wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 4 (Unit 4 )

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia?

a)

Kerana manusia boleh berbangga dengan kecantikan rumah masing-masing.

b)

Kerana manusia dapat hidup dalam keadaan selamat di dalam rumah.

c)

Kerana rumah mempunyai bekalan elektrik.

d)

Kerana senang menyimpan barang-barang di dalam rumah.

2.

1) Nombor Rumah

2) Nama Jalan

3) _____________

4) Nama Bandar

5) Nama Negeri

Maklumat nombor tiga ialah _________________.

a)

nombor telefon

b)

nombor baris

c)

keluasan

d)

poskod

3.

Perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai. Pernyataan tersebut merujuk kepada kemudahan awam seperti _________________.

a)

jalan raya

b)

panggung wayang

c)

stadium tertutup

d)

rumah teres

4.

Terdapat pelbagai jenis bentuk muka bumi seperti kawasan tanah tinggi, tanah _________________ , pesisir laut dan pinggir sungai.

a)

rata

b)

pamah

c)

rendah

d)

penyu bertelur

5.

Bentuk muka bumi tersebut ialah _________________.

a)

tanah tinggi

b)

hutan belantara

c)

pinggir sungai

d)

tanah pamah

6.

Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai sejarah dan _________________ penting yang pernah berlaku untuk diingati dan dipelajari.

a)

bangunan

b)

aktiviti

c)

lokasi

d)

peristiwa

7.

Nama Tanjung Puteri merupakan nama asal _________________ selepas ditukar oleh Sultan Abu Bakar.

a)

Kota Bharu

b)

Wakaf Bharu

c)

Johor Bahru

d)

Kampung Baru

8.

Tokoh setempat ialah individu yang banyak menyumbang _________________ dan bakti kepada komuniti.

a)

wang

b)

harta

c)

suara

d)

jasa

9.

Tokoh di dalam gambar bertugas sebagai malim gunung di Gunung Kinabalu. Pelbagai jasa yang disumbangkan oleh beliau KECUALI _________________.

a)

membantu menebang pokok balak yang besar.

b)

menjaga keselamatan pendaki.

c)

mempromosikan kawasan ekopelancongan.

d)

membantu dalam penjagaan alam sekitar di Taman Negara Kinabalu.

10.

Apakah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara?

a)

Gunung Jerai

b)

Gunung Kinabalu

11.

Setiap kawasan tempat tinggal pasti mempunyai _________________.

a)

balai polis

b)

alamat

c)

hospital

12.

Maklumat yang ada pada alamat antaranya ialah _________________.

a)

nombor rumah

b)

nama jalan

c)

warna rumah

d)

poskod

13.

Antara bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal ialah seperti _________________.

a)

kawasan tanah tinggi

b)

tanah liat

c)

tanah pamah

d)

pesisir laut

14.

Berikut adalah boleh dipanggil tokoh masyarakat kecuali _________________.

a)

ketua kampung

b)

imam masjid

c)

Hang Tuah

15.

Setiap tempat tinggal mempunyai alamat. Maklumat yang ada dalam alamat ialah _________________.

a)

nombor rumah, nama jalan, poskod, nama bandar dan nama negara.

b)

nombor rumah, nama rumah, poskod, nama bandar dan nama negeri.

c)

nombor rumah, nama jalan, poskod, nama bandar dan nama negeri.

d)

nombor rumah, nama pemilik rumah, nama jalan dan poskod.

16.

Apakah kemudahan yang terdapat di kawasan Rumah Panjang Sungai Mamut? (ms 46)

a)

sekolah dan hospital

b)

sekolah dan klinik kesihatan

c)

tadika dan klinik kesihatan

d)

hospital dan taman rekreasi

17.

Apakah kemudahan yang terdapat di kawasan tempat tinggal Lukman Hakim? (ms 46)

a)

sekolah, hospital dan taman rekreasi

b)

sekolah, farmasi dan kolam renang

c)

sekolah, klinik kesihatan dan taman rekreasi

d)

sekolah dan taman permainan

18.

Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai bentuk muka bumi yang berbeza-beza seperti _________________ (ms 48)

a)

tanah rata, tanah berbukit, pesisir laut dan sungai.

b)

tanah tinggi, tanah pamah, tepian pantai dan tepian sungai.

c)

tanah tinggi, tanah rata, tanah lumpur dan tanah bukit.

d)

tanah tinggi, tanah pamah, pesisir laut dan pinggir sungai.

19.

Apakah keistimewaan tempat tinggal Peter Jackson? (ms 49)

a)

Kolam Air Panas Poring dan ladang penternakan lembu yang terletak di Mesilau, Kundasang.

b)

Kolam Air Panas Poring dan ladang penternakan kambing di Kundasang

c)

Kolam air terjun dan ladang penternakan lembu yang terletak di Mesilau, Kundasang.

d)

Kolam Air Panas di Kundasang dan ladang penternakan di Poring.

20.

Pilih pernyataan yang betul bagi sejarah Miri. (ms 50)

a)

Miri pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan keluarga Brooke.

b)

Miri berkembang maju kerana industri petroleum sejak tahun 1990.

c)

Miri diiktiraf sebagai bandar raya pada tahun 2005.

d)

Nama asal Miri ialah "Ranahon".

21.

Pilih pernyataan yang betul bagi sejarah Johor Bahru. (ms 51)

a)

Nama asal Johor Bahru ialah Tanjung Puteri.

b)

Tanjung Puteri diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim.

c)

Sultan Abu Bakar menukar nama Tanjung Puteri kepada Johor Bahru pada tahun 1896.

d)

Nama Tanjung Puteri ditukar kepada Johor Bahru oleh Sultan Abu Bakar.

22.

Apakah maksud tokoh setempat ? (ms 52)

a)

Individu yang tidak memberi sumbangan kepada komuniti.

b)

Individu yang kurang menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti.

c)

Individu yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti.

23.

Siapakah tokoh setempat yang tersenarai di dalam buku teks? (ms 52-53)

a)

Junaydie bin Sihan

b)

Muhammad Azali Kalki bin Abdullah

c)

Siti Jaharah binti Matassan

d)

Abd Halim bin Aris

24.

Apakah maksud malim gunung? (ms 52)

a)

Orang yang bertugas sebagai penunjuk arah angin semasa pendakian gunung.

b)

Orang yang bertugas sebagai tukang masak semasa pendakian gunung.

c)

Orang yang bertugas sebagai penunjuk jalan semasa pendakian gunung.

d)

Orang yang bertugas sebagai pemegang beg semasa pendakian gunung.

25.

Cameron Highlands, Pahang seperti gambar di sebelah terkenal sebagai pusat pelancongan _________________.

a)

pesisir pantai

b)

tanah tinggi

c)

tanah pamah

d)

pulau