Font size
WorksheetsPBD Sejarah T. 4 Bab 3.4 -3.9 Pendudukan Jepun
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
8. Berikut merupakan kawasan manakah Perang Dunia Kedua berlaku di Asia Pasifik kecuali......
A Lautan Pasifik
B Tanah Besar Asia
C Kepulauan Laut Mediteranean
D Kepulauan Asia Tenggara
9. Bagi memenuhi keperluan ekonomi dan ketenteraan, Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa. Perluasan kuasa Jepun berkait rapat dengan ..
I Dendam terhadap orang Cina
II Keperluan perindustrian
III Pengaruh golongan tentera
IV Menyebarkan tamadun
A I dan IV
B II dan III
C III dan IV
D I dan II
10. Apakah reaksi pihak Bersekutu setelah Jepun berjaya menguasai Korea,Manchuria, China, Pulau Hainan dan Indochina?
A Menyerang pangkalan tentera Jepun
B Menyertai Jepun dalam perluasan kuasa
C Memberikan sokongan ketenteraan
D Mengenakan sekatan ekonomi
11. Perang Dunia Kedua bermula setelah Jepun menyerang .......
I Tanah Melayu
II China
III Pearl Harbour
IV Filipina
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
12. Apakah antara propaganda yang digunakan oleh Jepun untuk menambat hati orang di Asia Tenggara?
A Semangat Asia
B Bersama Jepun Bangkit
C Asia untuk Orang Barat
D Jepun negara matahari terbit
13. Senarai yang berikut merujuk slogan yang digunakan oleh pihak Jepun.
* Semangat Asia
* Asia untuk orang Asia
* Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya
Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut?
A Meluaskan kuasa
B Menyatukan wilayah
C Menyebarkan ideologi
D Menamatkan penjajahan
14. Pendaratan pertama Jepun pada 8 Disember 1941 adalah di...........
I Jitra, Kedah
II Pulau Pinang
III Muar, Johor
IV Kota Bharu, Kelantan
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I dan IV
15. Kejayaan tentera Jepun menguasai Sabah dan Sarawak apabila berjaya mendarat di?
A Sandakan
B Miri
C Kuching
D Labuan
Misi utama kedatangan Jepun ke negara kita ialah memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan ketenteraan. Apakah tindakan Jepun untuk mencapai misi tersebut?
Menggunakan tipu helah
Melaksanakan provokasi
Mengadakan propaganda
Melakukan pemalsuan dokumen
Bagaimanakah perancangan strategi tentera Jepun untuk mara ke selatan negara kita?
Berpecah kepada dua pasukan
Bergerak melalui jalan laut
Bersekongkol dengan lanun
Bergabung dengan Bintang Tiga
Bagaimanakah corak sistem pemerintahan Jepun di Tanah Melayu?
Sistem monarki
Sistem autokratik
Sistem demokrasi
Sistem ketenteraan
Tentera Jepun telah menggabungkan Sarawak, Sabah dan Brunei menjadi satu unit pentadbiran. Apakah gelaran pentadbiran tersebut?
Hakka Ichiu
Kita Boruneo
Koa Kunrenjo
Nippon Seishin
Institut ini ditubuhkan untuk melatih dan menanamkan semangat memperjuangkan cita-cita politik Jepun dalam kalangan penduduk tempatan.
Hakka Ichiu
Kita Boruneo
Koa Kunrenjo
Nippon Seishin
Kedudukan Raja-raja Melayu mendapat pengiktirafan daripada tentera Jepun. Pilih DUA pengiktirafan tersebut.
Mengetuai adat Melayu
Mengawal undang-undang
Memimpin pentadbiran pusat
Memperoleh bayaran pencen
Mengapakah kad catuan makanan diperkenalkan semasa pendudukan Jepun di negara kita?
Mengawal penjualan barangan keperluan asas
Mewajibkan pembelian produk barangan Jepun
Mengesan kegiatan menyorok bekalan makanan
Menggalakkan penduduk mengusahakan tanaman
Tentera Jepun membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara. Apakah tipu muslihat tentera Jepun bertindak sedemikian?
Memecahbelahkan kaum
Memperoleh sumber kewangan
Memulihkan kepercayaan rakyat
Menguasai negara India
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) menubuhkan pasukan gerila MPAJA?
Menghadapi serangan balas British
Mengelakkan kekejaman tentera Jepun
Menguasai pentadbiran di Tanah Melayu
Mendapat sokongan masyarakat tempatan
Apakah kesan tindakan Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA?
Meningkatkan serangan gerila
Menimbulkan ketegangan kaum
Memperoleh tuntutan kemerdekaan
Mengeratkan kerjasama masyarakat
Siapakah anggota Force 136 yang menerima jolokan "Harimau Malaya"?
Kapten Ibrahim Ismail
Tengku Mahmood Mahyidden
Yeop Mahidin Mohamed Shariff
Tengku Osman Tengku Mohd Jiwa
Operasi Zipper dilancarkan oleh Force 136 dan British pada tahun 1945. Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?
Melindungi pekerja ladang getah
Mengatasi kemelesetan ekonomi
Menawan semula Tanah Melayu
Membangunkan industri tempatan
Apakah sumbangan tokoh berikut?
- Gurchan Singh
- Sybil Kathigasu
Menjadi perisik tentera
Melakukan kegiatan anti-Jepun
Menyebarkan propaganda British
Mengetuai serangan terhadap Jepun
Albert Kwok telah mengetuai pemberontakan Jesselton atau Double Tenth di Sabah. Apakah matlamat pemberontakan tersebut?
Menentang pendudukan tentera Jepun
Mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu
Menyekat penguasaan ekonomi oleh British
Menghalang pendaratan pasukan Bersekutu
Mengapakah Amerika Syarikat melakukan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia Kedua?
Kekuatan Kuasa Paksi bertambah
Keadaan ekonomi makin merosot
Keinginan menguji kekuatan senjata
Kegiatan menamatkan perang dunia
Apakah kesan kelewatan British kembali ke Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun?
Penguasaan Bintang Tiga
Keretakan hubungan kaum
Kemasukan tentera Bersekutu
Perebutan tampuk pemerintahan
Ketegangan antara kaum berlaku di Kuching, Sarawak selepas Jepun menyerah kalah. Bagaimanakah tentera Australia mengatasi situasi tersebut?
Menghimpunkan semua etnik
Memecat pemimpin yang terlibat
Mengenakan perintah berkurung
Meminta bantuan Raja-raja Melayu
Siapakah yang menubuhkan MPAJA ?
British
Jepun
PKM
Mengapakah MPAJA ditubuhkan?
Untuk menentang British
Untuk menentang Jepun
Untuk menentang Komunis
MPAJA telah bekerjasama dengan Force 136 untuk menentang Jepun dan Jepun telah menerima bantuan kewangan, ubat-ubatan dan latihan ketenteraan daripada British. Mengapakah British berbuat demikian?
Untuk menyingkirkan komunis
Untuk menentang Jepun
Untuk menghalang kuasa Barat
Anggota Force 136 telah menubuhkan pasukan gerila. Apakah maksud gerila ?
Perang secara bersembunyi
Perang bersemuka
Perang dingin
Apakah aktiviti rahsia Force 136 dan Pertubuhan Gerila Melayu di Tanah Melayu?
Melakukan serang terbuka
Melakukan sabotaj
Melakukan persembunyian
Bagaimanakah tokoh ini menentang Jepun?
Menggunakan senjata
Menggunakan risalah dan propaganda
Menggunakan serang hendap
Bagaimanakah pemberontakan Double Tenth dijalankan?
Menyerang balai polis
Menggunakan risalah
Menyebarkan propaganda
"Asia untuk Orang Asia". Mengapakah slogan ini digunakan oleh Jepun ?
Untuk membina semangat juang tentera Jepun
Untuk menarik perhatian dan sokongan penduduk tempatan
Untuk memajukan ekonomi British
Bagaimanakah Jepun mengawal pergerakan politik di Sarawak ?
Menggunakan perisikan
Melalui pemantauan kempetai
Melalui persatuan yang ditaja oleh tentera Jepun
Serangan Jepun ke atas Singapura telah ditentang hebat
oleh Rejimen Askar Melayu.
Siapakah pemimpin pasukan ini?
Leftenan Adnan Saidi
Ibrahim Haji Yaacob
Dato Onn Jaafar
Lim Bo Seng
Mengapakah KMM bekerjasama dengan Jepun?
KMM tidak suka dengan British
Jepun menjanjikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
Mendapat pengaruh
KMM ingin menjadi ketua pemerintah
Operasi yang dilancarkan oleh tentera Bersekutu di bawah Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Australia untuk menentang Jepun di Sarawak dikenali sebagai...
Operasi Gerak Khas
Operasi Double Mission
Operasi Semut
Mission Impossible
Semua pertubuhan berikut telah bertindak menentang pentadbiran tentera Jepun kecuali
KMM
MPAJA
Force 136
Pasukan Wataniah Pahang
Maharaja Hirohito telah mengumumkan penyerahan kalah Jepun dalam Perang Pasifik ekoran daripada peristiwa pengeboman Amerika Syarikat ke atas ...
Osaka
Nagasaki
Hiroshima
Tokyo
Mengapakah perjuangan KRIS untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia (Indonesia Raya atau Melayu Raya) gagal?
Keengganan Jepun mengiktirafkanya
Kekurangan sokongan Indonesia
Kelemahan pemimpin
Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua
Mengapakah Bintang Tiga berjaya mengambil alih penguasaan Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada 15 Ogos 1945?
Bintang Tiga telah diamanahkan oleh British
Jepun menyerahkan Tanah Melayu kepada Bintang Tiga
Wujud kekosongan kuasa politik
Tiada pihak yang sanggup mengambil alih
Apakah tujuan pembentukan gerakan Fi-Sabilillah?
Mempertahankan hak dan harta
Mempertahankan maruah bangsa
Memelihara takhta dan kedudukan
Mengelak campur tangan kuasa asing
Apakah peranan tokoh di atas dalam aspek kestabilan politik sebelum kedatangan semula tentera British ke Tanah Melayu?
Memimpin Bintang Tiga
Menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan
Menyalurkan maklumat kepada British
Menjayakan rancangan tentera Bersekutu
Pada awalnya, Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran untuk membentuk....
Kawasan Pertahanan Khas
Kawasan Kesemakmuran Asia
Kawasan Permerintahan Khas
Kawasan Gabungan Sumatera Asia
Antara negeri yang telah dipindahkan di bawah pentadbiran kerajaan Thailand ialah.....
Kedah
Selangor
Kelantan
Johor
Terengganu
Apakah sistem ekonomi yang diperkenalkan untuk mengawal selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan kegunaan baharu bagi sumber tempatan?
Rancangan Pengeluaran Lima Tahun
Rancangan Perindustrian Lima Tahun
Jawatankuasa Penyelidikan Bahan
Jawatankuasa Pengeluaran Bahan
Apakah yang telah diperkenalkan oleh tentera Jepun untuk mengawal bekalan barangan akibat kekurangan makanan?
Kempen Tambah Lebih Banyak Makanan
Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting
Pendidikan untuk mengajar cara menanam
Peraturan mengawalan barangan
Apakah yang membuktikan kekejaman Jepun?
Pembuatan kerja berat
Kekurangan makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk
Landasan Kereta Api Maut
Penularan penyakit
Apakah nama novel yang digambarkan oleh masyarakat awam terhadap kekejaman tentera Jepun?
Sekuntum Malar di pergelangan tangan
Nyawa di-sanjung Tinggi
Nyawa di-hujong Pedang
Sebentuk cincin tanda bahagia
Bagaimanakah Bintang Tiga mentadbir Tanah Melayu?
i. Memperkuatkuasa undang-undang sendiri
ii. Menubuhkan mahkamah yang dikendalikan oleh Komunis
iii. Bekerjasama dengan British.
iv. Memberi layanan yang baik terhadap orang Melayu
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
