Font size
WorksheetsKUIZ KERJAYA DAN MINDA SIHAT
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) selepas SPM perlu memastikan bahawa kursus atau bidang yang ditawarkan di IPTS berkenaan memenuhi standard dan kualiti yang ditetapkan oleh MQA. Yang manakah bukan peranan MQA?
Membudayakan Pendidikan Cemerlang
Menjamin kualiti kursus atau bidang yang ditawarkan oleh IPTS
Membantu pelajar membuat pemilihan kursus yang sesuai dengan pencapaian akademik mereka
Memberi perakuan akreditasi kepada program yang memenuhi kriteria dan standard
Antara berikut yang manakah BUKAN KELEBIHAN Revolusi Industri 4.0
Penggunaan robot dan mesin akan membuatkan sesuatu kerja atau proses pekerjaan menjadi lebih cepat dan cekap
Setiap hasil kerja dan produk akan dikeluarkan dengan berkualiti dan sistematik mengikut waktu yang ditetapkan
Akan wujudnya pekerjaan baharu yang tidak ada sebelum ini iaitu pengurus akaun media sosial
Golongan menengah rendah akan menjadi antara golongan yang terjejas kerana golongan tersebut akan digantikan dengan robot
Teori Kerjaya Holland
Individu dikatakan membentuk sikap dan mekanisme tingkah lakunya yang akan menjadi komponen penting dalam konsep kendiri untuk hidup seterusnya. Dalam pada itu, pengalaman akan memberikan latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan digunakan untuk membuat pemilhan terakhir
Idea asas teori ini muncul denagn andaian bahawa proses pemilihan kerjaya merupakan sebahagian daripada proses individu itu sendiri. Perkembangan kerjaya sudah dimulai sejak kanak-kanak sehingga pemilihan kerjaya di masa dewasa
Teori pendekatan struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan antara personaliti dengan persekitaran namun teori ini juga telah diperkembangkan dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang
Menekankan bahawa pengalaman pada zaman kanak-kanak memainkan peranan penting dalam mencapai kepuasan dalam bidang yang dipilih
Antara berikut yang manakah BUKAN tips sebelum sesi temuduga
Membuat kajian tentang syarikat yang bakal menemuduga
Menghubungi penemuduga untuk mengetahui soalan yang akan ditanya
Menyediakan resume dan dokumen penting
Menyusun segala dokumen yang diperlukan
Donald E. Super (dalam Brown & Brooks 1984) telah membahagikan perkembangan konsep kendiri kepada lima peringkat. Antara tahap berikut, peringkat yang manakah menunjukkan peringkat perkembangan konsep kendiri yang salah
Peringkat Pertumbuhan (lahir – 14 tahun)
Peringkat Penerokaan (15 – 24 tahun)
Peringkat Pengukuhan (25 – 44 tahun)
Peringkat Penurunan (45 – 64 tahun)
Berikut merupakan pendekatan saintifik dalam pemilihan kerjaya yang boleh digunakan oleh para kaunselor terlatih bagi membantu klien membuat keputusan tentang pemilihan kerjaya KECUALI
Strategi dalam pemilihan kerjaya
Objektif dalam pemilihan kerjaya
Penggunaan teknik psikometrik atau ujian psikologikal
Penggunaan modul perkembangan kerjaya bersepadu
Menurut Holland (1985), tret-tret personaliti berikut menepati ciri-ciri persekitaran:
· Sukakan pencapaian
· Suka mengembara
· Mudah bersetuju
· Bercita-citi tinggi
· Bertenaga
· Suka menunjuk
· Menggembirakan
· Berusaha
· Ekstrovert
· Angkuh
· Optimistik
· Suka bercakap
Enterprising
Konvensional
Artistik
Sosial
Antara berikut yang manakah BUKAN tugas seorang akauntan?
Menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini dan masa depan individu, perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan
Menyediakan penyata kewangan dan merekodkan urusniaga perniagaan, mengira kos dan keuntungan, mengambil bahagian dalam memantau prestasi kewangan, strategi, cukai dan pengurusan pekerja
Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber manusia, kewangan, fizikal dan maklumat dalam organisasi ke arah pencapaian matlamat organisasi
Memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya
Yusoff dan pasukannya bertanggungjawab untuk membangun dan merekabentuk sistem. Mereka mencipta teknologi baru, merekabentuk serta membangunkan alat dan sistem baru. Mereka secara sah boleh meluluskan rancangan untuk projek yang menjejaskan keselamatan dan perdagangan awam. Mereka menyelesaikan masalah dan merekabentuk produk baru dengan bergantung kepada kemahiran kreatif dan akademik mereka. Berdasarkan kenyataan di atas, apakah bidang pekerjaan yang paling tepat bagi Yusoff?
Pengurus Besar Syarikat
Jurutera
Guru
Pensyarah IT
AutoCAD merupakan sebuah perisian yang biasa digunakan untuk tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer pembentukan model serta lakaran dua atau tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai “Computer-added drafting and design program”. Antara pekerjaan yang TIDAK memerlukan kemahiran autoCAD ialah:
Juruukur Bahan
Pereka Produk
Jurutera Sivil
Jurukimpal
Berikut merupakan 4 daripada 9 komponen utama yang menjadi tonggak dalam Revolusi 4.0 kecuali:
Teknologi awam, simulasi, internet, analisis data besar
Realiti maya, analisis data besar, industri peranti pintar, robotik autonomi
Sekuriti siber, simulasi, realiti maya, teknologi awam
Robotik autonomi, integrasi sistem, pembuatan additive, sekuriti siber
Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi 4.0?
Pengenalan teknologi baru yang lebih baharu berbanding yang lama, dalam kes ini, automasi dan perkomputeran
Proses pembangunan dalam industri pengeluaran dan automasi ke tahap lebih pintar dari yang sedia ada dengan teknologi yang lebih sesuai dan fleksibel
Permulaan barisan pemasangan bahagian yang boleh ditukarganti dan dengannya bermulalah zaman pengeluaran besar-besaran
Penggunaan platform media massa terkenal melonjak naik seperti Instagram, spotify dan Netflix
Apakah tret personaliti yang sesuai bagi kerjaya seorang kaunselor?
SEC
RIA
CER
ASE
Haziq merupakan seorang murid yang sederhana di sekolah. Dia ingin menyertai kursus teknikal selepas tamat sekolah untuk memantapkan kemahirannya. Antara berikut, institusi manakah yang beliau perlu mohon KECUALI
Institut Kemahiran MARA
Institut Latihan Perindustrian
Majlis Amanah Rakyat
Pusat Latihan Lanjutan Tinggi
Apakah kepentingan pembangunan kerjaya terhadap pembangunan dan tingkah laku kerjaya seseorang individu?
Memperkembangkan visi kerjaya individu, tidak terhad kepada peranan kerjaya sahaja
Mencetus idea dalam pemilihan kerjaya
Menyusun laluan kerjaya dengan teliti
Menyediakan maklumat kerjaya yang lengkap
Apakah yang dimaksudkan dengan Kesihatan Mental?
Penyakit Mental
Kesihatan Mental
Keseimbangan Antara Fizikal, Mental dan Spiritual
Semua Di Atas
Definisi Kesihatan WHO
Mental Health
Social Health
Emotional Health
Semua Di Atas
Berapakah jenis masalah Kesihatan Mental?
6
7
8
9
Berikut Merupakan Jenis Masalah Kesihatan Mental...
Gangguan Tidur dan Kemurungan
Kecelaruan Stres Selepas Trauma dan Kecelaruan Kebimbangan Umum
Kecelaruan Obsesif Kompulsif dan Kecelaruan Panik
Semua Di Atas
Faktor yang mempengaruhi Kesihatan Mental...
Pengaruh Persekitaran dan Tahap Pendidikan
Kesihatan Fizikal dan Corak / Asuhan
Agama, Budaya Hidup, Keistimewaan, Kelemahan dan Pencapaian Individu
Semua Di Atas
Kenyataan manakah adalah SALAH berkenaan skizofrenia?
Halusinasi
Perubahan Perilaku
Dikenali Sebagai Hypomania
Delusi
_____________ merupakan keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat.
Stres
Gembira
Konflik
Bimbang
Bilakah tarikh Hari Kesihatan Mental Sedunia?
10 Oktober
10 September
10 November
10 Julai
Tanda gejala stres adalah...
Sakit Kepala dan Migrain
Jantung Berdebar-Debar
Jiwa Rasa Gelisah dan Mudah Marah
Semua Di Atas
Berikut merupakan gejala serangan yang sering dialami oleh individu yang mempunyai Kecelaruan Keresahan / Kebimbangan (Anxiety Disorder):
Gejala Serangan Pernafasan
Gejala Serangan Pantas
Gejala Serangan Panik
Semua Di Atas
Kemurungan merujuk kepada...
Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental yang selalu dihidapi oleh golongan dewasa
Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental yang dihidapi oleh sesiapa sahaja termasuklah
golongan remaja
Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak
Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental yang sering dihidapi oleh kaum wanita
Jika seseorang pelajar mempunyai ciri-ciri kemurungan, apakah tindakan yang perlu dilakukan dengan segera?
Berjumpa Doktor
Berjumpa Kaunselor Sekolah
Mendiamkan Diri
Mengambil Bahan Terlarang
Berikut merupakan jenis-jenis penyakit mental dalam kumpulan besar kegelisahan / kebimbangan KECUALI:
Gangguan Kegelisahan Sosial
Fobia Khusus
Gangguan Panik
Kemurungan / Psikotik
Aktiviti manakah yang dapat membantu menenangkan fikiran pelajar sewaktu menghadapi isu kesihatan mental?
Bergosip
Beriadah
Bermain Permainan Video
Melakukan Teknik Relaksasi
Berikut adalah cara penjagaan kesihatan fizikal yang betul...
Minum Air Secukupnya
Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti
Makan Makanan Karbohidrat Secara Berlebihan
Sering Bersenam
