Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SYAIR BIDASARI

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan bentuk syair bidasari?

a)

Bebas

b)

Terikat

2.

Berapakah bilangan rangkap yang terdapat dalam syair bidasari?

a)

Enam

b)

Tujuh

c)

Lapan

d)

Empat

3.

Rumah siluman merupakan gaya bahasa.........

a)

ayat tanya

b)

metafora

c)

asonansi

d)

inversi

4.

Berikan contoh gaya bahasa iaitu ayat tanya yang terdapat dalam syair bidasari.

a)

Mengapakah hutan jadi begini,

b)

Carikan air bawa ke mari

c)

Berjalanlah kuliling menteri mencari,

5.

Berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam syair bidasari kecuali.....

a)

kasih sayang

b)

hormat-menghormati

c)

kejujuran

d)

kezaliman

6.

Berikut merupakan bahasa istana kecuali

a)

baginda

b)

sembah

c)

bertitah

d)

makan

7.

Perkataan klasik/ arkaik merupakan perkataan yang jarang digunakan kini kecuali

a)

kuliling

b)

berperi

c)

bersabda

d)

siluman

8.

Nyatakan contoh yang betul bagi pengajaran kita mestilah taat kepada pemerintah yang adil dan saksama.

a)

Raja yang adil, raja yang disembah, manakala raja yang zalim,raja yang disanggah

b)

Kejayaan yang ingin diperoleh perlu diiringi dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh.

c)

Perbuatan menceroboh kawasan orang lain merupakan perbuatan yang dapat merosakan hubungan antara anggota masyarakat

9.

Nilai kesyukuran dalam syair bidasari ialah..........

a)

keihklasan pembesar yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat mencari air untuk baginda sultan.

b)

rakyat amat menghormati raja.

c)

perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi.

d)

rakyat amat menyayangi pemerintah sehingga sanggup mencari air untuk baginda sultan

10.

Berapakah bilangan baris dalam setiap rangkap Syair Bidasari

a)

Lima

b)

Empat

c)

Dua

d)

Enam

11.

Nyatakan nada di dalam syair Bidasari.

a)

Melankolik

b)

Patriotik

c)

Pesismis

12.

Pilih 2 persoalan yang terdapat dalam syair..

a)

Kepentingan menjaga penglihatan

b)

Tanggungjawab seorang raja dalam menjalankan amanah

c)

Perkara buruk merosakkan iman

d)

Kemakmuran sesebuah negeri

13.

Pilih 2 Pengajaran yang terdapat dalam syair

a)

Kita haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai raja dengan adil

b)

Kita perlulah bersikap rasional sewaktu berhadapan dengan suatu kejadian

c)

Kita hendaklah menjaga pandangan mata agar tidak menginginkan sesuatu yang tidak berfaedah

d)

kita tidak harus meraih kejayaan atas kesengsaraan pihak lain

14.

dua nilai murni yang terdapat dalam syair

a)

ketaatan – rakyat Negeri Kembayat taat kepada rajanya

b)

keadilan – raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil

15.

Pilih persoalan yang berkaitan dengan syair ini

a)

Keadilan dalam pemerintahan

b)

Tanggungjawab seorang bapa

c)

Ketaatan isteri terhadap suami

d)

Kasih sayang terhadap anak anak

16.

Ketaatan kepada pemerintah merupakan salah satu persoalan dalam Syair Bidasari. Nyatakan contoh peristiwa tersebut

a)

Baginda sultan mempersoalkan keadaan hutan yang panas.

b)

Menteri bergegas mencari air di sekitar kawasan hutan selepas sultan meminta mereka berbuat demikian.

c)

Seorang menteri memberitahu sultan tentang kegagalan mereka mencari air di sekitar kawasan hutan tersebut.

17.

Berikut ialah pengajaran yang perlu diambil perhatian dalam Syair Bidasari kecuali ......................

a)

kita hendaklah berasa bangga menjadi seorang pemimpin.

b)

Kita perlulah bijak dalam membuat sebarang tindakan.

c)

kita hendaklah bersikap adil dalam memimpin sesebuah organisasi

d)

kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain dalam ahli keluarga dan sesama manusia.