wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T5 BAB 5 : PEMBENTUKAN MALAYSIA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat yang hendak di capai oleh gerakan nasionalis melalui Melayu Raya?

a)

kemerdekaan wilayah Alam Melayu

b)

penggabungan bekas tanah jajahan British

c)

kemerdekaan berasingan Sarawak dan Sabah

d)

Penggabungan Tanah Melayu dengan wilayah sekitarnya

2.

Ahmad Boestamam

Ishak Haji Muhammd

Dr. Burhanuddin al-Helmi


Apakah persamaan idea yang diperjuangkan oleh mereka?

a)

Pembentukan Malaysia tanpa Singapura

b)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia

c)

Penyatuan bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara

d)

Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah dalam Malaysia

3.

Negara berikut yang akan bergabung dalam Malaysia :


Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.


Apakah yang bakal di capai oleh negeri-negeri tersebut?

a)

Pengukuhan ekonomi

b)

kemerdekaan dengan cepat

c)

bebas dari ancaman komunis

d)

kebebasan menubuhkan parti politik

4.

Mengapakah pada tahun 1959 Tunku Abdul Rahman menolak cadangan penyertaan Singapura dalam Persekutuan?

a)

berlaku persaingan kuasa

b)

penentangan penduduk tempatan

c)

bantahan pemimpin Sabah dan Sarawak

d)

ketidakseimbangan komposisi penduduk

5.

Antara berikut, yang manakah faktor Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan Malaysia?


I. Desakan British

II. Penguasaan ekonomi

III. Pembangunan wilayah

IV. Menangani masalah komunis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Mengapakah golongan pedagang dan pengusaha industri menyokong pembentukan Malaysia?

a)

Pandangan rakyat diperoleh

b)

Memajukan ekonomi Singapura

c)

Mendapat restu Kerajaan British

d)

Membuka pasaran buat industri mereka

7.

Pembentukan Malaysia dapat memperkuat usaha ke arah keamanan di rantau Asia Tenggara.


Negara manakah yang memberi reaksi di atas?

a)

Filipina

b)

Thailand

c)

Kemboja

d)

Indonesia

8.

Apakah peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)?


I. Menggubal perlembagaan

II. Mengeratkan perpaduan kaum

III. Menyediakan ruang perbincangan

IV. Meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Mengapakah referendum diadakah di Singapura pada September 1962?

a)

memilih perwakilan Singapura untuk rundingan

b)

membantah penyertaan Singapura dalam Malaysia

c)

menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia

d)

menuntut kemerdekaan Singapura sebelum menyertai Malaysia

10.

Penubuhan X : Januari 1962

Tujuan Penubuhan X : Menilai reaksi penduduk Sarawak dan Sabah dalam pembentukan Malaysia ?


Apakah X ?

a)

Suruhanjaya Cobbold

b)

Parti Perikatan Sarawak

c)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

d)

Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia

11.

Apakah peranan JAK dalam Pembentukan Malaysia?

a)

Menyelaras mesyuarat

b)

Menyediakan rangka perlembagaan

c)

Mengumpukan pandangan pemimpin

d)

Mempromosikan pembentukan Malaysia

12.

Mengapakah Setiausaha Agung PBB menubuhkan United Nations Malaysia Mission untuk meninjau semula reaksi penduduk Sarawak dan Sabah?

a)

Bantahan Indonesia

b)

Memberikan pengiktirafan

c)

Gagasan Malaysia diragui

d)

Permintaan Sarawak dan Sabah

13.

Apakah kepentingan Hari Malaysia yang diistiharkan pada 16 September 1963?

a)

Kelulusan Akta Malaysia 1963

b)

Hari pengisytiharan pembentukan Malaysia

c)

Hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia

14.

Apakah yang ingin dicapai oleh Indonesia dalam slogan "Ganyang Malaysia"?

a)

menyokong pembentukan Malaysia

b)

menggagalkan pembentukan Malaysia

c)

mengisytiharkan perang terhadap Malaysia

d)

menunjukkan kekuatan ketenteraan Indonesia

15.

Mengapakah Indonesia menentang pembentukan Malaysia?

a)

Indonesia menjadi lemah

b)

Malaysia bentuk penjajahan baharu

c)

Pembentukan Malaysia didalangi oleh British

d)

Kerajaan Indonesia dipengaruhi oleh komunis

16.

Mengapakah Indonesia melancarkan dasar konfrontasi?

a)

menuntut wilayah Sabah

b)

mengancam kedudukan Indonesia

c)

menggagalkan gagasan Melayu Raya

d)

mengurangkan kuasa politik orang Melayu

17.

Bagaimanakah pemimpin negara kita menghadapi serangan Indonesia semasa konfrantasi?


I. melancarkan serangan balas

II. mendapatkan sokongan negara luar

III. menggunakan pendekatan diplomatik

IV. melumpuhkan Parti Komunis Indonesia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Antara berikut, apakah faktor-faktor kejayaan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963?


I. konfrontasi

II. tuntutan

III. rundingan

IV. kesepakatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Mengapakah Brunei menarik diri daripada pembentukan Malaysia?

a)

Sultan tidak berkuasa

b)

Penentangan Parti Rakyat Brunei

c)

memelihara kepentingan kekayaan

d)

tidak memahami matlamat gagasan

20.

Apakah maksud dekolonisasi?

a)

proses menjajah

b)

proses penaklukan

c)

proses ke arah berkerajaan sendiri

d)

proses berkeyakinan diri