wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Ting 4 Bab 2 2021

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Menurut hukum permintaan hubungan antara kuantiti yang diminta dengan harga digambarkan oleh

a)

keluk permintaan menegak

b)

keluk permintaan mendatar

c)

keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan

d)

keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

2.

Apakah hubungan yang ditunjukkan oleh keluk permintaan sesuatu barang?

a)

Kuantiti barang X yang dijual dengan harga barang X

b)

Kuantiti barang Y yang dijual dengan harga barang Y

c)

Kuantiti barang X yang diminta dengan harga barang Y

d)

Kuantiti barang X yang diminta dengan harga barang X

3.

Dalam ekonomi, permintaan pasaran ditakrifkan sebagai

a)

kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa tertentu

b)

kuantiti barang yang diminta oleh individu pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa tertentu

c)

kuantiti barang yang diminta oleh pengeluar dalam tempoh tertentu pada tingkat harga tertentu

d)

Kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran

4.

Apakah faktor yang menyebabkan berlaku perubahan daripada kuantiti Q0 ke Q1 dalam gambarajah di atas?

a)

kempen iklan tidak berjaya

b)

pendapatan individu berkurangan

c)

harga barang berkenaan menurun

d)

cukai pendapatan individu menurun

5.

Apabila harga barang X meningkat, permintaan barang Y juga meningkat. Antara berikut berikut yang manakah mewakili barang X dan Y.

a)

X = Milo , Y = Gula

b)

X = Kasut , Y = Stokin

c)

X = Ayam , Y = Ikan

d)

X = Kerusi , Y = Meja

6.

Apabila harga barang P naik, permintaan barang Q turun dan permintaan barang R naik.

Apakah hubungan antara barang P, Q dan R?

a)

Barang Q dengan barang R adalah barang pengganti bagi barang P

b)

Barang Q dan barang R adalah barang penggenap bagi barang P

c)

Barang Q adalah barang pengganti dan barang R adalah barang penggenap bagi barang P

d)

Barang Q adalah barang penggenap dan barang R adalah barang pengganti bagi barang P

7.

Antara berikut faktor manakah yang boleh menyebabkan keluk permintaan seseorang pengguna akan beralih ke kanan

a)

Harga barang penggenap meningkat

b)

Harga barang pengganti meningkat

c)

Pendapatan boleh guna menurun

d)

Harga barang itu turun

8.

Maklumat berikut boleh menyebabkan perubahan dalam permintaan barang Z.

*Harga barang Z dijangka menurun pada masa depan*

*Kadar cukai pendapatan individu ditingkatkan*

Keluk manakah menunjukkan perubahan permintaan bagi barang Z?

a)
b)
c)
d)
9.

Jadual menunjukkan permintaan empat individu bagi barang Z.

Hitungkan jumlah permintaan barang Z bagi individu F dan H pada tingkat RM6.00.

a)

410

b)

504

c)

1294

d)

2432

10.

Berdasarkan jadual , pernyataan manakah benar tentang faktor yang menyebabkan perubahan permintaan pada bulan Jun.

a)

Penurunan tambang pengangkutan awam

b)

Syarikat kewangan mengetatkan syarat sewa beli

c)

Kerajaan mengarahkan penurunan dalam kadar faedah

d)

Harga minyak petrol meningkat

11.

Rajah di atas menunjukkan keluk penawaran Firma X. Keluk tersebut menunjukkan

a)

kuantiti mempunyai hubungan langsung dengan harga

b)

kuantiti mempunyai hubungan songsang dengan harga

c)

harga dipengaruhi oleh perubahan kuantiti

d)

kuantiti tidak dipengaruhi oleh harga

12.

Selain daripada harga barang itu sendiri, faktor manakah yang menyebabkan penawaran bertambah?

a)

Perubahan cita rasa

b)

Pertambahan penduduk

c)

Perubahan agihan pendapatan

d)

Perkembangan dalam teknologi

13.

Rajah manakah yang menunjukkan kesan tindakan pemberian subsidi kepada penawaran getah?

a)
b)
c)
d)
14.

Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu T pada tingkat harga RM5 jika Dp ialah keluk permintaan pasaran?

a)

5 unit

b)

7 unit

c)

10 unit

d)

15 unit

15.

Jadual menunjukkan penawaran biskut oleh 3 buah firma di pasaran. Pilih pernyataan yang benar.

a)

Pada tingkat harga RM5, penawaran pasaran bagi biskut ialah 30 kg

b)

Pada tingkat harga RM3, penawaran pasaran bagi biskut ialah 31 kg

c)

Penawaran biskut di pasaran berkurang sebanyak 12 kg apabila harga barang turun dari RM5 ke RM4

d)

Penawaran biskut bertambah sebanyak 13 kg apabila harga barang naik dari RM3 ke RM4

16.

Berapakah kuantiti yang ditawarkan oleh firma D jika penawaran pasaran pada tingkat harga RM15 ialah 57?

a)

49

b)

42

c)

23

d)

21

17.

Apakah yang menyebabkan keluk penawaran buah belanda beralih ke kiri?

a)

Kos pengeluaran menurun

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Cuaca panas tanpa hujan

d)

Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar

18.

Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil. Apakah kesan peristiwa ini kepada keluk penawaran ikan?

a)

keluk penawaran ikan tidak berubah

b)

keluk penawaran ikan beralih ke kanan

c)

keluk penawaran ikan beralih ke kiri

d)

Keluk penawaran ikan bergerak ke atas

19.

Rajah manakah yang menerangkan keluk penawaran pasaran bagi barang Q?

a)
b)
c)
d)
20.

Berapakah penawaran pasaran pada tingkat harga RM4?

a)

20 unit

b)

30 unit

c)

45 unit

d)

68 unit