WorksheetsMelaka Pusat Perdagangan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pelabuhan Melaka berfungsi sebagai pelabuhan _________ yang mengumpulkan barangan dari Alam Melayu.
entrepot
pembekal
kerajaan
diraja
Kedudukan __________ Melaka terletak di laluan
perdagangan antara India dengan China menyebabkan Melaka dikunjungi pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu.
negeri
pelabuhan
strategik
kerajaan
Kegemilangan Melaka sebagai sebuah pelabuhan disebabkan fungsinya sebagai pusat ____________. Pelabuhan Melaka dikunjungi oleh pelbagai jenis kapal besar dan kecil.
membaiki kapal
perkapalan
pengumpulan bahan
pengedaran bahan
Pelabuhan Melaka berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barangan. Berikut merupakan barang yang dikumpul daripada negeri naungan dan jajahan kemudian diedarkan kepada pedagang luar KECUALI
timah
tembikar
emas
kapur barus
Apakah kesan kedudukan strategik pelabuhan Melaka yang terletak di laluan perdagangan antara Timur dan Barat?
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan yang maju.
Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam di Alam Melayu.
Melaka muncul menjadi kuasa besar dan kuat di Alam Melayu.
Emporium bermaksud pusat __________ besar yang menjual pelbagai jenis barangan tempatan dan luar.
perkapalan
pembuatan
perniagaan
pelabuhan
Apakah fungsi pelabuhan Melaka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Pusat penyebaran agama Islam ke seluruh Alam Melayu.
Pelabuhan entrepot yang mengumpulkan barangan dari Alam Melayu.
Pusat pengedaran barangan dari timur dan barat ke Alam Melayu.
Pusat memproses bahan mentah untuk dipasarkan ke seluruh Alam Melayu.
Apakah faktor yang menyebabkan pelabuhan Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting?
Kedudukan strategik di laluan perdagangan antara India dan China.
Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barangan
Pusat perbincangan ilmu tasawuf dan Al-Quran.
Pusat perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka di Alam Melayu.
Contoh barangan yang diperoleh daripada negeri naungan dan jajahan Melaka serta kawasan sekitar Alam Melayu.
Bijih timah
Tembikar China
Wangian Arab
Rempah ratus
Pelabuhan Melaka dikunjungi pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu. Pedagang berikut merupakan pedagang yang paling ramai mengunjungi pelabuhan Melaka KECUALI
.
pedagang China
pedagang Arab
pedagang Pasai
pedagangan Gujerat
Pedagang paling ramai dari Alam Melayu yang berdagang di Melaka pada suatu ketika dahulu.
Pedagang Arab
Pedagang Jawa
Pedagang Pasai
Pedagang Gujerat
Berikut merupakan kapal kecil yang terdapat di pelabuhan Melaka KECUALI
baluk
sampan
kakap
bahtera
Kapal jong milik orang Melayu dibina di ________ dan Jawa.
Siam
Pegu
Rokan
Aru
Kapal ________ merupakan kapal besar yang boleh memuatkan 40 hingga 100 orang.
jong
lanchang
bahtera
kelulus
Contoh kapal besar yang boleh dilihat di pelabuhan Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Balang
Sampan
Bahtera
Jong
