Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Seruan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

___________ adik-adik, dengarlah nasihat daripada ibumu!

a)

Wahai

b)

Aduhai

2.

__________, kamu berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR!

a)

Nah

b)

Syabas

3.

______, berani kau ganggu kakakku!

a)

Cis

b)

Aduhai

4.

"________, sakitnya perutku!" kata Abdul kepada ibunya.

a)

Aduh

b)

Wah

5.

______________, malangnya nasibku kerana rumah aku habis terbakar!

a)

Aduhai

b)

Amboi

6.

_______, ambillah wang yang saya pinjam daripada awak!

a)

Nah

b)

Eh

7.

Jamil: ________, cantik sungguh model kereta Proton Persona keluaran terbaharu Syarikat Proton!

Kelvin: Harganya juga berpatutan.

a)

Wah

b)

Cis

8.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Wahai Fatimah, janganlah kamu bersedih lagi!

b)

Amboi, janganlah kamu bersedih lagi!

9.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Wahai murid-murid, jagalah kebersihan diri semasa kamu berada di sekolah!

b)

Aduh, jagalah kebersihan diri semasa kamu berada di sekolah!

10.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Aduh, malang sungguh nasib orang tua itu!

b)

Aduhai, malang sungguh nasib orang tua itu!

11.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Wah, enaknya bau biskut coklat ini!

b)

Wahai, enaknya bau biskut coklat ini!

12.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Cis, berani engkau mengganggu adikku!

b)

Nah, ambillah buku yang aku pinjam daripada engkau!

13.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Cis, bergaya sungguh wanita itu!

b)

Amboi, bergaya sungguh wanita itu!

14.

..................., selamat berkenalan! Saya murid baru di sekolah ini.

a)

Eh

b)

Hoi

c)

Hai

d)

Oh

15.

............, cantik-cantik belaka anak perempuan Puan Suri!

a)

Amboi

b)

Syabas

c)

Cis

d)

Aduh

16.

..............., di sini rupanya buku aku!

a)

Oh

b)

Nah

c)

Wah

d)

Aduh

17.

"____________, berani kau melawan cakap raja!"

a)

Oh

b)

Cis

c)

Wah

d)

Aduh

18.

..............., sakitnya kaki saya!

a)

Cis

b)

Amboi

c)

Wah

d)

Aduh

19.

................, pasukan kamu berjaya menjadi johan kali ini!

a)

Syabas

b)

Cis

c)

Aduh

d)

Nah

20.

_____, begitu! Terima kasih, Ravin.

a)

Wah

b)

Amboi

c)

Eh

d)

Oh