wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BULANAN BM TAHUN 6 SK SULTAN IDRIS II

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

“Bilakah _____________akan menjalani latihan

bola sepak?” tanya Zakwan kepada rakan

sepasukannya.

a)

A- kita

b)

B- anda

c)

C- kami

d)

D - kalian

2.

“Kamu pasti______________ menjawab semua

soalan jika kamu mengulang kaji pelajaran

dengan tekunnya,” kata Cikgu Amri kepada

murid-muridnya.

a)

A pernah

b)

B dapat

c)

C sedang

d)

D baru

3.

Mak Aina asyik berbual dengan jirannya

hingga______________ nasi yang dimasaknya di atas

dapur.

a)

A tengik

b)

B lemau

c)

C hangit

d)

D hangus

4.

“Pengawal, izinkan ____________ masuk

menghadap ___________ sultan untuk melaporkan

kes kecurian di pelabuhan Melaka,” kata

Temenggung kepada pengawal istana.

a)

A patik ... baginda

b)

B hamba ... baginda

c)

C patik ... tuan hamba

d)

D hamba ... tuan hamba

5.

Bendahara: Baginda akan _____________

untuk menyampaikan bantuan

makanan kepada rakyat jelata di

balairung istana pada pagi esok.


Laksamana: Baiklah, akan hamba uruskan

segala persiapan dengan segera.

a)

A menerima menghadap

b)

B menjunjung titah

c)

C merafak sembah

d)

D mencemar duli

6.

Bulu tangkis yang dipukul oleh Malek jatuh

di penjuru _________________

a)

A jejari

b)

B kekuda

c)

C tetulang

d)

D gelanggang

7.

Sebagai tetamu, kita perlu menjaga ______________

ketika menghadiri sesuatu majlis untuk

menjamin kelancaran majlis tersebut.

a)

A tatasusila

b)

B tatatertib

c)

C tatakerja

d)

D tatacara

8.

Firdausy __________idea untuk menyiapkan

karangan yang diberikan oleh guru Bahasa

Melayunya.

a)

A kekeliruan

b)

B kebuntuan

c)

C keberatan

d)

D kepekaan

9.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi

mengisi tempat kosong.


Beliaulah yang menjadi ___________dalam

projek khidmat masyarakat itu.

a)

A ulat buku

b)

B puteri lilin

c)

C telinga lintah

d)

D tulang belakang

10.

Pak Saiful bekerja keras untuk menanggung kos

pengajian anaknya di universiti.


Pilih perkataan sinonim bagi menanggung.

a)

A mengatasi

b)

B membiayai

c)

C memenuhi

d)

D merangkumi

11.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulnya.

I Azra dan adik-adiknya tinggal di rumah Nek Semah sejak ibu bapa mereka meninggal dunia.

II Duit simpanannya di dalam bank tinggal tiga ratus ringgit sahaja.

III Murid-murid yang tinggal dalam pelajaran mudah terlibat dengan masalah sosial.

IV Permainan tradisional ialah warisan budaya tinggal nenek moyang kita.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I dan IV

d)

D III dan IV

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Pembinaan bangunan tambahan sekolah itu diminta oleh penduduk supaya dicepatkan kerana bilangan murid yang semakin bertambah.

a)

A Siapakah yang meminta pembinaan bangunan tambahan sekolah itu?

b)

B Mengapakah pembinaan bangunan tambahan sekolah itu perlu dicepatkan?

c)

C Bilakah penduduk meminta pembinaan bangunan tambahan sekolah itu dicepatkan?

d)

D Bagaimanakah pembinaan bangunan tambahan sekolah itu dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah?

13.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Berapakah jumlah murid yang menyertai Kem Motivasi anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru?

a)

A Saya menyertai Kem Motivasi itu juga.

b)

B Saya tidak pasti bilangan murid yang menyertainya.

c)

C Kem Motivasi itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

d)

D Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang menganjurkan Kem Motivasi itu.

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan terhadap pemilik gerai yang tidak mematuhi undang-undang.

a)

A Pemilik gerai akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.

b)

B Pihak berkuasa tempatan akan dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi undang undang.

c)

C Pemilik gerai yang tidak mematuhi undang undang akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.

d)

D Tindakan akan dikenakan kepada pihak berkuasa yang membiarkan pemilik gerai tidak mematuhi undang-undang.

15.

Pilih ayat yang betul.


I Murid-murid di pusat sumber mengulang kaji pelajaran dengan tekunnya.

II Selepas makan dan membaca buku, Aidil terus bermain pada padang.

III Kita mestilah amanah oleh tanggungjawab yang diberikan kepada kita.

IV Adik Ijan memberikan lobak kepada arnab peliharaannya.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I dan IV

d)

D III dan IV

16.

Semua mangsa banjir di Kampung Bahagia bersyukur kerana ____________ menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan.

a)

A dia

b)

B kita

c)

C kami

d)

D mereka

17.

Syahmi ___________ memperuntukkan masa selama 20 minit untuk bersenam pada setiap hari

a)

A akan

b)

B dapat

c)

C pernah

d)

D sedang

18.

Air Sungai Senangin sangat __________ dan berlumpur kerana pada malam tadi hujan turut dengan lebatnya.

a)

A cetek

b)

B keruh

c)

C tenang

d)

D banyak

19.

“Titah __________ akan ___________ laksanakan dengan segera,” kata Laksamana kepada Sultan Muzaffar Syah.

a)

A tuanku ... beta

b)

B tuanku ... patik

c)

C baginda ... hamba

d)

D tuan hamba ... hamba

20.

Laksamana: Eloklah tuan hamba menghadap baginda pada esok hari kerana

baginda sedang _____________

di kamar diraja.

Temenggung: Baiklah, hamba menurut kata tuan hamba.

a)

A beradu

b)

B bersiram

c)

C bersantap

d)

D bersemayam

21.

Tokoh korporat yang terkenal di negara kita itu sedang ___________oleh sekumpulan wartawan.

a)

A ditemu duga

b)

B disoal siasat

c)

C ditemu bual

d)

D diuji kaji

22.

Karnival keusahawanan yang berlangsung di ibu kota itu dihadiri oleh para ________________

muda dari seluruh negara.

a)

A karyawan

b)

B wartawan

c)

C usahawan

d)

D bangsawan

23.

Kak Qurratu ______________ beg pakaiannya sewaktu mengharungi banjir.

a)

A mengelek

b)

B menjinjing

c)

C menjunjung

d)

D mengendong

24.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

“Nampaknya kita terpaksa ____________kerana bekalan makanan kita semakin berkurang,” kata Seri Qaisara kepada rakan-rakannya.

a)

A ikat perut

b)

B alas perut

c)

C makan hati

d)

D makan diri

25.

Mereka mengutip derma untuk membantu mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh itu.

Pilih perkataan sinonim bagi mengutip

a)

A mencari

b)

B mengaut

c)

C memungut

d)

D mengambil

26.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulnya.

I Hubungan persahabatan mereka menjadi berat sejak kejadian tempoh hari.

II Penderitaan itu terlalu berat untuk ditanggung oleh Hanim dan keluarganya.

III Pemuda yang berbadan sasa itu dapat mengangkat kotak yang berat itu dengan mudahnya.

IV Beberapa soalan yang diuji dalam pertandingan teka silang kata itu amat berat hingga tidak dapat dijawab oleh para peserta.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I dan IV

d)

D III dan IV

27.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan terutamanya dalam kalangan remaja untuk melahirkan generasi yang berilmu.

a)

A Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk melahirkan generasi yang berilmu?

b)

B Mengapakah perpustakaan awam perlu dimanfaatkan terutamanya dalam kalangan remaja?

c)

C Bilakah generasi yang berilmu perlu memanfaatkan perpustakaan awam?

d)

D Bagaimanakah perpustakaan awam dapat dimanfaatkan oleh golongan remaja?

28.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Apakah tindakan yang diambil oleh penduduk Taman Cempaka untuk mengatasi kes kecurian di kawasan kediaman mereka?

a)

A Kes kecurian itu berlaku di sekitar kawasan Taman Cempaka.

b)

B Mereka berkawal pada waktu malam untuk mengelakkan kejadian itu terus berlaku.

c)

C Penduduk Taman Cempaka telah mengenal pasti pihak yang terlibat dengan kes kecurian itu.

d)

D Penduduk Taman Cempaka berharap agar tindakan akan diambil untuk mengatasi kes kecurian di kawasan kediaman mereka.

29.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Irfan mengajak Li Guan menyertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan.

a)

A “Li Guan, kamu mesti menyertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan,” kata Irfan kepada Li Guan.

b)

B “Li Guan, marilah sertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan,” kata Irfan kepada Li Guan.

c)

C “Irfan, jangan lupa untuk menyertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan,” kata Li Guan kepada Irfan.

d)

D “Irfan, jika kamu tidak menyertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan, kamu akan didenda,” kata Li Guan kepada Irfan.

30.

Pilih ayat yang betul.


I Budak lelaki itu hampir-hampir dilanggar kereta tetapi melintas jalan.

II Umairah terkejut bila diumumkan sebagai pemenang pertandingan bercerita.

III Saya benar-benar yakin bahawa Amril dan Izwan tidak terlibat dalam pergaduhan itu.

IV Cikgu Kamaruzzaman menasihati murid muridnya supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I dan IV

d)

D III dan IV