wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KONFLIK DAN STRES : APAKAH PUNCANYA?

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Situasi Konflik :


Kakak mengalihkan buku-buku adik kerana titisan air daripada pendingin hawa jatuh mengenai buku-buku tersebut.


Adik yang baru pulang dari sekolah mencari buku-buku di meja belajarnya. Adik memarahi kakak apabila mendapati buku-bukunya dialihkan ke tempat lain.

a)

persaingan

b)

salah faham

c)

mementingkan diri sendiri

2.

Situasi Konflik :


Arabella berlatih bermain cello dengan gigih. Walaupun dia keletihan, dia tetap memaksa dirinya untuk meneruskan latihan. Arabella tidak mahu dipandang rendah dan dikatakan menumpang tuah kakaknya.


Isabella merupakan kakak Arabella. Isabella merupakan pelajar muzik yang pintar dan berbakat. Isabella sentiasa mendapat pujian dan perhatian, ke mana sahaja Isabella pergi, dia pasti menjadi tarikan.

a)

keinginan tidak dipenuhi

b)

pendapat tidak diterima

c)

persaingan

3.

Situasi Konflik :


Adik menangis sekuat hatinya di hadapan kedai Mr Diy kerana mahukan permainan baharu. Ibu dan ayah tidak mahu menuruti permintaannya kerana adik sudah dibelikan permainan baharu sebelum ini.

a)

Keinginan tidak dipenuhi

b)

Inginkan kesempurnaan

c)

Salah faham

4.

Situasi Konflik :


Ariana menulis karangannya berulang kali. Setiap satu kesalahan akan dipadam dan ditulis semula. Tambahan lagi, Ariana mahu bentuk tulisannya kemas dan cantik. Sudah 2 jam Ariana duduk di meja tulis, tapi karangan Ariana baru 3 perenggan. Ariana mahu menangis kerana Ariana kepenatan.

a)

Tidak menghormati hak orang lain

b)

Inginkan kesempurnaan

c)

Mementingkan diri

5.

Situasi Konflik :


Pak Abu memarkir kenderaannya sehingga menghalang laluan pagar rumah jiran. Pak Abu tidak mahu memarkir kenderaannya di ruang parkir dalam pagar rumahnya kerana anak-anaknya mahu bermain di situ. Jiran Pak Abu meminta Pak Abu bertolak ansur dengan memarkir kereta di tempat lain, sebaliknya Pak abu memarahi jirannya dan mengatakan kawasan jalan di luar rumah adalah bukan milik mereka.

a)

Salah faham

b)

Persaingan

c)

Mementingkan diri sendiri

6.

Situasi Konflik :


Susy memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang kerap terputus di kampung mereka. Walau bagaimananapun, cadangan Susy ditolak mentah-mentah oleh orang-orang tua di kampung. Susy berasa jauh hati dan tidak mahu lagi terlibat dengan mesyuarat jawatankuasa kampung.

a)

keinginan tidak dipenuhi

b)

persaingan

c)

pendapat tidak diterima

7.

Situasi Konflik :


Salim tinggal di sebuah sekolah berasrama. suatu hari, Salim kehabisan ubat gigi. Salim terlihat ada ubat gigi dalam bekas alatan mandi Ali. Salim terus mengambil ubat gigi tersebut dan meninggalkannya di atas singki. Puas Ali mencari ubat giginya, Ali tidak berani mengambil ubat gigi yang dilihatnya di singki kerana bimbang jika itu milik orang lain.

a)

Salah faham

b)

Mementingkan diri

c)

Persaingan

d)

Tidak menghormati hak orang lain

8.

Nyatakan apakah punca situasi konflik ini.

a)

salah faham

b)

persaingan

9.

Nyatakan apakah punca situasi konflik ini.

a)

salah faham

b)

persaingan

10.

Nyatakan situasi konflik yang paling tepat untuk situasi di bawah.

a)

Persaingan

b)

Pendapat tidak diterima

c)

Inginkan kesempurnaan