wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

karangan

Total questions: 47

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.

a)

Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

b)

Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.

c)

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang sihat

d)

Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini

2.

Yang manakah ayat arahan yang paling tepat

a)

Disedari atau tidak, paparan berita tentang kemalangan jalan raya sering disajikan dalam akhbar-akhbar tempatan

b)

saban tahun, kemalangan jalan raya menatijahkan maut dan trauma kepada keluarga yang terbabit terutama musim perayaan

c)

persoalannya, apakah punca-punca yang menyumbang pada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia?

d)

Antaranya, pengguna jalan raya menyalahi peraturan yang ditetapkan

3.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sering menjadi buah mulut masyarakat.


Kenal pasti ayat tema bagi soalan ini

a)

Dalam meniti arus kemodenan ini, faktor-faktor kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

b)

Dalam meniti arus kemodenan ini, kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

c)

Masalah kesesakan lalu lintas ini membuatkan masyarakat kota sering dibelenggu tekanan terutama selepas pulang dari tempat kerja.

d)

Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

4.

Kenal pasti ayat huraian yang tepat

a)

Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.

b)

Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan segar.

c)

Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita khususnya buah durian.

d)

Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan tempatan ?

5.

Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah

a)

Membina perenggan pendahuluan

b)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja

c)

Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja

d)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup

6.

Ayat rangsangan yang sesuai bagi tajuk di bawah ialah


"Kesan-kesan Negatif Penduduk yang tidak mengamalkan perpaduan kaum"

a)

Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, iaitu kaum Melayu, CIna, dan India.Kepelbagaian kaum ini mewujudkan pelbagai agama dan budaya,

b)

Justeru, anggota masyarakat perlulah bersatu padu supaya kita dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera.

c)

Jika perpaduan kaum tidak wujud dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif yang akan timbul.

d)

Antara kesannya ialah boleh menjejaskan keselamatan negara.

7.

Masyarakat Malaysia tidak gemar membaca. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca?


ayat arahan ialah

a)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

b)

Namun begitu, rakyat Malaysia pada hari ini lebih menyukai menunduk kepala untuk melihat telefon bimbit mereka berbanding mengangkat senaskah surat khabar atau buku untuk membaca.

c)

Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia

d)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, langkah-langkah amalan membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

8.

Kerangka karangan kesimpulan bagi tajuk ini ialah


"Langkah-langkah untuk mencegah Jenayah"

a)

Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membendung kejadian jenayah.

b)

Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan tidak mengenal mangsa

c)

Pemasangan litar tertutup di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi

d)

Sentiasa berhato-hati ketika berada di rumah

9.

Tajuk : Punca-punca Penderaan kanak-kanak


ayat arahan ialah

a)

Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental.

b)

Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera.

c)

Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

d)

Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

10.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?


ayat tema ialah

a)

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.

b)

Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.

c)

Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.

d)

Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan.

11.

Huraikan faedah-faedah koperasi sekolah kepada murid.


1.Murid memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan

a)

mengetahui selok-belok asas perniagaan

b)

meningkatkan disiplin diri

c)

belajar mengurus akaun, pengiraan stok, dan penguasaan Matematik lebih cekap.

d)

memupuk minat untuk menjadi usahawan berjaya

12.

Huraikan faedah-faedah koperasi sekolah kepada murid.


2.Murid dapat membeli barangan dengan harga murah.

a)

koperasi sekolah mengadakan jualan murah

b)

koperasi sekolah bukan sekadar untuk mengaut keuntungan

c)

membeli barangan, alat tulis dan keperluan lengkap

d)

membantu murid kurang berkemampuan

e)

harga yang berpatutan dapat menjimatkan perbelanjaan

13.

Huraikan faedah-faedah koperasi sekolah kepada murid.


3.Murid mudah memperoleh barangan dan perkhidmatan

a)

menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan

b)

murid tidak perlu menunggu waktu persekolahan tamat

c)

murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru

d)

keuntungan dibahagikan sama rata kepada murid

14.

Huraikan pendapat anda tetang peranan pemimpin murid di sekolah.


1.Meningkatkan disiplin murid-murid

a)

menjadi mata dan telinga guru kerana pengawas membuat rondaan

b)

melaporkan kes-kes yang berlaku kepada guru disiplin supaya tindakan diambil

c)

Pengawas dibenarkan membuat tindakan termasuk mendenda

d)

harus berani dan tidak takut dengan ugutan murid bermasalah

e)

kesalahan disiplin dikurangkan, suasana sekolah lebih harmoni

15.

Huraikan pendapat anda tetang peranan pemimpin murid di sekolah.


2.Membantu guru dalam pelbagai perkara

a)

mengendalikan majlis perhimpunan dan majlis rasmi sekolah

b)

mengawal murid-murid supaya memberikan tumpuan semasa majlis

c)

membantu rakan atau murid lemah sebagai guru muda

d)

menjalankan tanggungjawab untuk melancarkan aktiviti sekolah

e)

merancang dan mengendalikan aktiviti sepenuhnya

16.

Huraikan pendapat anda tetang peranan pemimpin murid di sekolah.


3.menjadi suri teladan kepada murid lain

a)

memiliki tahap disiplin diri yang tinggi

b)

ditakuti dan digeruni oleh murid-murid lain

c)

mematuhi peraturan sekolah

d)

dapat dikecualikan daripada undang-undang

e)

menunjukkan sahsiah yang baik dan mengamalkan nilai-nilai murni

17.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan kebersihan kantin sekolah.


1.Pengusaha kantin perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan

a)

memastikan kebersihan makanan terjamin

b)

hanya yang tiada masalah diterima bekerja

c)

menjalani kursus pengendalian makanan

d)

tempat bekerja mestilah bersih

e)

menjalani pemerikaan kesihatan

18.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan kebersihan kantin sekolah.


2.murid-murid perlu meletakkan bekas yang telah digunakan di tempat yang disediakan.

a)

senang digunakan oleh pekerja kantin

b)

memberikan ruang pelajar lain menggunakan meja

c)

mengurangkan penggunaan plastik

d)

sampah dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelakkan lalat dan tikus

e)

mencegah lebih baik daripada merawat

19.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan kebersihan kantin sekolah.


3.pihak sekolah sentiasa membuat pemantauan secara berkala dan berterusan

a)

guru bertugas memastikan penyediaan makanan dan kawasan kantin bersih

b)

membuat teguran kepada pengusaha kantin sekiranya keadaan tidak bersih

c)

pemantauan dilakukan untuk memberikan penilaian

d)

berbincang apabila berlaku perkara yang melanggar kontrak

e)

pemantauan pihak sekolah dapat meningkatkan kebersihan kantin

20.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan kebersihan kantin sekolah.


Pendahuluan:

a)

kantin menjadi mercu tanda setiap sekolah

b)

kantin menjana pendapatan murid

c)

pengusaha kantin menjual makanan untuk warga sekolah

d)

makanan ringan turut dijual

e)

menjadi keperluan di sekolah kerana warga sekolah membeli makanan ketika waktu rehat.

21.

Nyatakan tema atau tajuk bagi soalan berikut:


Pencemaran alam sekitar sering berlaku di negara ini. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran alam sekitar

a)

Pencemaran Alam Sekitar

b)

Pencemaran Air

22.

Nyatakan tema atau tajuk bagi soalan berikut:


Sukan merupakan wahana penyatuan masyarakat antarabangsa. Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global.

a)

Riadah

b)

Sukan

23.

Nyatakan tema atau tajuk bagi soalan berikut:


Disiplin yang semakin merosot dalam kalangan murid sekolah menyebabkan banyak masalah berlaku. Jelaskan punca-punca kemerosotan disiplin dalam kalangan murid.

a)

Buli

b)

Disiplin

24.

Apakah kehendak soalan bagi soalan berikut:


Pada zaman yang serba mencabar ini, banyak remaja Malaysia yang gemar akan hobi yang mencabar atau lasak. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah hobi yang mencabar atau lasak ini.

a)

Keburukan hobi yang mencabar atau lasak ini kepada remaja

b)

Kebaikan hobi yang mencabar atau lasak ini.

c)

Usaha memupuk minat remaja kepada hobi yang mencabar atau lasak ini.

d)

Faktor remaja meminati hobi yang mencabar atau lasak ini.

25.

Apakah kehendak soalan bagi arahan di bawah:


Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah. Jelaskan peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

a)

Faktor pembentukan kehidupan anak-anak.

b)

Kesan pendidikan anak-anak kepada pembentukan sasiah.

c)

Tanggungjawab ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

d)

Peranan anak-anak kepada ibu bapa.

26.

Apakah kehendak soalan bagi arahan berikut:


Anda sebagai pengerusi Kelab Pengguna di sekolah telah dijemput untuk memberikan ceramahkepada rakan-rakan sempena MInggu Koperasi dan Kepenggunaan. Tajuk ceramah tersebut ialah Kepentingan Amalan Menabung dalam Kalangan Remaja. Tulis teks ceramah tersebut.

a)

Kepentingan amalan menabung dalam kalangan remaja

b)

Anda menulis teks ceramah tersebut.

c)

Pengerusi kelas pengguna

d)

Anda memberikan ceramah

27.

Apakah kehendak soalan bagi arahan berikut:


Makanan ringan menjadi pilihan anak-anak kecil masa ini. Huraikan pendapat anda tentang bahaya pengambilan makanan ringan seharian.

a)

Makanan ringan

b)

Huraikan pendapat anda

c)

Keburukan pengambilan makanan ringan seharian.

d)

Pilihan anak-anak kecil

28.

Nyatakan dua isi yang sesuai bagi soalan berikut:


Makanan ringan menjadi pilihan kanak-kanak pada masa ini. Huraikan pendapat anda tentang bahaya pengambilan makanan ringan seharian.

a)

Makanan ringan mudah didapati oleh orang ramai.

b)

Pengguna akan terdedah dengan penyakit berbahaya.

c)

Makanan ringan mempunyai banyak bahan kimia yang memudaratkan.

d)

Makanan ringan melemahkan otak dan tumpuan.

29.

Nyatakan dua isi yang sesuai bagi soalan berikut:


Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa dalam membesarkan anak-anak. Huraikan cara-cara untuk menggembirakan hati ibu bapa.

a)

Anak-anak perlu menghormati rakan-rakan ibu bapa.

b)

Ibu bapa dihantar ke rumah orang tua.

c)

Hari istimewa ibu bapa disambut oleh anak-anak.

d)

Anak-anak melupakan ibu bapa kerana sibuk berkerja.

30.

Nyatakan dua isi berdasarkan soalan berikut:


Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

a)

Masyarakat bersikap pentingkan diri sendiri.

b)

Warga tua menjadi suri teladan kepada golongan muda.

c)

Aktiviti kemasyarakat bersama-sama penduduk.

d)

Kesibukan dengan kegiatan harian.

31.

Nyatakan dua isi yang sesuai bagi soalan berikut:


Anda telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan sempena Minggu Cegah Jenayah. Tajuk syarahan anda ialah Peningkatan Jenayah dalam Kalangan Remaja, Salah Siapa?

a)

Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya

b)

Ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak

c)

Pihak berkuasa mengetatkan undang-undang

d)

Ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak-anak.

32.

Nyatakan dua isi berdasarkan soalan berikut:

Seorang murid di sekolah anda dipilih menjadi Murid Terbaik Sijil Peperiksaan Malaysia Peringakat Negeri. Selaku wartawan majalah sekolah, anda diminta mewawancara murid tersebut.

a)

Keluarga dan guru menjadi pendorong kejayaan.

b)

Aktiviti bermain permainan video bersama-sama rakan.

c)

Amalan mendekatkan diri dengan Tuhan perlu dijaga.

d)

Latihan yang diberikan guru tidak disiapkan.

33.

Berikut adalah maksud yang betul bagi kosa kata dan ungkapan menarik kecuali .......

a)

bitara - tiada tandingan

b)

acap kali - sering

c)

konkurensi - persaingan

d)

memanifestasikan fikiran - menggunakan idea dengan sebaik-baiknya.

e)

mendabik dada - sombong dan angkuh yang dibendung

34.

CEGAH SEBELUM PARAH. Berdasarkan peribahasa ini, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah amalan yang memudaratkan kesihatan masyarakat. Berikut ialah cadangan isi-isi penting, kecuali ...

a)

Mengambil makanan seimbang.

b)

Bersenam dan beriadah.

c)

Menjauhi amalan gaya hidup tidak sihat.

d)

Media massa melaksanakan kempen kesedaran

e)

Kerajaan menyediakan perkhidmatan rawatan yang kurang efektif.

35.

Kenal pasti ungkapan menarik di bawah.

a)

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita mestilah mengamalkan sikap yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing kerana semangat kerjasama dapat menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam kalangan kita.

b)

Contoh aktiviti kokurikulum ialah menyertai aktiviti badan beruniform.

c)

Tahukah anda bagaimana bumi ini terbentuk?

d)

Pada masa ini, semakain ramai remaja yang suka membuang masa.

36.

Apakah jenis karangan ini?

a)

autobiografi

b)

biografi

c)

cerita

d)

catatan

37.

Apakah jenis karangan ini?

a)

autobiografi

b)

biografi

c)

berita

d)

catatan

38.

Apakah jenis karangan ini?

a)

autobiografi

b)

biografi

c)

berita

d)

laporan

39.

Apakah jenis dialog bagi karangan ini?

a)

temubual

b)

perbincangan

c)

perbualan

d)

soal siasat

40.

Apakah jenis karangan ini?

a)

berita

b)

catatan

c)

dialog

d)

laporan

41.

Apakah jenis karangan ini?

a)

ucapan

b)

syarahan

c)

perbahasan

d)

perbincangan

42.

Apakah jenis karangan ini?

a)

pengucapan awam

b)

peribahasa

c)

perbahasan

d)

perbincangan

43.

Apakah jenis karangan ini?

a)

rencana

b)

peribahasa

c)

keperihalan

d)

menyambung cerita

44.

Apakah jenis karangan ini?

a)

berita

b)

laporan

c)

surat rasmi

d)

surat tidak rasmi

45.

Apakah jenis karangan ini?

a)

catatan

b)

perbahasan

c)

surat rasmi

d)

surat tidak rasmi

46.

Apakah jenis karangan ini?

a)

ucapan

b)

syarahan

c)

pidato

d)

perbahasan

47.

Apakah jenis karangan ini?

a)

ucapan

b)

syarahan

c)

pidato

d)

perbahasan