wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cukai Kenderaan, Cukai Pintu, Cukai Tanah

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan cukai pintu dikenakan kepada orang awam?

a)

Sumber pendapatan uantuk pengurusan kerajaan negeri

b)

Menekan rakyat dan penduduk

c)

Membayar gaji dan elaun warga asing

d)

Menambah kos sara hidup orang awam

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan cukai jalan?

a)

Cukai yang dikenakan ke atas pengguna jalan raya yang memiliki kenderaan bermotor

b)

Cukai yang dikutip daripada semua pengguna jalan raya

c)

Cukai yang dikenakan ke atas semua peniaga dipinggir jalan

d)

Bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya bertol

3.

Pemilik kereta yang telah membayar cukai jalan akan mendapat resit cukai jalan Lesen Kenderaan Motor wajib

a)

Melekatkan resit tersebut pada cermin hadapan kereta

b)

Disimpan dengan selamat di rumah

c)

Diserahkan ke balai polis berhampiran

4.

Agensi yang bertanggung jawab mengutip cukai jalan ialah

a)

Lembaga Hasil Dalam Negeri

b)

Jabatan Pengangkutan Jalan

c)

Majlis Daerah atau Dewan Bandaraya

d)

Lembaga Lebuh Raya Persekutuan

5.

Menggunakan kenderaan tanpa membayar cukai yang sah boleh

a)

Didenda tidak melebihi RM2000 dan penjara

b)

Didenda tidak melebihi RM2000

c)

Kenderaan dirampas dan dilucutkan hakmilik

6.

Cukai pintu ialah

a)

Cukai yang dikenakan ke atas pemilik rumah atau bangunan mengikut bilangan pintu masing-masing

b)

Cukai yang dikenakan ke atas pemilik premis dan pemilik tanah yang memiliki bangunan yang mempunyai pintu lebih daripada had yang dibenarkan

c)

Cukai yang dikenakan ke atas pegangan atau harta tanah seperti rumah, bangunan, premis perniagaan, industri dan tanah kosong untuk membiayai kos penyelenggaraan bandar

7.

Cukai pintu juga dikenali sebagai

a)

Cukai tingkap

b)

Cukai Taksiran

c)

Cukai tanah

8.

Waran tahanan ialah surat kuasa yang membolehkan pihak berkuasa tempatan ...

a)

menahan individu yang mengelak daripada membayar cukai pintu selepas diberi notis peringatan mengikut Akta 39B

b)

menyita atau menahan barang-barang yang ada dalam bangunan melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151

9.

Cukai yang dikenakan kepada pemilik tanah pertanian, tanah bangunan dan tanah perusahaan dipanggil

a)

Cukai Tanah

b)

Cukai Barangan dan Perkhidmatan

c)

Cukai Pintu / Taksiran

d)

Cukai Eksais

10.

Pihak yang mengutip cukai tanah ialah

a)

Pejabat Tanah dan Galian

b)

Pejabat Menteri Besar

c)

Kementerian Air dan Sumber Asli

d)

Lembaga Pertubuhan Peladang

11.

Penghuni atau pemilik pangsapuri dan kondominum tanpa tanah yang memegang hak milik strata dikenakan cukai _______ bagi menggantikan cukai tanah.

a)

Pintu

b)

Taksiran

c)

Petak

12.

Cukai yang dikenakan sekali sahaja ke atas pelbagai barangan bercukai iaitu pada peringkat pengeluaran atau pengimportan ialah

a)

Cukai perkhidmatan

b)

Cukai Jualan

13.

Cukai yang dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai seperti perkhidmatan hotel, insurans, takaful, penyediaan makanan, kad kredit, telekomunikasi dan lain-lain ialah

a)

Cukai jualan

b)

Cukai perkhidmatan

c)

Cukai seliaan

14.

Pihak yang bertanggungjawab mengutip cukai jualan dan perkhidmatan ialah

a)

Jabatan Insolvensi

b)

Jabatan Akauntan Negara

c)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

15.

Encik Amran membeli sebuah motosikal berkapasiti 1700cc untuk kegunaan sendiri di Sarawak.


Hitung cukai jalan yang perlu dijelaskan olehnya

a)

RM200

b)

RM240

c)

RM600

16.

Dr Hassan memikiki sebuah rumah di Putra Jaya. Beliau menerima bil cukai pintu daripada Dewan Bandaraya Putra Jaya. Beliau diberi nilai tahunan RM7500 dengan kadar cukai pintu 5%.


Hitung cukai pintu yang perlu dijelaskan oleh Dr Hassan

a)

275

b)

325

c)

355

d)

375

17.

Datuk Alif memiliki sebuah rumah dengan keluasan 180m². Kadar cukai tanah ialah RM0.45 bagi setiap meter persegi.

Jumlah cukai tanah RM (a)   perlu dijelaskan oleh beliau.

18.

Puan Salmi telah membayar RM55.35 bagi menjelaskan cukai tanahnya bagi tahun 2021. Kadar cukai tanah ialah RM0.41 bagi setiap meter persegi. Kira keluasan kawasan kediaman Pn Salmi.

a)

125

b)

135

c)

145

d)

155

19.

Latif menyewa sebuah bilik hotel di Kemaman dengan harga RM280 semalaman. Dia menginap di hotel tersebut selama 3 malam. Kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel itu ialah 6%. Hitung jumlah termasuk cukai yang perlu dibayar oleh Latif.

a)

RM50.40

b)

RM840.00

c)

RM890.40

20.

En Abdullah memiliki sebidang tanah untuk kediaman seluas 300m² di negeri Kedah. Diberi kadar cukai tanah negeri Kedah ialah RM0.16 setiap meter persegi.


Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh En Abdullah.

a)

41

b)

48

c)

50