WorksheetsFAKYOR-FAKTOR PENYUMBANG UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1.Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Pn.Syamila
Pn.Syamila telah bekerja sebagai pembantu butik selama 10 tahun.Pada usia 40 tahun, beliau telah memulakan butiknya dengan menggunakan simpanan sebanyak RM 30,000.
Apakah faktor yang dipertimbangkan oleh Pn.Syamila untuk memulakan perniagaan:
I Modal
II Lokasi
III Kemahiran
IV Bantuan profesional
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
2.Maklumat di bawah ini berkaitan dengan faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan
Pn.Jamilah membuka sebuah kedai fotostat berhampiran dengan sekolah dan taman perumahan
mengapakah Pn.Jamilah memilih untuk membuka kedai tersebut di kawasan berkenaan?
I Mudah dikunjungi
II Tidak mempunyai persaingan
III Berhampiran dengan pelanggan
IV Tempat yang mempunyai tumpuan ramai
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
3.Manakah yang merupakan stok bergerak pantas?
A.Kereta
B. Payung
C. Makanan
D.Komputer
- Apakah maksud stok bergerak perlahan?
A. Barang - barang lama yang tidak dapat dijual
B. Barang- barang yang lambat diterima daripada pembekal
C.Barang - barang yang mengambil masa yang lama untuk dijual
D.Barang - barang yang dijual secara hutang dan lambat menerima bayaran
- Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor memulakan perniagaan
- pengurusan kewangan
- penggunaan media sosial
- pemasaran produk
Apakah faktor tersebut?
A. Modal
B.Kemahiran
C.Pemasaran
D.Bantuan profesioanal
- Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis stok
hanya perlu dipesan sekali setahun
Apakah jenis stok tersebut?
A. Stok awal
B.Stok akhir
C.Stok bergerak pantas
D. Stok bergerak perlahan
- Antara yang berikut,manakah yang merupakan unsur campuran pemasaran?
I Harga
II Produk
III Pembekal
IV Pelanggan
A. I dan II
B I dan IV
C. III dan III
D. III dan IV
- Antara yang berikut, bantuan manakah yang disediakan oleh bantuan profesional?
I Bantuan kewangan
II Bantuan khidmat nasihat
III Bantuan perlindungan insurans
IV Bantuan pengagihan bahan mentah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat yang berikut menunjukkan pemboleh ubah dalam campuran pemasaran:
Produk
Promosi
Tempat
M
Apakah M?
Penentuan harga
Penetapan harga
Perubahan harga
Harga
Pernyataan manakah yang benar tentang kepentingan pemasaran kepada sesebuah organisasi?
Menambahkan nilai kepada produk sedia ada supaya dapat memberikan satu imej baharu kepada pelanggan
Membantu pengeluar memperoleh keuntungan yang maksimum melalui penetapan harga produk yang ditawarkan
Membantu pengeluar membentuk sistem komunikasi yang berkesan supaya produk itu dapat menarik perhatian pengguna
Membantu pengeluar memperluas syer pasaran produk serta mencapai pelimpinan pasaran terhadap produk yang ditawarkan
