahasa serta konteks budaya bahasa penerima.
Yang manakah antara berikut BENAR tentang penterjemah yang mahir?
I Beliau melakukan kerja-kerja terjemahan secara tekal.
II Beliau mahir tentang penggunaan ejaan, tanda baca dan aspek mekanis.
III Beliau mengambil kira konteks dan latar belakang pembiaya kerja-kerja terjemahan.
IV Beliau mengetahui dengan secukupnya bidang ilmu yang terangkum dalam kandungan teks sumber.
I, II dan III sahaja.
I, III dan IV sahaja.
I, II dan IV sahaja.
II, III, dan IV sahaja.
Teks Sumber: Did you read the headlines in today’s paper?
Teks Sasaran: Sudahkah kamu membaca tajuk utama akhbar hari ini?
Jenis terjemahan dalam petikan di atas yang masih mengekalkan struktur bahasa sasaran sepenuhnya meskipun ia kekal setia kepada teks sumber digolongkan sebagai terjemahan
harfiah.
literal.
semantik.
bebas.
Penyataan berikut benar mengenai fungsi terjemahan, KECUALI
menyuntik pembaharuan dalam sistem bahasa Melayu, khususnya dari aspek fonologi, pembentukan sistem tatabahasa dan penggunaan kosa kata baru.
memperkenalkan bahasa baru, khususnya laras ketenteraan dan politik yang diwujudkan oleh akbar Melayu selepas perang dunia kedua.
menyebarluaskan ilmu pengetahuan seperti yang dialami di Jepun dengan berlakunya ledakan terjemahan teks sains dan teknologi.
memperkasa dan meningkatkan pemikiran sesuatu bangsa seperti yang berlaku dari abad ke-8 hingga abad ke-15 apabila bangsa Arab menterjemah ilmu daripada bahasa Yunani dengan giat.
Teks sumber: Maka seketika itu pun berputeralah Tuan Puteri itu seorang anak lelaki.
Teks sasaran: Lalu seketika itu Tuan Puteri melahirkan seorang anak laki-laki.
Bentuk terjemahan di atas dikenali sebagai terjemahan
bebas.
harfiah.
dinamik.
antara masa.
Teks Sumber: All rights reserved. No part of this book may be reproduced or utilized in any form of by any means, electronic or mechanical, including photocopying, recording, or by any information storage and retrieval system, without permission in writing from the publisher.
Teks Sasaran: Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku dalam apa juga bentuk menerusi apa juga cara sama ada secara elektronik ataupun mekanikal, termasuklah fotokopi, rakaman, atau bentuk simpanan maklumat dan sistem dapatan semula, tanpa izin bertulis daripada penerbit.
Terjemahan di atas dikategorikan sebagai terjemahan
komersil.
teknikal.
saintifik.
undang-undang.
Dalam terjemahan ini, penterjemah lazimnya mengadaptasi grafik, wang tempatan, format yang sesuai untuk tarikh dan masa tertentu, pilihan warna, serta alamat dan nombor telefon yang lebih tepat dengan dunia khalayak sasaran. Terjemahan ini merupakan
sari kata.
deskripsi audio.
interpretasi serentak.
lokalisasi.
Teks Sumber: He has great scientific and technical knowledge.
Teks Sasaran: Beliau mempunyai pengetahuan saintifik dan teknikal yang hebat.
Bentuk terjemahan yang diberikan dalam petikan di atas masih mengekalkan struktur bahasa sasaran sepenuhnya. Gaya teks asal dan bentuk teks asal juga turut dipindahkan sepenuhnya dalam teks terjemahan. Bentuk terjemahan ini ialah terjemahan
literal.
bebas.
harfiah.
komunikatif.
Bahasa Arab: wajah, kitab, wilayah, layak
Bahasa Sanskrit: cempaka, usaha, bencana
Apakah fungsi terjemahan dalam contoh di atas?
Memperkenalkan sastera baharu.
Menyebarluaskan ilmu pengetahuan.
Memperkaya khazanah ilmu sesuatu bahasa.
Mengenalkan budaya asing kepada sesuatu bangsa.
Menurut Newmark (1988), terdapat dua kaedah terjemahan yang wajar digunakan dalam terjemahan kerana kedua-dua kaedah ini menekankan ketepatan dan ekonomi perkataan. Kaedah-kaedah tersebut ialah
Terjemahan Idiomatik dan Semantik
Terjemahan Adaptasi dan Semantik
Terjemahan Adaptasi dan Komunikatif
Terjemahan Komunikatif dan Semantik
*penulis dan sejarawan
*profesor di University of Edinburgh
*penulis buku Essay on The Principles of Translation (1791)
Penyataan di atas merujuk seorang penterjemah berbangsa Inggeris pada abad ke-18, iaitu
John Dryden.
Etienne Dolet.
Roman Jakobson
Alexander Fraser Tytler
*Penterjemah mestilah memahami makna dan inti pati yang dihasilkan oleh pengarang asal dan boleh menjelaskan sebarang kekeliruan dalam teks asal.
*Penterjemah mestilah menyusun kata-kata dengan molek untuk mengelak kejanggalan bahasa.
Prinsip terjemahan ini dikemukakan oleh
Etienne Dolet.
John Dryden.
Roman Jakobson.
Jeremy Munday.
· daftar kata ini berusia lebih 1000 tahun
· memuatkan daftar kata Sanskrit-Jawa Kuno
· berasal dari Batang Lupar, Pulau Jawa pada kurun ke-8
Penyataan di atas merujuk daftar kata
Candakarana.
Kedukan Bukit.
Talang Tuwo.
Tanjore.
Terdapat tiga jenis penterjemah di Pejabat Karang Mengarang, iaitu
Penterjemah Kanan (Ketua Penterjemah), Pembantu Penterjemah dan Penterjemah Pelatih.
Penterjemah Kanan (Ketua Penterjemah), Penterjemah Bebas
dan Penterjemah Pelatih.
Penterjemah Kanan (Ketua Penterjemah), Penulis Melayu
dan Penterjemah Pelatih
Penterjemah Kanan (Ketua Penterjemah), Penterjemah Bebas
dan Penulis Melayu.
Ciri-ciri yang terdapat dalam teks terjemahan yang tidak ditemui dalam teks bukan terjemahan
Konsep yang dihuraikan di atas merujuk
kesepadanan.
universals of translation.
ketakbolehterjemahan budaya.
ketakbolehterjemahan linguistik.
Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in term of meaning and secondly in term of style.
Siapakah yang mengutarakan takrif terjemahan dalam petikan di atas?
Susan Bassnett dan Andre Lefevere (1992).
Eugene Nida dan Charles Russell Taber (1969).
Mildred L. Larson (1998).
Jeremy Munday (2001).
X mempunyai kemahiran berbahasa dalam bahasa Hindustan, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Parsi dan bahasa Tamil. Beliau pernah dilantik sebagai Munsyi kepada pentadbir Inggeris kurun hujung kurun ke-19. Bagi memenuhi kekurangan bahan berbahasa Melayu sekitar 1880-an, beliau telah mengarang beberapa buah buku selain menterjemah buku teks untuk kegunaan di sekolah-sekolah Melayu di negeri-negeri Selat.
Siapakah X yang diperihalkan dalam konteks ini?
Syed Mahmud al-Hind
Abdullah Munsyi
Abdul Rahman Andak
Ibrahim Munsyi
Yang manakah antara berikut fungsi Pejabat Karang Mengarang?
I Menulis, menterjemah dan menyunting buku-buku pelajaran serta menyelenggara percetakan.
II Menulis, menterjemah dan menyunting novel-novel moden dan menyelenggara percetakan.
III Menterjemah perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh jabatan kerajaan.
IV Melatih penyunting dan penulis baharu.
I dan II sahaja.
II dan III sahaja.
I, II dan III sahaja.
II, III dan IV sahaja.
