wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI KOMSAS T4

Total questions: 33

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja:


Kaduk tidak berpelajaran tinggi, tetapi cucunya iaitu Hakim berkelulusan

a)

Diploma

b)

PT3

c)

SPM

d)

Ijazah

2.

Peguam Hakim berjaya menyakinkan mahkamah bahawa ayam yang ditukar kepada raja memang milik sebenar Pak Kaduk. Apakah nama ayam berkenaan?

a)

Ayam Kunina

b)

Ayam Kunani

c)

Ayam Kunena

d)

Ayam Jantan

3.

Siapakah yang menjadi peguam bela kes Hakim di mahkamah?

a)

Azman

b)

Syarikat Raja

c)

Aziz

d)

Azam

4.

Latar tempat yang terdapat dalam cerpen Kaduk, Ayam dan Raja ialah ...

a)

istana raja - tempat raja bersemayam

b)

mahkamah - tempat perbicaraan kes tuntutan tanah Pak Kaduk

c)

reban ayam - tempat Hakim menjalankan penternakan ayam

d)

tanah empat ekar peninggalan Pak Kaduk

5.

Setelah setahun menjalankan perusahaan penternakan ayam, Hakim berhadapan dengan masalah dibebani hutang kerana

a)

ayam-ayam Hakim berpenyakit

b)

pendapatannya digunakan untuk membayar hutang kepada Syarikat RAJA dan pihak bank

c)

kos penternakan ayam yang tinggi

d)

harga ayam jatuh di pasaran

6.

Soalan berikut berdasarkan Cerpen Munsyi;

Apakah dua sebab utama Bonda menghalang Mel berhijrah ke bandar?

a)

Jati diri goyah

b)

Akhlak lemah

c)

Bahasa lemah

d)

Ilmu belum mencukupi

7.

Apakah hubungan antara Bonda dengan Munsyi?

a)

Guru dan murid

b)

Rakan sekelas

c)

Rakan lama

d)

Bekas Suami

8.

Semasa berada di kota, Mel berasa ...

a)

Masyarakat tidak menghormati bahasa Melayu

b)

Masyarakat hidup bekerjasama dan aman damai

c)

Masyarakat melanggar hukum agama

d)

Masyarakat menjaga kelestarian alam

9.

Perkampungan Munsyi akhirnya ditebus guna dengan alasan menjalankan ...

a)

projek pembangunan

b)

pemodenan kampung

c)

pembangunan perindustrian

d)

projek perladangan

10.

Gurindan Dua Belas (Fasal yang Ketiga)


Lengkapkan persaoalan di bawah ini.


Semua ................. yang diajaga dengan baik dapat menghindarkan kita daripada melihat, mendengar atau menuturkan perkara yang tidak baik.

a)

cakerawala

b)

pancaindera

c)

anggota

d)

tubuh

11.

Apakah tema yang terungkap dalam gurindam ini?

a)

Nasihat menghormati kedua ibu bapa.

b)

Nasihat memelihara anggota diri.

c)

Nasihat menjaga keamanan.

d)

Nasihat menjaga maruah.

12.

Nyatakan tiga kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga tangan dan kakinya.

a)

Tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum agama.

b)

Tidak mengambil hak orang lain yang bukan milik kita.

c)

Mudah terjebak dalam kegiatan yang negatif.

d)

Sentiasa menggunakan tangan dan kaki untuk perkara yang bermanfaat.

13.

Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang makan sehingga kekenyangan?

a)

kita akan menjadi malas

b)

tidak berlaku pembaziran makanan

c)

terdedah kepada perbuatan yang dilarang

d)

kesihatan terganggu

14.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas.

a)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang kotor mengelakkan penyakit berjangkit

b)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat aktiviti keagamaan.

c)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang mendorong kepada maksiat.

d)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang sunyi dan gelap takut diragut dan dirompak.

15.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tiada senonoh.


Apakah yang dimaksudkan dengan fiil dalam rangkap puisi di atas?

a)

Perbuatan

b)

Akibat

c)

Khabar

d)

Terjaga

16.

Soalan di bawah ini berdasarkan Drama Berkhidmat Untuk Negara;

Di kem manakah Aiman akan ditempatkan?

a)

Kem Be Bana

b)

Kem Paya Indah Wetland

c)

Kem Teluk Sari

d)

Kem Majidi

17.

Drama Berkhidmat untuk Negara mengisahkan .......

a)

Hakim, cucu Pak Kaduk yang berusaha menuntu balik tanah datuknya yang dirampas oleh raja.

b)

Mel yang berhasrat untuk menetap di ibu kota tetapi dihalang oleh bondanya.

c)

Mas dan rakan-rakan melancong ke Turki.

d)

Aiman yang tidak mahu mengikuti program PLKN.

18.

Aiman berusaha untuk memujuk ayahnya, Khir Ghazali supaya ...

a)

Aiman dipilih menyertai PLKN.

b)

Aiman dipilih menyertai lawatan ke Turki.

c)

Aiman dikecualikan daripada menyertai PLKN

d)

Aiman dikecualikan daripada mengikuti lawatan ke Turki.

19.

Pilih contoh persoalan tanggungjawab seorang guru memberi pendedahan tentang PLKN kepada murid-muridnya.

a)

Contohnya, Khir Ghazali sangat menyayangi Aiman dan mahu Aiman menyertai PLKN supaya tidak terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah.

b)

Contohnya, Cikgu Dahari bertanggungjawab memberi pendedahan tentang Program Latihan Khidmat Negara dan kebaikan jika menyertai PLKN kepada para pelajarnya

c)

Contohnya, Aiman tidak menghormati Nek Sinah sebagai orang yang lebih tua.

d)

Ziman berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti program PLKN.

20.

Watak Khir Ghazali digambarkan sebagai ... apabila beliau tidak bersetuju dengan pendapat Aiman untuk mengecualikannya daripada mengikuti PLKN.

a)

seorang yang tegas

b)

seorang yang prihatin

c)

seorang yang rendah diri

d)

seorang yang penyayang

21.

Posmen minta diri daripada Aiman untuk menyambung tugasnya menghantar surat kepada pelanggan yang lain menunjukkan dia seorang yang ... dan ... dalam menjalankan tugas.

a)

amanah ... malas

b)

pantas ... cekap

c)

amanah ... bertanggungjawab

d)

bertanggungjawab ... cekap

22.

Apakah tindakan Nek Sinah yang menyebabkan Aiman marah kepadanya?

a)

Sering mengingatkan Aiman untuk melakukan segala perkara

b)

meminta Aiman untuk mencuci pinggannya sendiri

c)

Sering menasihati Aiman agar tidak tidur petang

d)

tidak sengaja menumpahkan air pada buku latihan Aiman

23.

Apakah harapan Aiman terhadap bapanya?

a)

Tidak menghantar Aiman ke Kem PLKN tersebut

b)

Tidak menandatangani surat kebenaran Kem PLKN

c)

Berbincang dengan ibunya agar tidak menghantarnya ke Kem PLKN

d)

Menggunakan kedudukan bapanya untuk mendapatkan pengecualian menghadiri kem PLKN

24.

Mengapa Aiman nekad untuk menyertai Kem PLKN?

a)

Melihat rakan-rakannya berubah dan berjaya setelah menghadiri PLKN

b)

Ayahnya berjanji memberi ganjaran sekiranya beliau mengikutinya

c)

Jumlah elaun yang ditawarkan tinggi

d)

Aiman dimarahi oleh ibu dan ayahnya

25.

Leftenan Adnan Wira Bangsa:


Apakah kebolehan seni kraf yang ada pada Mak Milah?

a)

membuat kuih

b)

menganyam tikar mengkuang

c)

memasak nasi lemak

d)

menjahit pakaian

26.

Adnan kerap membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun. Peristiwa ini menggambarkan perwatakan Adnan ...

a)

Seorang yang kuat

b)

Seorang yang baik

c)

Seorang yang rajin

d)

Seorang yang gigih berusaha

27.

Pilih dua peristiwa yang menunjukkan Pak Saidi ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.

a)

Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah dan menjemputnya balik dari sekolah.

b)

Pak Saidi meminta guru-guru sekolah Inggeris memberikan kelas tambahan kepada anaknya.

c)

Pak Saidi menuruti syarat bahawa Adnan dikehendaki memakai baju dan seluar baharu ke sekolah Inggeris.

d)

Pak Saidi membeli buku-buku rujukan tambahan kepada anak-anaknya.

28.

Apakah perjanjian Pak Saidi kepada Adnan setelah dia selesai berkhatan?

a)

Pak Saidi membelikan Adnan basikal baharu.

b)

Pak Saidi membawa Adnan ke bandar.

c)

Adnan tidak perlu menolong Pak Saidi di dusun selama dua bulan.

d)

Pak Saidi akan mengadakan majlis kenduri

29.

Embun pagi masih menitis di hujung daun. Hujan yang turun sepanjang malam tadi menjadikan cuaca pagi itu sejuk.

Apakah teknik plot yang digunakan dalam peristiwa yang diberi di atas?

a)

Imbas muka

b)

Pemerian

c)

Saspens

d)

Monolog dalaman

30.

Mak Milah tidak bersetuju Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi Pak Saidi berpendapat bahawa belajar di sekolah Inggeris...

a)

dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding dengan sekolah agama atau sekolah Melayu.

b)

dapat mempelajari bahasa Inggeris dan mempunyai masa depan yang cerah.

c)

dapat menjadi kakitangan kerajaan Inggeris pada masa depan.

d)

dapat menjadi guru di kampungnya

31.

Mengapakah orang kampung menyayangi Pak Saidi?

a)

Pak Saidi mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi tanah perkuburan dan menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung.

b)

Pak Saidi membenarkan penduduk kampung menanam buah-buahan di tanahnya tanpa meminta sewa.

c)

Pak Saidi mendermakan semua hartanya untuk pembangunan pendidikan di kampungnya dan mengajar anak-anak kampung bersilat.

d)

Pak Saidi menjadi pembakar semangat anak-anak mereka supaya rajin belajar

32.

Berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh penjajah Inggeris kepada keturunan pahlawan KECUALI

a)

dianggap sebagai keturunan penderhaka

b)

mereka akan diraikan secara istimewa

c)

tidak membenarkan keturunan penentangnya belajar di sekolah mereka

d)

Jika keturunan mereka pandai, mereka dihalang untuk memegang apa-apa jawatan

33.

Dengan adanya maktab itu nanti banyak orang Melayu dapat menjadi guru. Dengan peluang ini lebih banyak sekolah Melayu akan didirikan. Lebih banyak anak-anak Melayu dapat bersekolah. Sebelum ini British hanya menubuhkan sekolah Inggeris sahaja.


Apakah yang menyebabkan British mengubah dasar mereka?

a)

Desakan orang Melayu

b)

Keperluan British terhadap tenaga kerja

c)

Perubahan dasar British di England

d)

Pemerintahan ke arah kemerdekaan