wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TING 1 BAB 3 KOORDINASI DAN GERAK BALAS 1A

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan pusat kawalan homeostasis dalam manusia?

a)
b)
c)
d)
2.

Apakah kepentingan homeostatsis kepada manusia?

a)

Membantu menyingkirkan toksin dari badan

b)

Mengawal pertukaran gas melalui sistem respirasi

c)

Mengawal keseimbangan badan

d)

Mengawal atur suhu badan

3.

Apakah organ yang terlibat dalam mengawal atur suhu badan?

a)

Ginjal dan otak

b)

Kulit dan otak

c)

Plasma darah dan otak

d)

Sel darah merah dan otak

4.

Antara yang berikut yang manakah contoh homeostasis bagi manusia?

a)

Hibernasi

b)

Suhu badan menurun ketika demam

c)

Kadar degupan jantung semakin meningkat ketika berlari

d)

Berpeluh dalam keadaan sejuk

5.

Kandungan air di dalam badan Ravi meningkat dari aras normal. Antara yang berikut yang manakah merupakan gerak balas biologi yang berlaku kepada badan Ravi?

a)

Berasa dahaga

b)

Lebih banyak air kencing dihasilkan

c)

Ginjal mengurangkan penghasilan air kencing

d)

Air kencing yang pekat dihasilkan

6.

Haiwan yang manakah menjadi pasif dan bergerak dengan perlahan ketika cuaca sejuk?

a)

Kucing

b)

Beruang kutub

c)

Lebah

d)

Cicak

7.

Apakah yang berlaku pada stoma pada hari yang terlalu panas?

a)

Stoma terbuka

b)

Stoma akan tertutup

c)

Lebih banyak air tersejat

d)

Kadar transpirasi adalah tinggi

8.

Mengapakah kita menggigil dalam cuaca sejuk?

a)

Suhu badan meningkat

b)

Kurang tenaga dihasilkan

c)

Bulu roma condong dan rapat ke kulit

d)

Otot rangka mengecut dan mengendur seara aktif

9.

Rajah menunjukkan suatu situasi yang dialami oleh seorang remaja. Antara yang berikut, yang manakah gerak balas biologi yang berlaku pada remaja tersebut?

a)

Menggigil

b)

Salur darah mengecut

c)

Bulu roma condong dan rapat ke kulit

d)

Otot rangka mengecut dan mengendur secara aktif

10.

Rajah menunjukkan seekor kucing. Antara yang berikut, yang manakah gerak balas biologi yang ditunjukkan oleh kucing tersebut bagi mengawal suhu badannya?

a)

Menjelir lidah

b)

Menjilat bulu di badannya

c)

Berkubang di dalam lumpur

d)

Bermigrasi ke kawasan lain

11.

Antara yang berikut, yang manakah tidak berlaku apabila aktiviti cergas dilakukan?

a)

Respirasi sel meningkat

b)

Kadar pernafasan meningkat

c)

Kadar denyutan jantung menurun

d)

Darah mengangkut lebih banyak oksigen dan glukosa

12.

Homeostasis mengawal persekitaran yang berikut di dalam badan manusia KECUALI...

a)

pH

b)

Suhu

c)

Kandungan air

d)

Tekanan darah

e)

Berat badan

13.

Mengapakah muka kita kelihatan pucat apabila berada di tempat yang terlalu sejuk?

a)

Demam sejuk

b)

Salur darah menjauhi kulit

c)

Badan penat menggigil

d)

Kekurangan air

14.

Kulit lebah dilapisi oleh lapisan lilin.


Apakah fungsi lapisan lilin itu pada lebah?

a)

Mengelakkan lebah dari dibunuh pemangsa

b)

Menyerlahkan warna kuning lebah

c)

Mengelak kehilangan air dalam badan

d)

Bernafas dengan lebih laju

15.

Stoma pada tumbuhan akan tertutup bagi mengelakkan air berlebihan tersejat apabila tiba waktu...

a)

siang

b)

petang

c)

malam

d)

pagi

16.

Bagaimanakah kaktus yang hidup di kawasan yang kering dan panas dapat mengurangkan kehilangan air di dalamnya?

a)

Tumbuh dengan perlahan

b)

Daun yang berduri

c)

Akar yang sangat panjang

d)

Fotosintesis pada waktu malam

17.

Gambar menunjukkan keadaan satu tumbuhan pada waktu siang yang panas terik. Apakah proses yang menyebabkan pokok bunga itu berkeadaan sedemikian?

a)

Translokasi

b)

Transpirasi

c)

Fotosintesis

d)

Respirasi

18.

Ketika melakukan latihan berat, seorang atlet bernafas tercungap-cungap. Antara yang berikut, yang manakah paling tepat dalam menerangkan mengapa ini terjadi?

a)

Kadar degup jantung yang pantas membuatkan atlet kesukaran bernafas

b)

Badan atlet mengalami kekurangan oksigen kerana penggunaan oksigen oleh sel pada masa melakukan senaman berat melebihi bekalan ke sel. Gerak balas atlet mempercepatkan pertukaran gas respirasi di dalam tubuhnya.

c)

Badan atlet mengandungi gas karbon dioksida yangg tinggi disebabkan oleh aktiviti berat. Gerak balas atlet membantu mempercepatkan penyingkiran gas karbon dioksida

d)

Atlet tercungap-cungap untuk mendapatkan gas oksigen

19.

Ahmad sedang berehat di dalam bilik berpendingin hawa ketika bekalan dalam elektrik tiba-tiba terputus. Suhu dalam bilik mula menaik. Selepas 5 minit, Ahmad mula berpeluh. Selepas 10 minit, Ahmad semakin banyak berpeluh sehingga membasahi bajunya. Mengapakah ini berlaku?

a)

Ahmad berpeluh dengan banyak selepas 10 minit kerana dia minum terlalu banyak air.

b)

Ahmad berpeluh dengan banyak selepas 10 minit kerana apabila suhu menaik, salur darahnya mengembang dan membebaskan lebih banyak haba

c)

Ahmad berpeluh dengan banyak selepas 10 minit kerana kelenjar peluh menghasilkan lebih banyak peluh ketika suhu semakin meningkat. Lebih banyak air peluh menyejat, lebih banyak haba terbebas dari badan Ahmad

d)

Ahmad berpeluh dengan banyak selepas 10 minit kerana lebihan air dalam tubuh Ahmad perlu dikeluarkan untuk mengekalkan homeostasis

20.

Apakah yang akan berlaku kepada stoma jika tumbuhan dibiarkan di kawasan terbuka semasa musim kemarau?

a)

Stoma akan terbuka untuk menggalakkan proses penyedutan dan pengedaran air dan garam mineral dari akar ke daun.

b)

Stoma akan tertutup untuk membenarkan daun menjalankan fotosintesis

c)

Stoma akan terbuka sedikit untuk membenarkan hanya sedikit air tersejat melalui proses transpirasi

d)

Stoma akan tertutup untuk mengurangkan kadar air yang tersejat melalui proses transpirasi

21.
Menggigil apabila kesejukan menghasilkan haba dalam badan.
a)
Betul
b)
Salah
22.

Berikut merupakan mekanisme pembetulan yang berlaku apabila kandungan air dalam badan meningkat kecuali

a)

otak merangsang rembesan hormon supaya ginjal menambahkan penghasilan air kencing

b)

berasa dahaga

c)

kandungan air dalam badan menurun

d)

lebih banyak air kencing dihasilkan

23.

Berikut merupakan organ-organ yang terlibat dalam kawal atur suhu badan kecuali

a)

Otot rangka

b)

kulit

c)

otak

d)

pankreas

24.

Pada hari sejuk, suhu badan akan menurun. Perubahan ini dikesan oleh otak. Berikut merupakan mekanisme pembetulan yang akan dikawal atur oleh homeostasis kecuali

a)

salur darah mengecut

b)

bulu roma menegak dan kurang berpeluh

c)

air kencing sedikit

d)

Badan menggigil

25.

"menutup spirakel antara dua gerakan pernafasannya untuk mengurangkan kehilangan air"


Pernyataan di atas adalah homeostasis bagi haiwan di bawah kecuali?

a)
b)
c)
d)
26.

Apakah proses kehilangan air dalam tumbuhan ?

a)

Fotosintesis

b)

Homeostasis

c)

Respirasi

d)

Transpirasi

27.

Mengapakah proses Transpirasi penting kepada tumbuhan?

a)

memastikan tumbuhan dapat bercambah dengan baik

b)

menyejukkan tumbuhan pada hari panas

c)

membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut air dan mineral dari tanah ke seluruh bahagian tumbuhan

d)

membantu tumbuhan menghasilkan buah

28.

Semasa proses transpirasi, air tersejat daripada daun melalui bukaan ________


Pernyataan di atas merujuk kepada ?

a)

kloroplas

b)

stoma

c)

akar

d)

pucuk

29.

Pernyataan di bawah merupakan kepentingan homeostasis kepada manusia dan benda hidup kecuali

a)

aktiviti sel dalam badan dalam keadaan optimum

b)

memastikan kelancaran tindak balas kimia dalam sel hidup

c)

darah dapat diangkut ke seluruh bahagian anggota badan dengan pantas

d)

menyediakan keadaan optimum dalam badan supaya sel dapat melakukan fungsi dengan baik

30.

Suhu badan normal bagi manusia ialah ...

a)

35℃

b)

36℃

c)

37℃

d)

38℃