wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PK : Kekeluargaan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Tandakan (/) bagi tujuan utama perkahwinan. (TP1)

*Boleh tanda lebih dari satu

a)

Mencegah diri daripada melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti seks bebas

b)

Menambahkan penduduk negara

c)

Membentuk institusi kekeluargaan

2.

Nyatakan jenis keluarga anda sama ada tergolong dalam keluarga nukleus, keluarga tunggal atau keluarga kembangan. (TP2)

(a)  

3.

Tandakan (/) bagi ahli keluarga yang terdapat dalam keluarga anda. (TP2)

*Boleh tanda lebih dari satu!

a)

Bapa

b)

Ibu

c)

Anak

d)

Suami

e)

Isteri

4.

Apakah peranan suami isteri dalam sebuah keluarga? (TP2)

*Boleh tanda lebih dari satu!

a)

Menyediakan tempat perlindungan dan mencari nafkah

b)

Tidak saling menghormati

c)

Menjaga anak-anak

d)

Menguruskah hal rumah tangga

5.

Apakah jenis keluarga berdasarkan gambar di atas ? (TP3)

(a)  

6.

Apakah jenis keluarga berdasarkan gambar di atas ? (TP3)

(a)  

7.

Apakah jenis keluarga berdasarkan gambar di atas ? (TP3)

(a)  

8.

Yang manakah benar mengenai ciri-ciri keluarga tunggal? (TP3)

a)

Beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah.

b)

Ibu atau bapa yang tidak tinggal bersama akibat daripada penceraian atau kematian.

c)

Terdiri daripada ibu, bapa, anak kandung atau anak angkat.

9.

Yang manakah benar mengenai ciri-ciri Keluarga Nukleus? (TP3)

a)

Ibu atau bapa yang tidak tinggal bersama akibat daripada penceraian atau kematian.

b)

Terdiri daripada seorang suami, isteri, anak, ibu, bapa dan adik-beradik.

c)

Terdiri daripada ibu, bapa, anak kandung atau anak angkat atau terdiri daripada seorang suami, isteri dan anak

10.

Yang manakah benar mengenai ciri-ciri Keluarga Kembangan? (TP3)

a)

Beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah.

b)

Ibu atau bapa tidak tinggal bersama akibat daripada penceraian atau kematian.

c)

Terdiri daripada ibu, bapa, anak kandung atau anak angkat atau terdiri daripada seorang suami, isteri dan anak

11.

Baru-baru ini , Encik Hafiz disahkan muflis disebabkan tidak mampu membayar pinjaman kewangan yang dilakukannya. Disebabkan itu pihak bank telah menyita rumahnya. Hal ini menyebabkan encik Hafiz membawa keluarganya untuk tinggal bersama orang tuanya dikampung. Encik Hafiz tinggal dalam keluarga _____________?

a)

nukleus

b)

tunggal

c)

kembangan

12.

Setiap pasangan yang berkahwin memegang ___________ yang harus dilakukan oleh setiap individu terhadap keluarganya bahagia.

a)

tanggungjawab

b)

amanah

c)

rahsia

13.

-Sentiasa menolong ibu dan bapa

-Menjaga nama baik keluarga

-Sentiasa menghormati kedua ibu bapa


pernyataan di atas menerangkan tentang peranan.....

a)

Abang

b)

Kakak

c)

Anak

14.

Apakah maksud seks bebas

a)

bebas melakukan seks dengan pasangan yang sah

b)

bebas melakukan seks dan bertukar-tukar pasangan

c)

melahirkan anak luar nikah

15.

Apakah kepentingan sokongan ahli keluarga dalam menangani masalah emosi dan gejala sosial yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan??

a)

Tidak mengongkong segala tindakan yang dilakukan oleh ahli keluarga

b)

Tidak memperdulikan segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli keluarga

c)

Menunjukkan perasaan kasih sayang antara anggota keluarga.