Font size
WorksheetsPERSONALITI DAN MINAT KERJAYA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Mona bercita -cita menjadi doktor pakar psikiatri. Dia suka membaca buku berkaitan psikologi dan perubatan. Sesuai atau tidak minat dan cita-cita Mona?
Tidak Pasti
Betul
Salah
Jason mempunyai pelbagai koleksi komik. Dia sering menyertai pertandingan fotografi. Dia seorang yang lebih berminat dalam bidang grafik berbanding mekanikal.
Setuju
Tidak Setuju
Beckhem suka membaiki kereta dan bekerja sambilan di bengkel. Dia juga berminat untuk menceburi bidang mekanik berbanding kejuruteraan.
Setuju
Tidak setuju
Sekiranya saya ingin menceburi bidang perubatan saya perlu mendapat skor yang tinggi dalam matapelajaran Biologi dan Kimia.
Setuju
Tidak Setuju
Hanya Murid dalam aliran sastera sahaja boleh bekerja sebagai wartawan, guru dan pelukis.
Betul
Salah
Antara pekerjaan yang hanya memerlukan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) ialah pembantu makmal,jururawat desa,dan pembantu tadbir.
Betul
Salah
Andre ialah seorang pelajar sederhana di sekolah. Dia ingin menyertai kursus teknikal selepas tamat sekolah.Untuk memantapkan kemahirannya, Kamal perlu mendapatkan pendidikan lanjutan di institusi latihan kemahiran.
Setuju
Tidak Setuju
Petrus telah memulakan kerjayanya sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal. Sekarang dia telah menjadi penyelia di sebuah kilang membuat motosikal. Dia bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang pertanian agar dapat membuka kilang sendiri.Adakah bidang pengajian yang dipilih betul?
Ya
Tidak
Cyril berminat menjadi seorang Juruterbang tetapi dia gagal dalam latihan mendapatkan lesen penerbangan.Apakah langkah yang patut diambil ?
Menyambung pelajaran dalam bidang lain
Berniaga online
Berhenti dan mencari pekerjaan lain
Merancang menjadi juruteknik kapal terbang dan menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan penerbangan
Jururawat merupakan pilihan kerjaya Agnes. Dia mesti mempunyai kelulusan dalam bidang kejururawatan.
Betul
Salah
Balqis minat dalam bidang tari menari. Namun berbakat dalam menyanyi. Apakah yang perlu dilakukannya?
Tinggalkan nyanyian. teruskan menari
Teruskan keduanya. Jadikan kerjaya
Teruskan Menari. tinggalkan nyanyian
Tinggalkan keduanya. Ikut haluan kawan-kawan
Azmin minat dalam e-sports. Namun dimarahi abangnya kerana minatnya. Apakah yang boleh dilakukan Azmin?
Memarahi abangnya dan membantah
Jadikan minat ini sebagai kerjaya dan buktikan e-sport adalah satu profesion yang menguntungkan
Mendengar kata abgnya dan meninggalkan e-sport
Kekal bermain untuk masa senggang
Sharifah Alya seorang yang mempunyai bakat dalam berpidato. Apakah bidang kerjaya yang sesuai?
Ahli tinju
Perenang
Penyanyi
Pensyarah
Ariel Libau minat dalam artistik dan rekabentuk. Nyatakan laluan kerjaya yg sesuai.
Arkitek
Pemain Bola
Pembantu Perubatan
Penari
Jeany memiliki kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan berjaya dalam bidang perniagaan tetapi dia terpaksa bekerja selepas tamat SPM kerana masalah kewangan. Apa yang patut dibuat oleh Jeany?
Teruskan Bekerja
Merancang untuk belajar secara separuh masa atau pendidikan jarak jauh.
Memohon pinjaman
Berkahwin
