Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penjodoh Bilangan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Opah mengambil .................... rambutan untuk diberikan kepada cucunya.

a)

sesisir

b)

setandan

c)

setangkai

d)

sehelai

2.

Ibu Aleeya membeli .................... pisang di pasar untuk digoreng pada waktu petang.

a)

setandan

b)

sesikat

c)

sebiji

d)

sebuah

3.

Adik Alham hanya mampu makan .................... durian sahaja kerana sudah kenyang.

a)

sepangsa

b)

sehiris

c)

seikat

d)

setongkol

4.

Humairah menyuapkan .................... limau kepada adiknya yang berumur 10 bulan.

a)

seketul

b)

sebiji

c)

seulas

d)

sebakul

5.

Datuk Arif membela .................... lembu di hujung kampung sebagai punca pendapatannya.

a)

sereban

b)

sepondok

c)

serumah

d)

sekandang

6.

Azif membawa .................... jagung bakar ke sekolah pada setiap hari.

a)

setandan

b)

sebutir

c)

setongkol

d)

sesikat

7.

Hakim membeli seratus .................... sate di pasar malam semalam.

a)

cocok

b)

keping

c)

pinggan

d)

cucuk

8.

Ibu Ery menuang .................... kari ke dalam mangkuk untuk dicecah dengan roti canai.

a)

setalam

b)

sesenduk

c)

semangkuk

d)

sekawah

9.

Datuk Muhaimin menyumbangkan 50 .................... beras kepada mangsa banjir di daerah Hulu Selangor.

a)

lori

b)

guni

c)

baldi

d)

genggam

10.

Balqis tidak jadi makan nasi goreng di warung itu kerana dia terjumpa .................... rambut di dalam pinggannya.

a)

segenggam

b)

sekeping

c)

sejengkal

d)

seurat

11.

Oleh kerana bekalan air dicatu, Danial hanya menggunakan .................... air untuk mandi.

a)

setangki

b)

sebaldi

c)

sekolah

d)

selori

12.

Ikhwan membawa seratus .................... nasi lemak ke masjid sebagai sedekah untuk majlis berbuka puasa.

a)

kotak

b)

piring

c)

bungkus

d)

talam

13.

Nazmi adalah merupakan .................... murid yang pendiam di dalam kelas 4 Zuhal.

a)

sekumpulan

b)

sebarisan

c)

seorang

14.

Anaqah mempunyai .................... gigi yang cantik sekali di dalam sekolah ini.

a)

sebatang

b)

sebaris

c)

seruas

d)

sebentuk

15.

Ayah Zaquan akan membeli .................... surat khabar setiap pagi.

a)

sehelai

b)

sebuku

c)

sekeping

d)

senaskhah

16.

Aqil akan minum .................... susu setiap malam sebelum masuk tidur.

a)

sebotol

b)

segelas

c)

seteko

d)

sebalang

17.

Safwan membelikan ibunya cincin yang bertakhtakan ....................permata.

a)

sebutir

b)

sebiji

c)

sebuah

d)

seketul

18.

Irfan memesan .................... laksa di kantin sekolah setiap hari Jumaat.

a)

sepinggan

b)

sekoleh

c)

sesenduk

d)

semangkuk

19.

Abqari membeli ....................ubat batuk di Farmasi Bandar Baru Batang Kali.

a)

sebungkus

b)

sekotak

c)

sebotol

d)

sesudu

20.

Pihak bomba menjumpai .................... mancis di tempat kejadian dan akan dijadikan bahan kes bagi siasatan punca kebakaran pusat tahfiz tersebut.

a)

sebiji

b)

sebatang

c)

sebuah

d)

sekotak