NEW
Font size
WorksheetsKata sama maksud
Total questions: 33
Worksheet time: 17mins
Nelayan-nelayan itu tidak akan turun ke laut selagi ombak belum teduh.
Perkataan seerti bagi teduh ialah
reda
naik
pasang
kocak
Puan Zaiton menjunjung bakul yang sarat dengan ubi keledek.
Perkataan seerti bagi menjunjung ialah
menghela
membawa
mengheret
menjinjing
Ramli berasa kurang senang kerana pendapatnya sering disanggah.
Perkataan seerti bagi disanggah ialah
ditegur
diherdik
dibantah
ditengking
Puan Ida membantah keras cadangan suaminya untuk berpindah ke rumah baru.
Perkataan seerti bagi keras ialah
kasar
tegas
segera
marah
Persatuan belia di kampung saya mengadakan bengkel menganyam tikar.
Perkataan seerti bagi menganyam ialah
menjalin
membuat
menyusun
menyulam
Perigi itu menjadi tohor akibat banjir lumpur.
Perkataan seerti bagi tohor ialah
luas
cetek
halus
sempit
Penonton tergelak apabila melihat persembahan badut itu.
Perkataan seerti bagi tergelak ialah
tertawa
terbeliak
tersenyum
terperanjat
Ismail dan rakannya sedang menunggu Amin di perhentian bas.
Perkataan seerti bagi menunggu ialah
menengok
menanti
menjemput
menyambut
Nenek mengunyah sirih sehingga hancur sebelum menelannya.
Perkataan seerti bagi mengunyah ialah
menyiat
menggigit
mengoyak
memamah
Ahli Jawatankuasa Kebajikan telah mengesyorkan perkara itu dalam mesyuarat yang lalu.
Perkataan seerti bagi mengesyorkan ialah
melaporkan
merakamkan
menyarankan
mengisytiharkan
Bingit telinga saya mendengar jerit pekik para penonton di stadium itu.
Perkataan seerti bagi Bingit ialah
Kasar
Bising
Lantang
Gempita
Perompak itu telah diberkas oleh polis setelah berlaku kejadian tembak-menembak.
Perkataan seerti bagi diberkas ialah
diikat
dihalau
ditambat
ditangkap
Peserta kita telah kalah dalam pertandingan bahas pagi tadi.
Perkataan seerti bagi kalah ialah
punah
binasa
tewas
hancur
Sewaktu berjalan ke rumah neneknya, Alimin terlanggar banir pokok durian.
Perkataan seerti bagi terlanggar ialah
terkena
tergesel
terhalang
tersadung
Pihak pengurusan akan menyaring semua pemohon yang akan diambil bekerja.
Perkataan seerti bagi menyaring ialah
menapis
menekan
memeriksa
menyunting
Ibu menghela adik yang malas mandi pagi ke bilik air.
Perkataan seerti bagi menghela ialah
menarik
menolak
membawa
mendorong
Badan ayah berpeluh selepas memotong rumput di halaman rumah.
Perkataan seerti bagi berpeluh ialah
berkeringat
berpercikan
bermandian
berbasahan
Semua peserta perkhemahan yang ingkar akan arahan akan dikenakan hukuman.
Perkataan seerti bagi ingkar ialah
cuai
salah
patuh
mungkir
Rasa seronok juga sekali-sekala menjengah ke rumah ibu di kampung.
Perkataan seerti bagi menjengah ialah
melihat
melawat
menjenguk
berkunjung
Pelayan itu ( ) makanan dan minuman dengan berhati-hati.
menatang
menjinjing
menjunjung
memikul
Encik Lim ( ) wang kertas dari dompetnya untuk membayar harga barangan yang dibelinya.
membawa
mengambil
mengangkat
memimpin
Jason ( ) dokumennya sambil menunggu bas di hentian bas.
menjinjing
mengandar
mengepit
menjulang
Anggota penyelamat ( ) mangsa itu ke tempat yang selamat.
menuntun
menyorong
memikul
memapah
Encik Liau ( ) anaknya yang memegang sebiji belon.
memangku
mengusung
mendukung
mengangkat
Jessie ( ) beg sambil berjalan ke sekolah.
menggalas
mengandar
memimpin
menjunjung
Pasukan penyelamat ( ) mangsa tsunami ke hospital.
menggendong
menyorong
menjulang
mengusung
Cayson dan adiknya menolong jiran mereka ( ) kotak.
mengangkat
memikul
menjinjing
menjulang
Mak Cik Fatin ( ) dua baldi air ke kebunnya.
mengandar
menjulang
menjinjit
memapah
Budak itu ( ) beg plastik sambil berdiri di bawah pokok.
menjulang
menjunjung
menjinjing
menuntun
Wajah pasangan kembar Xin Yi dan adiknya Xin Yan itu seiras.
sejenis
sekata
selaras
serupa
Ayah tertidur di atas sofa kerana kepenatan.
kebimbangan
kelaparan
keletihan
kelemahan
Amira berasa kecewa apabila gagal dalam ujian matematik itu.
malu
gembira
terharu
hampa
Sebelum matahari terbit, Pak Ali telah pergi menoreh getah di kebun getahnya.
muncul
terbenam
tenggelam
hilang
