WorksheetsBM T4 Kata Sendi Nama
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Cikgu Anis masuk ke kelas __________ memakai sepasang baju kebaya yang cantik.
hingga
daripada
oleh
dengan
Soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
pada
daripada
di
dari
Setiap tahun, kakak membantu ibu memasang langsir _________ malam Hari Raya Aidilfitri.
di
hingga
untuk
pada
Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
daripada
kepada
oleh
ke
Pihak polis sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.
daripada
dari
demi
dengan
Cadangan yang dikemukan oleh Hazim akan dipertimbangkan..........guru kelas mereka.
kepada
oleh
akan
pada
Pak Karim bekerja sebagai tukang kebun di Sek. Rendah Agama Bersepadu Muar ________________ tahun lalu.
daripada
sejak
antara
dari
Cikgu Putera bercerita kepada kami ____________ pengalamannya mendaki Gunung Kinabalu.
daripada
dengan
semasa
tentang
Ustazah Maria menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan ___________binatang.
terhadap
demi
hingga
oleh
Anak-anak gajah yang ditangkap oleh orang kampung itu berusia antara tiga ____________ empat tahun.
di
hingga
dengan
kepada
