Font size
WorksheetsKeseimbangan Terma
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 18mins
Penentukuran sebuah termometer merupakan cara untuk membaca termometer yang tidak mempunyai skala. Penentukaran termometer dibuat dengan merujuk kepada takat beku dan takat didih air. Kedua-dua takat berikut ditentukan berdasarkan kepada:
jisim air melebur
panjang turus merkuri
jisim air menjadi wap
radas kawalan
Sup panas dituang ke dalam sebuah mangkuk. Pernyataan manakah yang betul mengenai pengaliran haba?
Pengaliran haba bersih adalah dari sup panas ke mangkuk
Haba mengalir hanya dari mangkuk ke sup
Haba mengalir hanya dari sup panas ke mangkuk
Pengaliran haba bersih adalah sifar
Keseimbangan terma tercapai apabila
pemindahan haba bersih sifar
pemindahan haba bersih sama
kadar pemindahan haba sifar
suhu sifar
Apabila dua objek dalam sentuhan terma mencapai keseimbangan terma, suhu kedua-dua objek adalah sama.
Benar
Palsu
Pilih pernyataan yang sesuai bagi menyatakan keadaan keseimbangan terma?
Pemindahan haba bersih adalah sifar
Kadar pengaliran haba tidak sama
Pemindahan haba bersih adalah dari objek panas ke objek sejuk
Suhu kedua-dua objek adalah sama
Gambar rajah menunjukkan dua blok kuprum L dan M ,yang saling bersentuhan.Suhu awal L ialah 500C dan suhu awal M ialah 300C.
Pernyataan yang manakah betul semasa M berada dalam keseimbangan terma.
Suhu L lebih tinggi daripada M
Kuantiti haba dalam L sama dengan M
Kadar perubahan suhu L lebih besar daripada M
Kadar bersih pengaliran haba antara L dan M adalah sifar
Unit bagi haba ialah .........
darjah celsius
Kelvin
Joule
Q
Apakah maksud Suhu?
Haba kepanasan sesuatu bahan
Darjah kepanasan sesuatu bahan
Tenaga kepanasan sesuatu bahan
Haba ialah satu bentuk tenaga yang merupakan sukatan jumlah kandungan tenaga ..... zarah-zarah dalam suatu bahan.
cahaya
suhu
kinetik
eletrik
Rajah menunjukkan satu sfera logam P pada suhu 80 ⁰C direndam dalam air lebih sejuk Q. Keseimbangan terma dicapai apabila
Jisim Q disesarkan = jisim P
Suhu P = suhu Q
Isipadu Q = isipadu P
Muatan haba tentu P = muatan haba tentu Q
Apakah konsep yang digunakan dalam pengukuran suhu badan manusia menggunakan termometer?
Muatan haba tentu
Haba pendam tentu
Keseimbangan terma
Perolakan haba
Rajah menunjukkan sfera logam pada suhu 90 ⁰C direndam ke dalam cecair pada suhu 40 ⁰C. Apakah suhu sfera logam itu apabila keseimbangan terma dicapai antara sfera logam dengan cecair itu?
Lebih daripada 90 ⁰C
Sama dengan suhu bilik
Kurang daripada 40 ⁰C
Antara 40 ⁰C dan 90 ⁰C
Panjang turus merkuri dalam termometer pada takat ais dan takat stim adalah 5 cm dan 25 cm. Apabila thermometer diletakkan di dalam satu cecair, panjang turus merkuri ialah 12 cm. Berapakah suhu cecair itu?
30
35
55
70
Rajah menunjukkan secawan kopi panas dibiarkan sejuk sehingga mencapai suhu bilik.
Penyataan manakah yang betul tentang kopi itu pada suhu bilik?
Kehilangan haba oleh kopi panas adalah sama dengan kehilangan haba oleh persekitaran
Kehilangan haba oleh kopi panas adalah lebih rendah daripada penerimaan haba oleh persekitaran
Kehilangan haba oleh kopi panas adalah lebih besar daripada penerimaan haba oleh persekitaran
Kehilangan haba oleh kopi panas adalah sama dengan penerimaan haba oleh persekitaran
Rajah menunjukkan satu termometer. Pengubahsuaian yang manakah akan meningkatkan kepekaan termometer itu?
Menggunakan tiub kapilari yang panjang.
Menggunakan bebuli yang berdinding tebal
Menggunakan batang kaca dengan dinding tebal
Menggunakan tiub kapilari yang sempit.
Seorang murid menuang cecair R pada suhu 80 oC ke dalam cecair S pada suhu 50 oC. Suhu akhir campuran ialah
lebih tinggi daripada 80 oC
lebih rendah daripada 50 oC
sama dengan 50 oC
di antara 50 oC dan 80 oC
Rajah menunjukkan secawan air the panas.
Bandingkan suhu air teh panas dan suhu cawan apabila kedua-duanya berada dalam keseimbangan terma.
suhu air teh panas = suhu cawan
suhu air teh panas < suhu cawan
suhu air teh panas > suhu cawan
Dua objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai
Jisim yang sama
Kuantiti tenaga haba yang sama
Muatan haba yang sama
Suhu yang sama
Suhu ialah ...
satu bentuk tenaga
darjah kepanasan suatu objek
ukuran kuantiti haba suatu objek
kuantiti vektor
Haba ialah ...
suatu bentuk tenaga
kuantiti asas
darjah kepanasan suatu objek
kuantiti vektor
Suhu disukat dengan menggunakan ...
sfigmanometer
manometer
termometer
Ammeter
Kuantiti haba TIDAK dipengaruhi oleh ...
Jisim
Suhu
Keadaan bahan
Jenis bahan
Sup panas dituang ke dalam sebuah mangkuk. Pernyataan manakah yang betul mengenai pengaliran haba?
Pengaliran haba bersih adalah dari sup panas ke mangkuk
Haba mengalir hanya dari mangkuk ke sup panas
Haba mengalir hanya dari sup panas ke mangkuk
Pengaliran haba bersih adalah sifar
Sepotong kek diletakkan di dalam sebuah peti sejuk. Suhu awal kek dan peti sejuk masing-masing adalah 27oC dan 3oC.
Pernyataan manakah betul apabila keseimbangan terma tercapai?
Suhu kek lebih tinggi daripada suhu peti sejuk
Pengaliran haba bersih antara kek dan peti sejuk adalah sifar
Pengaliran haba bersih adalah dari kek ke peti sejuk
Suhu kek lebih rendah daripada suhu peti sejuk
Logam X direndam dalam air mendidih selama 30 minit.
Logam X itu kemudiannya dipindahkan ke dalam minyak dengan suhu awal 30 oC.
Pilih Kenyataan paling tepat bagi suhu akhir minyak itu?
Kurang daripada 30 oC
Lebih daripada 30 oC
Lebih daripada 100 oC
Di antara 30 oC dan 100 oC
Merkuri digunakan di dalam termometer cecair-dalam-kaca kerana ia
melekat pada dinding kaca
mempunyai takat didih yang rendah
mengembang dan mengecut sekata
adalah lutsinar dan mudah dibaca
Sebatang sudu diletakkan dalam semangkuk sup pada suhu 95oC. Pernyataan manakah yang betul apabila keseimbangan terma tercapai?
. Suhu sup tidak berubah
Suhu sudu tidak berubah
Tiada pengaliran haba antara sup dan sudu
Sup dan sudu mempunyai suhu yang sama
Antara berikut. Peralatan manakah yang menggunakan Konsep keseimbangan terma?
periuk
radiator kereta
hulu kuali
termometer klinik
Maksud muatan haba ialah
Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1°C.
Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1°C bagi 1kg bahan.
Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1°C bagi 1kg bahan pada suhu tetap.
Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1°C bahan pada suhu tetap.
Unit bagi haba pendam tentu ialah
Kelvin
Jkg-1
Jkg-1°C-1
Joule
Unit bagi haba pendam ialah
Kelvin
Jkg-1
Jkg-1°C-1
Joule
Percikan bunga api yang amat panas, tetapi tidak mencederakan kulit apabila terkena percikan itu kerana
haba cepat hilang ke persekitaran
suhunya rendah
jisimnya kecil
kulit adalah penyerap haba yang baik
Suhu tidak lagi meningkat pada suatu ketika semasa pemanasan jirim cecair kerana...........
haba digunakan untuk memutuskan ikatan antara zarah
haba pendam tentu dibebaskan
haba hilang ke persekitaran
cecair menyerap haba sepenuhnya
Sebuah tin aluminium berjisim 20g mengandungi minuman pada suhu 25 oC. Apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk, suhunya turun ke 4 oC.
Berapakah kuantiti haba yang telah dikeluarkan daripada tin itu ?
(muatan haba tentu aluminium = 900 Jkg-1C-1)
72 J
378 J
3600 J
378000 J
Rajah menunjukkan satu termometer. Pengubahsuaian yang manakah akan meningkatkan kepekaan termometer itu?
Menggunakan tiub kapilari yang panjang.
Menggunakan bebuli yang berdinding nipis
Menggunakan batang kaca dengan dinding nipis
Menggunakan tiub kapilari yang luas
Kuantiti haba dipengaruhi oleh ...
Jisim
Suhu
Keadaan bahan
Jenis bahan
Merkuri digunakan di dalam termometer cecair-dalam-kaca kerana ia BUKAN........
melekat pada dinding kaca
mempunyai takat didih yang rendah
mengembang dan mengecut sekata
adalah lutsinar dan mudah dibaca
Maksud muatan haba tentu ialah
Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1°C.
Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1°C bagi 1kg bahan.
Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1°C bagi 1kg bahan pada suhu tetap.
Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1°C bahan pada suhu tetap.
